hai assalammualaikum
Akasia TV3: Mencintaimu - Cerita Syurga Nur dah habis..ada cerita baru pulak..memang layan drama melayu petang-petang ni..kalau cerita tu menarik..kalau jalan cerita takmenarik memang kurang layan..hahaha..Mencintaimu dibarisi pelakon seperti Sharnaaz Ahmad, Zahirah Macwilson, Niezam Zaidi, Sarah Anne dan ramai lagi..
Sedikit sinopsis:
Mengisahkan tentang perjalanan cinta antara Anissa (Zahirah MacWilson)
dan Hisham Dato’ Hanafi (Sharnaaz Ahmad). Anissa seorang yang bercita-cita
tinggi dan mahu sambung belajar di universiti. Oleh itu, dia telah bekerja
selama dua tahun untuk mengumpul duit. Namun ibunya, Juhara, tidak menyokong
tindakannya kerana dia lebih suka jika Anissa berkahwin dengan lelaki
pilihannya. Akhirnya, Anissa berjaya memulakan hidup baharu sebagai
seorang mahasiswi. Di sana, Anissa menyukai Hisham secara diam-diam. Anissa
selalu memerhati Hisham dan mula meluat dengan perangai Hisham yang suka
berfoya-foya, melepak, ponteng kelas dan banyak lagi. Perasaan suka terhadap
Hisham semakin pudar. Oleh itu, Anissa menolak pelawaan Hisham mengajaknya
keluar.
Sebenarnya, Hisham telah menyahut cabaran kawan baiknya, Helmi
(Niezam Zaidi) untuk mengajak Anissa keluar. Malu dengan penolakan Anissa,
Hisham mula merancang sesuatu untuk menyakitkan hati Anissa. Helmi memberi
tempoh satu semester kepada Hisham untuk membuatkan Anissa jatuh cinta
kepadanya.Hisham mula berbaik-baik dengan Anissa. Anissa mudah lembut hati dan
dia telah memaafkan Hisham yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk berubah.
Hisham dan Anissa semakin rapat. Hisham mula berubah selepas berkawan rapat
dengan Anissa. Dia menjadi serius dalam pelajaran dan semakin rajin ke kelas.
Kawan-kawannya sering mengejek Hisham bahawa dia telah terjatuh dalam perangkap
Anissa.Kerana ego, Hisham mengatakan bahawa rancangan tetap diteruskan untuk
mengenakan Anissa walaupun dia sebenarnya mula menyukai Anissa.
Akhirnya, permainan Hisham telah menyebabkan detik hitam berlaku
dalam hidup Anissa. Anissa dihujani dengan pelbagai dugaan. Dia telah dihalau
oleh ibunya dan juga diberhentikan oleh pihak universiti. Anissa membuat
keputusan untuk melarikan diri dan sambung belajar di luar negara atas
pembiayaan biasiswa sebuah syarikat.Selepas lima tahun, Anissa pulang ke tanah
air. Anissa lebih matang dan lebih teliti dalam membuat keputusan. Hisham pula
dibelenggu rasa bersalah selepas Anissa menghilangkan diri. Atas desakan
keluarga, Hisham telah bertunang dengan Tengku Asyikin (Sarah Anne). Dia juga
telah berubah menjadi seorang yang lebih baik dan bertanggungjawab. Apakah akan
terjadi selepas Anissa bertemu dengan Hisham kembali?
sama-samalah kita saksikan..
bila baca sinopsis, mmg best cerrita ni...
ReplyDeleteSuka citer ni sebab pelakon dia..Bukan pelakon yg sama jr duk hadap tiap2 petang..Suka jugak sebab Sharnaaz yg berlakon..
ReplyDelete