hai assalammualaikum

Sambut Birthday Panda Di Zoo Negara - Dah lama rasanya tak jejak Zoo Negara. Last pun tak ingat bila pergi Zoo Negara..hahaha. Akhirnya pada 23 Ogos 2015 nad jejak jugak Zoo Negara ni. Seronok tau pergi Zoo Negara walaupun tengok haiwan je. Bukan satu haiwan, satu spesis, malah pelbagai haiwan yang dipamerkan. Ada yang kita pernah tengok, ada yang tak pernah tengok. Mungkin sekarang keadaan di Zoo Negara dah lain, yela dengan adanya Panda.hehehe..Yeahh Mak buyung dah tak sabar nak masuk dan jalan-jalan Zoo Negara.



Sebahagian keluarga #kelabbloggerbenashaari perlu berkumpul sebelum 9 pagi. Sampai je dekat sana, ramai dah yang datang. Sebelum masuk kami kene daftar dulu, sebab nak bahagikan kumpulan, nak bagi tag sebagai tetamu di Zoo Negara. Kami blogger-blogger dijemput ke Zoo Negara sempena dengan ulang tahun kesembilan kelahiran panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang. Wah!!seronoknyaa, teruja semua ada. Masa tu dapat pulak tag kumpulan Panda kan..heheee..


Program kolaborasi antara pihak Zoo Negara dan Kelab Blogger Ben Ashaari itu bertujuan untuk membawa para blogger untuk meninjau haiwan-haiwan yang berada di sana di samping mempromosikan Zoo Negara. Masuk je dalam Zoo Negara memang nad dah excited. Lama kau tak masuk Zoo ni oii..Zoo Negara ni banyak tempat, jadi kita pergi satu-satu tempat ye..tengok tempat-tempat die tau..

Butterfly Garden


Tempat pertama kitaorang dibawa ialah Butterfly Garden. Nad ni nama je bawak suami, tapi paham-paham jela, kalau suami dah photographer, mesti nak amik gambar sana sini dulu, jadi malas nak tunggu dia, kita masuk jela dulu. Nad jalan dengan baby dalam perut ni ha..hahaha..





sebelum masuk dalam Taman Rama-rama akan jumpa spesis haiwan kecik sepeti kala jengking, labah-labah, kumbang dan lain-lain.Lepas puas tengok baru masuk ke Taman Rama-rama.





Masuk je,masyallah, cantiknya tempat dia..besar luas. Nampak rama-rama berterbangan sana-sini. Die punya tempat dah macam tempat nak berdating pun boleh..hahahha..Nampak banyak spesis rama-rama yang terbang dalam ni. Rasa nak tangkap, pastu bawak masuk botol dan bawak balik..hahahha..satu je tau nama rama-rama ni, iaiatu rama-rama gajah, yang kadang-kdang hinggap dekat rumah...kihkih..yang lain..cek panggil rama-rama jele..Kat taman rama-rama ni dapatla tengok die hisap madu bunga, hinggap dekat bunga. Nak amik gambar kene senyap, kalau tak dia lari. Bukan main susah lagi nor.


Oh nad ada baca, ada jugak spesis rama-rama yang makan buah-buahan reput. Baru nad tau...hahaha..nampak tak, kita ingat rama-rama hisap kat bunga je, rupanya ada gak makan buah.


Ni la rupa kepompong sebelum keluar menjadi rama-rama yang sangat cantik...tidurla kau sebelum kau bebas..fuhh..hahahaa..datang sini kene hayati binatang ni betul-betul..kihkih..

Kawasan Beruk




Next pitstop, kami dibawa ke kawasan beruk-beruk yang comel tu..eh comel ke..hahaha.. Selalu tengok monyet dekat rumah, warna coklat je, tapi dekat zoo ni semua spesis ada. Ada beruk Mulut mancung, bontot merah, ada warna hitam, ada warna hitam putih, ada coklat, ada yang biasa kita tengok, ada yang tak biasa. Semua beruk ni pemalu nak maik gambar, suka menyorok..ngrrr..geram pulak kita..antara nama beruk yanga da, siamang, black and white ruffel, ungka tangan putih dan macam-macmlagi la..


Masa ni ajar anak dalam perut dulu..ahhahhaa..

Malaysian River Journey ( Tuanku abdul Rahman Aquarium)


Lepas tu kami dibawa ke tempat yang beraircond..fuh lega tau selepas berpanas..hahahah..tapi nad tak kisah pun, memang dari dulu suka masuk Zoo Negara dan jalan-jalan. Menikmati katakan. Tempat yang kitaorang masuk ialah tempat aquarium yang ditunjukkan pelbagai jenis ikan.



Weii masa ni anak dalam perut kuat menendang, tak taula die terlebih excited. Mommynya pun dah excited apatah lagi dia. Mommy takleh duduk diam, sana sini nak tengok. Anak pun nak ikut. Memang tak tahanbila die menendang, siapa yang penah rasa taula..hahaa..terpaksa la nad duduk rehat jap..sambil tengok ikan-ikan dalam aquarium ni. satu-satu ikan tengok, terpaksa jalan pelan-pelan.





Kat sini ada ikan besar, ada ikan kecik, dah macam kau berenang dalam ni..hahaha..tengok ikan depan-depan, bertentang mata tapi terpisah dengan cermin..kihkih..Tapi tak nampak pulak ikan jerung..kohkohkoh..

Bila tengok rasa nak masak pulak..hahaha..kejam..

Zoo Negara Show Amphitheatre



Seterusnya kami semua dibawa ke tempat pertunjukan haiwan..yeahhhhh/..seronokk..sepanjang pergi Zoo Negara nad memang tak pernah tengok pertunjukan show haiwan ni..TAK PERNAH!!! ok..tapi haritu dapat jugak tengok..yeahhh..lagi excited...Sampai sana je dah ramai yang duduk..semua dah tak sabar nak tengok persembahan haiwan. Haiwan apa yang bakal muncul buat persembahan..huhuhu..


Sebelum pertunjukan bermula, kita bergambar dengan panda ni dulu..kasi derma sikit..tengok panda dengan nad mana satu comel..ofkos nad..ahhahhaa...


Ok Pertunjukan bermula. Masa ni semua menjerit..wohooo..pertunjukan haiwan terlaltih..tak tau la berapa lama diaorang latih haiwan-haiwan ni..memang awesome kau. Pertunjukan pertama dari burung kakak tua bernama Ringgo dan koko. Permainannya masukkan bola dalam jaring..alahai paham pulak burung ni..huhuhu..ade tu siap main helah lagi nak menang..hahahha..



Selepas tu pertunjukan dari anjing laut. Selalu tengok dalam tv je anjing laut buat persembahan, sekarang dapat tengok live. Nama anjing laut Dombi dan Dombu (satu besar satu kecik)..dapat tengok dia masuk dalam jaring..fuh..splash air..tengok dia tepuk tangan..macam-macam ragam ada la..



Lepas tu ada bintang ni nama binturong. Spesis apa tak tau..hahahha..tengok cara dia amik makanan..fuh hebat..ekor tergantung, kepala ke bawah..amboii hang, macam tu sekali.

Banyaklagi haiwan yang buat pertunjukan masa tu..memang happening..korang aklau pergi Zoo Negara jangan lupa pergi tempat show haiwan ni tau..huhuhu..

The Wild Restaurant


Nad rasa anak nad menendang sebab dia lapar la..hhaahah..mana taknya pagi tu sarapan air susu moeder dengan roti je..yela masuk dalam dah berjalan, dalam aquarium mintak sosej kak ieta..hahaha..lapar sangat..pastu suh mr mafia belikan air dulu bagi hilang dahaga kejap sebelum kami semua di bawa makan dekat Wild restaurant. Nak pergi ke sana, kitaorang dibawa dengan menaiki tram, ala macam keretapi tu. Tak tau pulak nama dia tram..wakakkaa..selama ni panggil keretapi je..Selalunya nad tak suka naik tram ni, sebab nad lebih suka berjalan kaki melihat sambil melihat haiwan, tapi dah namanya group, kene ikut gak..ehhee..kang nad sorang yang terlambat.


Naik Tram ni nak pergi ke Wild restaurant iaiatu tempat makanan tengahari kami.menu yang disediakan ayam, burger, french fries dan air. Alhamdulillha, ni pun dah syukur sangat dapat makan. anak pun seronok giler dapat makan..hehehhee.. terima kasih Foodpanda menaja makanan tengahari kami..


Time-time tengah makan, rupanya ada cabutan bertuah..bertuah sangat nad sebab dapat lucky draw, tapi sayangnya nad tak dapat amik, mr mafia yang pergi amik..hahahaa..tetiba masa tu perut nad sakit, maka ke tandas la kita, membuat saham..hahahhaha..rezeki anak dapat lucky draw..aku syok-syok dalam tandas, tak tau apa yang berlaku dekat luar, keluar dari tandas, semua cakap "nad dapat lucky drawa"..erkk..aku terpinga-pinga..hahahhaa..memnag bertuah sangat la kau nad..

Bee's Muzium


Selesai je makan, kami semua dibawa ke Bee's Muzium. Kat sinila madu asli korang dapat rasa. ada pulak sarang  lebah kau, dengan lebah berterbangan..takut pulak nad kene sengat..adoyaiiii...tapi nasib baik ok..dapat jugak merasa madu asli yang dibagi..manis pun manis semanis muka ku..hahahha...




Ada ditunjukkan bagaimana lebah membuat madu. ada jugak jualan madu. Bukan madu isteri tu erk, ni madu lebah. Madu kan bagus untuk kesihatan. Kat sini macam-macm jenis madu ada kaorang boleh beli ok..

Savannnah walk









Dekat Sinilah pelbagai haiwan seperti Zirafah, badak, harimau dan macam-macm lagi..


Hah ada satu burung ni, macam bangau kot, masa ni petang nak balik sebenanrnya, nad jalan kaki la sebab dah lama tak masuk Zoo, jadi jalan kaki nak tengok haiwan lain dengan lebih dekat. Lepas tu penjaga zoo bagi makan burung ni, habis semua datang berterbangan berebut nak makan. Nad ni gerun tengok burung tu besar sangat jalan dekat dengan kita..nak lari memnag tak bolehla..Mr mafia suruh dekat nak amik gambar..oiii..tengok paruh dia macam nak patuk kita..tapi rupanya tak..spesis jinak ni..dia nak makanan je..uishh..


Part dua akan ku cerita pasal panda ye..hehee
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. bestnya.
    nti blh bawa rania ke zoo negara.
    dkt je dgn rumah ciksu. hihi

    teringin nak join uols jugak.. hihihi
    kena daftar KBBA dulu erk. ke macam mana ni nad?

    ReplyDelete
  2. bestnya.. teringin nak pegi. dapat tngok bnyak haiwan.

    ReplyDelete
  3. Nice trip holiday... seronoknya g zoo ni.. anak2 suka sngt tgk macam ni...mommylina singgah sini..

    ReplyDelete
  4. Lama x gi zoo,padahal dekat je dengan rumah. Boleh la gi tgk anak panda nnti!

    ReplyDelete
  5. Perghhh bestnya tengok... zoo negara memang best... tak dapat dinafikan

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2