hai assalammualaikum
Pobling Pore Sonic Cleanser Memang Best - Dah lama nad usha benda alah ni, tapi tak terbeli-beli. Lepas tu ada la duit lebih sikit, terbeli sudah pobling ni..hahaha..nad ni suka tengok youtube orang putih bab=bab kecantikan ni, dan setiap kali tengok mereka basuh muka, ada yang guna berus muka..jadi dekat situ la mula terpengaruh nak beli. Macam ni la perempuan kan..
Selalu kita basuh muka guna tangan je kan. Tak kisahla makeup atau tak makeup, cuci mukatu penting. Kita mungkin berfikir bahawa hanya dengan menggunakan tangan kita dengan pencuci muka yang kita guna dan beberapa air cukup untuk membersihkan muka kita, tetapi ia benar-benar tidak. Walaupun kulit kusam dan kering boleh membuat wajah kita lebih tua daripada kita yang sebenarnya, ada cara yang lebih mudah untuk mencapai kulit berseri tanpa rawatan spa mahal dan rawatan muka.
Benda ni dah lama dah kan, cuma nad yang baru guna, jadi nad baru nak review betapa bestnya produk ni. Pobling Pore Sonic Cleanser, nad beli dekat seorang akak ni dekat instagram,..nama instagram dia @taipingo9shop..lepas je whatsup dia tanya berapa jarga terus bank in..hahaha..Ada tiga pilihan warna dan semestinya nad pilih warna biru. Ni pertama kali cuba ponling ni. Katanya pobling ni menghasilkan getaran 1000/minit yang dapat membersihkan wajah kita dengan bersih. Lagi satu berus dia mak aih lembut betul..suka kitewtau..bagai diurut dimuka..hahaha...
Pobling Pore Sonic Cleanser
- 10,000 getaran sonik seminit menyediakan pembersihan liang mendalam.
- Berus halus lembut mikro, sesuai untuk kulit sensitif dan kawasan mata.
- Tahan air, boleh menggunakan di bilik mandi.
- Penggantian kepala mudah
- Gunakan 1 AAA bateri.
Berkesan untuk:
- Menghapuskan
sisa-sisa, minyak, masalah pori-pori terbuka, masalah jerawat ( especially jerawat pasir ), blackheads bawah kulit melalui Getaran Ultra Sonic
- Meningkatkan
keanjalan kulit dan Menghilangkan garis halus
Ultra Sonic yang bergegar 20,000 seminit dalam berus,
seperti massage yang gentle untuk muka kita, membantu untuk melicinkan kulit,
menghapuskan garis halus dan kedutan, menyebabkan kulit jadi lebih muda.
- Membaiki kualiti
kulit
Melalui pembersihan dalaman dan urutan yang lembut, ia
menggalakan metabolic sel muka, jester mengurangkan kesan minyak, jeragat,
kekurangan sinaran, blackhead dll.
- Merangsangkan
penyerapan yang lebih baik terhadap Product penjagaan kulit
Setelah membersihkan liang roma, serum dapat memasuki ke
lapisan dalaman kulit dan menutrisikan kulit dari dalam ke luar.
- Make remover yang
hebat
Membersih make up dengan lebih cepat, lebih senang dan
pantas, di samping melindungi kerosakan kulit daripada kandungan bahan kimia
make up.
Cara penggunaan:
1. Basahkan kulit dan pobling anda dengan air suam yang
mencukupi dan letakkankan sabun pencuci muka pada bulu pembersih. Hidupkan
pobling dan urut dengan kepala berus lembut.
2. Bilas kulit dengan air suam
3. Selepas menggunakan pobling, sila bilas buih sabun
secukupnya di bawah air, keringkan dan simpan di tempat pemegang.
4. Apabila hendak digunakan lagi, lagi sekali basahkan berus
lembut di bawah air yg mengalir.
5. Kami mengesyorkan untuk menggunakan dua kali atau tiga
kali seminggu.
lepas nad gunakan pobling ni,mula-mula pedih sikit muka sebab muka nad kan ade bekas jerawat, tapi lama-lama dalam masa seminggu dah elok. Muka pun dah makin bersih je..takde cuci guna tangan dah. Ada lagi berus muka yang paling mahal, tapi guna yang ni pun dah ok..hehhe..cubalah ye..
Sha ada jugak, kaler merah. hehe. tapi perasan lepas pakai pobling ni, muka makin naik jerawat pulak. Maybe dia bersihkan sampai ke bawah kulit.
ReplyDeleteMenarik ni :D
ReplyDeleteena until now pakai.. best sangat.. muka jadi bersih
ReplyDeletesaya pun guna ni jugak..best! memang bersih muka lepas cuci guna ni
ReplyDeleteMaisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com :)