hai assalammualaikum
Makan Pisang Kembar Dapat Anak Kembar? - hhahahaa..andaian, gurauan yang dibuat oleh mr mafia sewaktu ternampak pisang kembar ni dekat gerai mamak. Masa tu nad dengan husband baru balik dari jalan-jalan. Sebelum singgah rumah mesti ke gerai mamak sekejap untuk minum air atau bungkus makanan. Masa tu dia ternampak pisang kembar ni dekat atas meja, apa lagi dia amikla..lepastu datang dekat nad cakap " nah sayang makan pisang ni..tengok pisang ni, ada dua bersambung..kembar..mana tau dapat anak kembar"..hahahha...
Padahla dah scan dah..sorang je pun..biasalah mr mafia kalau nak buat lawak..nad pun layankan jela..pertama kali tengok pisang kembar..sebelum ni nampak telur berkembar je..hahhaha..macam ni la kitaorang laki bini kalau jumpa sesuatu yang pelik..amik gambar mesti..hahaha... siapa yang teringinkan kembar kan. Semua orang nak, tapi tengok kepada rezeki masing-masing.
Banyak faktor yang membolehkan seseorang itu mendapat anak kembar.. Selain faktor gen dan keturunan, makanan dan nutrisi juga dapat berpengaruh untuk mempunyai bayi kembar. Makanan dan nutrisi apa saja yang membantu meningkatkan kesuburan sehingga meningkatkan peluang mempunyai anak kembar.
Banyakkan makan ubi, kentang dan susu.
Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.
- Ketela dan Ubi JalarTahukan anda, orang-orang suku Yaruba di Nigeria dilaporkan mempunyai kadar kelahiran kembar yang tinggi. Sebuah kajian mendedahkan bahawa pengambilan ketela yang tinggi dalam pola pemakanan beliau ikut berperanan besar.Ketela masuk dalam keluarga umbi-umbian, yang merupakan sumber fitoestrogen dan progesteron. Kehadiran bahan kimia ini dapat membantu hiper-ovulasi. Orang yang mengambil ketela liar telah berdasarkan penelitian ternyata mempunyai tahap kemungkinan hamil kembar yang tinggi.
- Makanan jenis tenusu
Makanan-makanan yang mengandungi susu, seperti mentega, keju atau susu itu sendiri dipercayai dapat membantu wanita untuk mempunyai bayi kembar. Kenapa? Sebab susu mengandungi banyak kalsium. Peranan kalsium ini tidak hanya boleh meningkatkan kesihatan tulang, tetapi juga sistem pembiakan yang sihat.Ada doktor yang menyebutkan bahawa wanita yang mempunyai pengambilan tinggi produk tenusu mempunyai lima kali lebih banyak peluang untuk mempunyai anak kembar dibanding wanita yang tidak meminum atau memakan makanan yang mengandungi susu.Kajian yang lain ternyata juga menunjukkan hal yang sama, bahawa wanita yang mengambil susu dan produk susu, punya peluang hamil kembar lebih besar. Demikianlah keunggulan dan keistimewaan susu, salah satunya dapat merangsang ovari untuk menghasilkan lebih banyak telur yang meningkatkan peluang atau konsep dengan bayi kembar.
- Makanan yang mengandungi asid folik dan Karbohidrat
Makanan yang mengandungi asid folik boleh meningkatkan kemungkinan kelahiran kembar. Apa saja makanan yang mengandungi asid folik? Di antaranya, kacang-kacangan dan bayam. Makanan tersebut dapat meningkatkan kesuburan yang baik kerana kaya akan asid folik. Orang yang banyak makan makanan yang mengandungi asid folik kemungkinan mempunyai anak kembar meningkat menjadi 40 peratus.
Antara faktor pemakanan yang membolehkan dapat anak kembar. Takpe usaha selagi boleh..heehe..
Hahaha. Mana tahuu scan nampak sorang nanti lahir dua orang :D
ReplyDeletemak akak dulu pun pernah cakap benda yang sama...kepercayaan orang dulu-dulu lah kot?
ReplyDeleteCx pon kalau jmpe ape2 yg kembar.. msti cx makan. Kononnya dpt anak kembar nanti. Tp itu sume kprcyaan org kite je. Pdhl tkde kene mgne pon kann. Huhu
ReplyDeleteOrang kata makan ubat subur pun boleh dapat kembar juga
ReplyDeletepernah jumpa betik dalam betik..kembar jugak tu..hehe
ReplyDeletedah baca artikel tentang kebaikan memakan pisang, tapi tak tau pula boleh bantu menguatkan tulang
ReplyDelete