Hai assalammualaikum
Bersenam Ketika Mengandung - Sejak kandungan dah masuk 5 bulan, nad dah tengok cara bersenam dekat youtube. Sejak badan ni lenguh-lenguh, masa tu barula nak mula bersenam. Nak bagi badan ni sihat dan cergas selalu. Nad akan lenguh-lenguh badan bila bangun dari tidur. Jadi masa bangun dari tidur, nad tarik nafas, rehat kejap, pastu strech sana sini. Selalu cuma buat basic je, takda pun macam betul-betul senaman preggy..huhuhu..
Tapi tetiba malam tu, macam biasa kacau mr mafia buat keje. Masa tu dia layan toutube sekejap. Lepas tu dia buka cara senaman ibu mengandung. Tiba-tiba, time tu gak dia suruh nad buat. Lor malam tu jugak dia suruh buat. Tapi seronok jugak bila husband ajak buat sesuatu yang bagus ni..hahaha..susah nak tengok laki ajak sesuatu yang perempuan suka buat. Selalunya perempuan yang ajak suami, ni sebaliknya..okla kita layankan jele..walaupun salah timing...ayoyo..hahaha..
Kehamilan bukan penghalang buat bakal mama bersenam. Malah, bersenam ketika hamil mempunyai banyak manfaat buat anda dan si kecil. Teruskan membaca untuk mendapatkan maklumat lanjut.
1. Mudah bersalin
Senaman meningkatkan stamina. Kajian menunjukkan senaman membantu memudahkan proses bersalin kerana mempunyai tenaga kuat untuk meneran dan menolak bayi keluar.
2. Aliran darah lancar
Apabila darah lancar, ini bererti lebih banyak oksigen dihantar ke otak dan keseluruhan tubuh lalu sekali gus membuat anda lebih segar dan bertenaga.
3. Atasi selera makan
Tubuh menggunakan banyak tenaga ketika bersenam. Ia secara tidak langsung memperbaiki selera makan anda agar dapat mengganti semula tenaga yang digunakan.
4. Menguatkan otot-otot
Apabila otot-otot rahim dan faraj kuat, ia berupaya menampung perkembangan bayi dalam kandungan yang semakin membesar dari bulan ke bulan.
5. Mencegah kekejangan kaki
Senaman dapat membantu aliran darah berjalan lancar. Jadi, masalah kekejangan kaki yang sering dialami pasti dapat dihindari.
Amalkan makan buah kurma..
ReplyDeletewah senaman juga ye Nad..take care tau..
ReplyDeleteKG masa peknen dulu...tak ada senamannya..tidurrrrr memanjang
ReplyDeleteSalam berblogging Nad.. alhamdulillah.. semoga sihat dan dipermudahkan semuanya ye.. Salam kemerdekaan juga.. :)
ReplyDelete