hai assalammualaikum
Sambut Birthday Panda Di Zoo Negara Part 2 - dah sampai tempat yang dituju. Tak sabar-sabar nak tengok rupa panda tu oiii. Nak masuk sini memang kene bayar, harga tiket nak masuk Zoo Negara dengan nak tengok panda lain tau. harga tiket masuk untuk panda dewasa RM22, kanak-kanak RM11. Masa lawatan selama 20 minit. Jadi, bila dah sampai Zoo Negara pergilah ke tempat panda ni, rugi kalau tak pergi. Bila lagi nak tengok panda comel tu, yang gebus dan gebas tu..Sebelum masuk macam biasalah, bergambar sana sini dulu.
Masuk je, kitaorang diberikan sedikit taklimat tentang panda. Selalu tengok panda je tapi tak tau die punya kehidupan. Information tentang panda yang dia ni makan buluh. Makanan utama dia la tu. Selain tu, panda pun suka makan kek. Kek panda pun macam kek manusia, kene buat ikut sukatan, kalau tak panda tak mau makan..kau tengok, panda pun memilih.
Masa ni jugak ditunjukkan tahi panda..tahi panda ni warna hijau sebab dia makan buluh kan, lepas tu dekat China, diaorang tak buang najis ni tapi dijadikan kertas..tengok tu najis panda berguna ok..nasib tak berbau najis dia..huhuhu..
Selesai je taklimat, baru boleh masuk..oopsss nak bagitau peraturan sebelum masuk kawasan panda ni..sila amik perhatian
- tak boleh bising nanti panda menyorok
- tak boleh bawak stroller, so siapa ada anak kene dukung
- tak boleh bawak masuk makanan dan minuman
- tak boleh amik gambar guna flash
- jaga anak-anak dalam ni suapaya tak memanjat
Masuk je dalam kawsan panda, masyallah, nyamannya la, sejuk je. dari tadi dekat luar panas, ingat dalam ni pun panas rupanya, nyaman weii, kalah rumah nad..hahaha..landskap yang dibuat pihak zoo untuk panda memang awesome. Ada air terjun, ada buluh, rumput, semuala..ini kalau nad tinggal kat sini pun takpa..hahaha..bawak je katil, bantal, selimut terus lena. Tinggal dengan panda pun takpa..Sebab kesian panda jantan Xing-xing keseorangan disebabkan Liang-liang baru lepas melahirkan anak dan terpaksa berpantang selama dua bulan..takpala asalkan dapat tengok panda walaupun sekoq.
Sedikit informasi tentang Panda.
Mula-mula panda menyorok taknak keluar, tapi lama-lama dipujuk dia keluar jugak. Tengok dia jalan,alahai comelnya..terkedek-kedek..Comel gilerr..rasa nak peluk je bila tengok badanya yang tembam, bulunya yang gebus gebas tu..peluk buat tidur memnag sedap ni..aummm..hahahha..Suka tengok gelagat dia..hahaha..time nak panjat buluh tu..ala-al..comelnya..
Pastu boleh pulak dia landing mendagu macam tu..kesian dia sorang-sorang..mesti dia teringatkan bini dengan anaknya..sobsobsob..
Lepas tu pihak zoo menyediakan sesuatu untuk Xing-Xing..iaitu kek..yeahha...harini birthday Panda yang ke 9 tahun..wah kau sebesar ni umur kau 9 tahun..pihak zoo decorate cantik-cantik..untung kau panda, birthday disambut dengan orang ramai siap hiasan lagi...nak nyanyi lagu birthday takut die terkejut pulak..haha..jadi kita tengok jele dia makan kek tu sepuasnya.
Kenapa awak comel sangatt...aummmmm..lepas tu habisla sesi alwatan..babai panda..gonna mishhh uuuu...sobsobsob...
Akhir sekali kitaorang dibagi goodies yang awesome..thanksyou semua penaja..muahciked..
Kalau uols nak datang ke sini, ada cara mudah untuk buat pembelian tiket.
Rujuk di :
Website: Zoo Negara Malaysia
Instagram: ZooNegaraOnlineTicket
Telefon: 03-5124 0109
Email: saujanajutaria@gmail.com
Waktu Operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang setiap hari
Pertunjukan Haiwan: 11.00 pagi & 3.00 petang
Instagram: ZooNegaraOnlineTicket
Telefon: 03-5124 0109
Email: saujanajutaria@gmail.com
Waktu Operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang setiap hari
Pertunjukan Haiwan: 11.00 pagi & 3.00 petang
ada anak2 kecik yg aktif agknye memang xbleh bw msuk ke..
ReplyDeleteweeeuuuuu....
ReplyDeletegeram nengok panda tu jalan... gerammm gerammm...
aritu g zoo tp x masuk pun tgk panda..
Seronoknya minum “mocha” bantu untuk kurus
Minuman Serap Lemak
comel jer ibu mengandung pergi aktiviti macam ni. elok untuk baby dalam perut =)
ReplyDeletegebunya panda . kalau dapat peluk , memang best ... banyak tu dpt goodies .
ReplyDeleteComel jer panbda tuu...Geram tengok..Wah banyaknyer dapat hadiah ..
ReplyDelete