hai assalammualaikum
Badan Segar Dengan Gel Mandian Dan Magic Body Lotion Cosmoderm -Femes dah produk Cosmoderm ni. Cosmoderm bagusnya sebab dia boleh digunakan untuk semua orang tak kira bayi, kanak-kanak, dan dewasa. Bagus dari atas sampailah ke bawah. Maksudnya bagus untuk seluruh badan kita. Kan jimat macam tu. Sebelum ni nad dah banyak review produk cosmoderm, silalah tekan search cosmoderm kalau nak tau pasal Cosmoderm ya..hehhee..dua produk ni satu nad belum pernah cuba satu produk nad penah cuba.
Gel Mandian Cosmoderm
Ni la produk nad belum cuba lagi. Nad penah tulis dekat SINI, yang nad puas cari gel mandian ni dekat kedai-kedai yang jual barang cosmoderm, tapi asyik takde je..dah habis. Geram memang teramat geram. Ramai cakap bau dia sedap, dan sesuai untuk kulit yang sensitif. semua bagi feedback positif. Macam mana nad tak meroyan bila dah habis.. Tai nasib baik haritu dapat masa family day #kelabbloggerbenashaari. Seronok habis weii..
Nak cari mandian yang bukan sahaja mampu memberikan kesegaran badan malah mampu melindungi badan. Botol yang besar, tekan je terus keluar sabun dia. Picit sedikit je dah keluarkan buih yang banyak. Bau dia memang harum. Kau tau la sekarang musim jerebu, bila badan dah terkena habuk semua mesti rasa gatal-gatal dan masalah eczema. Huh!! habis badan kita kan naik merah-merah. Jadi masa mandi, pakai shower gel ni. Mesti kesegaran, kegatalan hilang.
Shower gel membersihkan kulit secara lembut supaya menjadi licin dan lembut. Menolong melembapkan dan menyucikan kulit. Dan amat sesuai untuk semua jenis kulit.
Magic Body Lotion Cosmoderm
Lepas mandi je, mesti terus sapu Magic Body Lotion Cosmoderm ni bagi menambahkan keharuman dan kesegaran badan. Ooopaaa Magic Body Lotion ni banyak kegunaanya. Sebab tu dinamakan Magic Lotion..hehehe.. Ia bukan sekadar mengharumkan badan korang malam mampu menghalau nyamuk daripada mendekati korang.
Malam-malam, nyamuk mesti ada, kalau tak pakai apa-apa sedapla dia hisap darah kita. Lagi-lagi dekat kampung. Tapi bila pakai ni, nyamuk pun tak berani dekat. Tidur pun lena je. Silalah bawak Magic Lotion ni kemana-mana sebab banyak kegunaanya tau. Antaranya:
Masalah kulit - membantu merawat jerawat badan, ruam, jangkitan kulat dan bakteria serta selaran matahari
Kelembapan - mampu memberi kelembapan kulit diperkaya denagn lidah buaya, vitamin B5 dan E
Deodoran - mencegah bau badan agar nyaman sentiasa.
Hah bestnya Magic Lotion ni boleh dijadikan deodoran. Siapa-siapa yanga ada masalah bau badan, kuat peluh tu, silalah pakai Magic Lotion ni. Macam mr mafia, kalau dia pakai minyak wangi pun lama-lama berbau jugak badan dia. Nad time-time macam ni memang tak tahan bau busuk, jadi pakai dia Magic Lotion ni...hilang bau tu..takdela nad komplen je..hahaha..kadang orang laki ni mana suka pakai-pakai benda macam tu, nad la tukang bubuh. Baru la dia rasa yakin..
Memang bagus produk cosmoderm ni. Korang cubala dulu. Pakai biar konsisten kalau nak hasil terbaik.
Wah, dah jadi model sekarang...!
ReplyDeleteehehe kalo jumpa nanti bolehla try guna..
ReplyDeletedok penah nampak lagi =D