PENCUCI MAKEUP REMOVER CLINELLE

in , , by Nadia Johari, 23:15:00
hai assalammualaikum

Pencuci Makeup Remover Clinelle - Hah, part paling penting sebelum cuci muka, nad mesti kene tanggalkan makeup dulu..wajibb ok..kalau dulu zaman muda-muda tak tau apa-apa, lepas makeup je terus basuh muka dengan pencuci muka. Sedangkan makeup ada lagi dekat muka tu, tak tanggal habis, sebab tu muka banyak tumbuh jerawat. Sejak baca sana sini dekat google, memang penting tanggalkan makeup dulu sebelum cuci muka. Barula muka tu bersih dari segala kekotoran..hehehe..

Kalau sebelum ni nad guna penanggal makeup Pixy, memang best tapi tetiba nak cuba yang lain pulak. Ada entry pasal Pixy dekat SINI. Jadi pergila Watson, nak cuba pencuci makeup yang lain, biasalah perempuan, mestilah nak mencuba yang berlainan, takkan sama je kan..hehehhee..kalau serasi ok, kalau tak kita kembali kepada produk yang asal..hehee..sampai watson je, tanya amoi tu nak cari penanggal makeup yang sesuai dengan kulit muka nad. lepas je dia tengok muka nad, sebab muka nad ni kadang-kadang sensitif, jadi dia syorkan nad dengan produk Clinelle ni.


Selalunya kalau jenama macam ni nad tak pandang sebab macam mahal je kan..hahaa..tapi disebabkan tetiba nad macam jatuh hati je, terus nad beli. Sebab apa nad terus tertarik dekat pencuci makeup remover clinelle ni sebabnya dia dibuat daripada luar negara, dan berwarna biru..hahahahha..ok tu tipu, semata nampak biru tapi tak tengok bahan-bahannya, habis muka kau kan nad..nad tertarik dekat pencuci makeup remover clinelle ni sebab dia berasakan air dan ia adalah 5 dalam 1 iaitu dapat menghapuskan solek, terkelupas, membersihkan, mencerahkan dan melembapkan kulit. tengokk best kann...


Satu botol boleh buat untuk semua, dari mata, bibir dan seluruh muka. Bestnya Clinelle ni boleh menanggalkan makeup kalis air, tidak berminyak sebab berasaskan air, berkesan dan lembut. Dengan hanya satu sapuan dah boleh untuk sapu seluruh muka, jimat dekat situ. Sapuan pun menjadi mudah.




SAIZ: 180ml

Tindakan multi berasaskan air pembersih 5-in-1, yang berkesan menghilangkan kotoran, minyak dan semua kesan solek dari muka, mata dan bibir zon. Ia kalis air larut solek mata tanpa meninggalkan kesan berminyak. Selain pembersihan yang cekap, ia mengelupas, membersihkan, mencerahkan dan melembapkan kulit dalam hanya 1 langkah!

MANFAAT


 PEMBAIKAN: Delima Enzim, yang menghilangkan lapisan kulit mati untuk meningkatkan pembaharuan kulit meninggalkan kulit berseri.
 

Perincikan: Asid Hyaluronic yang menyediakan mendalam penghidratan bebas minyak untuk kulit kelihatan lembut dan licin.

RESHIELD: Ekstrak Teh Hijau untuk membantu mempertahankan kulit daripada kerosakan radikal harian percuma, mengembalikan kulit yang jelas dan tenang.


Tak sia-sia la beli..kekal segar dan bersih dengan Clinelle...
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Fiza pun suka guna pixy..macam nak try clinelle jugaklah..botol pun besar boleh tahan lama tu..berapa RM untuk 180ml ni?

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2