hai assalammualaikum
Anak Lelaki ke Perempuan??? - Siapa tengok perutku, mesti akan tanay dah berapa bulan?..Macam biasa jawabla sekarang dah 8 bulan..bulan depan insyallah dia keluar. "hah yeke, keciknya perut"..auchhh..bab tu tak tau nak buat macam mana..dah mommynya kecik kot..hehhehe..sentiasa comel je..yang penting mommy dan baby sihat. Lepas tu soalan cepucemas keluar. "Dah scan??, anak ape??"..hahaha...biasalah orang tak sabar nak tau jantina anak kita apa kan. Diaorang macam lagi excited..huhuhuhu..
Kalau ikut kata doctor, kalau position baby cantik, awal 4 bulan lebih
pon ibu2 semua dah boleh nampak gender baby sama ada yang nampak tu
"bebird atau bunga". haha. Tapi kadang-kadang ikut nasib masing-masing
laaa..hehe. Ada certain cepat tau, ada certain lambat. Biasalah tu, baby
nak buat suprise katanya.
Sebenarnya nad dah tau dah jantina baby kami ni..heehhe..tapi biarlah korang tau lepas dia keluar nanti..walaupun ade nad dah terlepas cakap dekat orang jantina baby ni..hehee..Orang selalu teka bila tengok perut..hahaa..orang yang dah berpengalaman la..nad pun tak tau..hhehe..Oh bawah ni nad senaraikan ciri-ciri nak tau jantina bayi lelaki atau perempuan..
1. Pergerakan bayi yang pertama
Sudah menjadi lumrah dunia lelaki lebih aktif dan kuat berbanding perempuan. Ibu yang hamil bayi lelaki biasanya merasakan pergerakan bayinya seawal 2-3 bulan. Manakala bayi perempuan agak lewat berbanding bayi lelaki iaitu pada bulan kelima atau enam.
2. Bahagian pergerakan bayi yang kerap
Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan yang kerap di bahagian kiri jika jantina bayi anda perempuan. Dan, bayi lelaki pula sebaliknya, di bahagian kanan. Sesetengah ibu hamil juga mengatakan posisi tidur jika hamil bayi perempuan juga lebih cenderung ke arah kiri . Sebaliknya pula jika menghamilkan bayi lelaki.
3. Bentuk perut
Cara ini adalah cara yang paling diketahui umum terutamanya jika si ibu mempunyai saiz kandungan yang agak besar dan mudah dilihat. Perhatikan perut anda pada cermin, Jika jantina janin anda adalah perempuan, maka perut anda akan kelihatan sangat bulat dan pinggang anda terasa penuh. Jika hamil bayi lelaki, perut anda akan kelihatan samada lebih bujur dan panjang ataupun kelihatan agak tajam dari sisi depan. Bahagian pinggang akan terasa lebih kosong.
4. Orang memuji anda
Cara ini adalah cara untuk anda mengetahui jantina bayi anda perempuan sahaja. Sesetengah ibu biasanya akan kelihatan lebih cantik dan berseri jika menghamilkan bayi perempuan.
5. Mengidam
Sesetengah wanita hamil mengidam makanan tertentu. Contohnya, mengidam sayur-sayuran setiap kali hamil bayi perempuan dan mengidam daging setiap kali hamil bayi lelaki. Jika anda mengidam sayur-sayuran pada kehamilan sebelumnya dan bayi anda perempuan, maka perhatikan kehamilan anda yang seterusnya, jika anda lebih cenderung memakan sayu-sayuran juga. maka kemungkinan besar bayi anda adalah perempuan.
6. Kelakuan
Si ibu biasanya menonjolkan sifat atau jantina anaknya. Contohnya, lebih suka melihat permainan budak lelaki atau wajah kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Kadangkala, si ibu juga berkemungkinan membenci jantina yang bertentangan dengan jantina anaknya.. Contohnya membenci budak perempuan jika kandungannya lelaki.
Kalau nak ditengokkan senarai atas, nad macam bercampur je..ahhaha..takpela..nad cuma harapkan doakan kalian semoga nad dengan baby selamat, sihat je..bulan depan je bebeh..fuhh
Auuccchhh tak sabar nak tunggu baby kak nad keluar.. Tak sabar nak tahu jantina apa.. wahhhh... Apapun terima kasih atas tips cara2 nak detect tu heeeeeee
ReplyDeleteawww.. x lama dahh.. hopefully nad n baby senantiasa sihat selalu.
ReplyDeleteanak Nad InsyaAllah aktif tu, mak nya tgh sarat boleh berzumba sakan hehe
ReplyDeleteSemoga selamat semua..amin
ReplyDeletekita dah tahu. hehee
ReplyDeleteheee... mesti happy kan tunggu baby lahir.. Lissa pun tak sabar nak tahu. hehe. Semoga Allah permudahkan segalanya ya kak, jaga kesihatan tau :)
ReplyDelete