Posisi Cara Duduk,Baring - Memang sejak mengandung ni,semua benda tak kena. Duduk tak kena,tidur tak kena, berdiri lama tak boleh. Kalau sebelum ni, boleh angkat berat sana sini, tapi sejak mengandung dah kene berjaga-jaga. Sejak mengandung ni juga semua badan sengal-sengal, lemah otot, sakit pinggang dan cepat penat..nasib nad duduk rumah..kalau bekerja macam mana la gayanya ye.
Punca Sakit Belakang dan Pinggang Ketika Hamil
1. Perubahan postur badan
Perubahan postur melibatkan pengalihan pusat graviti badan lantas memberi tekanan ke atas bahagian belakang badan ibu yang hamil.
2. Penambahan berat badan
Penambahan berat badan yang berlebihan boleh menyebabkan sakit belakang menjadi teruk dan pembesaran bayi dalam kandungan juga boleh menekan urat saraf yang menyebabkan sakit belakang. Yang ini saya memang perasan, sebab sepanjang mengandungkan anaks aya Firas, saya mengalami pertambahan berat badan lebih daripada 30kg. Sebelum hamil berat say a55kg, sebelum bersalin berat jadik 86kg. Memanng tulang belakang agak sakit menjelang hari-hari terakhir sebelum bersalin.
3. Perubahan hormon
Rembesan hormon yang dipanggil "relaxin" ketika mengandung melonggarkan ligamen sendi pada bahagian pelvis dan tulang belakang bertujuan memudahkan proses bersalin yang meningkatkan risiko sakit belakang.
4. Keletihan otot
Posisi duduk, baring dan berjalan yang tidak betul menyebabkan otot-otot menjadi letih dan seterusnya mengakibatkan sakit belakang.
Ni posisi yang betul supaya tak sakit sana sini sangat..
1) Semasa Berdiri
- Ibu digalakkan berdiri dan berjalan tegak, masukkan otot perut ke dalam dan ketatkan otot-otot punggung untuk membawa tulang pelvic condong ke belakang.
- Tegakkan kepala dengan dagu dimasukkan ke dalam dan bahu ke bawah serta keadaan rehat.
- Kaki dibuka sedikit untuk mendapat keseimbangan yang baik.
- Elakkan berdiri terlalu lama yang boleh menyebabkan keletihan.
2) Semasa duduk
- Duduk di kerusi dengan keadaan tulang belakang disokong sepenuhnya.
- Gunakan kusyen kecil ataupun tuala yang digulung dan diletakkan di bahagian belakang pinggang.
- Peha disokong sepenuhnya di atas kerusi dan tapak kaki rehat rata di atas lantai.
3) Semasa Baring
- Baring mengiring atau 3 suku mengiring dengan dua bantal menyokong di bahagian kepala dan satu lagi di bahagian antara lutut dan peha untuk mengelakkan ketegangan pada sendi sakroiliak.
- Baring terlentang adalah tidak digalakkan selepas empat bulan ke atas kehamilan.
4) Semasa hendak bangun dari tidur
- Semasa hendak bangun dari katil, pastikan lutu dibengkokkan.
- Diikuti dengan memusingkan badan ke sisi, kemudian tolak badan ke posisi duduk menggunakan tangan dan lengan beserta kaki di bawa ke sisi tepi katil.
5) Semasa mengangkat barang
- Semasa mengangkat, pastikan tapak kaki dibuka sedikit dengan sendi , pinggul dan lutut dibengkokkan serta pastikan pinggang lurus. Anda seharusnya merasai ketegangan di bahagian peha bukan bahagian pinggang.
- Pastikan barang yang diangkat dibawa dan dipegang rapat dibahagian tengah ke arah badan, gunakan lengan dan kaki untuk mnegangkat.
- Elakkan pergerakan memusingkan badan semasa mengangkat.
- Nak selamat takyahla angkat benda berat..huhuhu
nice sharing
ReplyDeletetq for the nice sharing :))
ReplyDelete6 tanda anak kekurangan zat besi
WOW, BESTNYE PREGNANT,
ReplyDeleteSINGGAH FOLLOW SINI , FROM GA TENGKU BUTANG . HEHE
jaga diri baik2 ye nad..
ReplyDeleteCara nak bgun duduk semua kena hati2. Kalau jenis yg lasak2 tu kena la slow2 skit kan...
ReplyDeleteBagi yg nak cari set hamil boleh pm saya ye..hehe..murah sgt nie.jimat.
Salam ukhuwah
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebetul tu, bila preggy semua posisi yang biasa kita buat jadi tak selesa..baring telentang tak selesa, duduk lama tak selesa, macam2 hal masa preggy ni kan yang tak selesa..itu lah dia pengorbanan ibu =)
ReplyDeletejemput singgah ke blog saya.. CUKUPKAH SUSU IBU?