hai assalammualaikum
Gambar dan Video Kaio Studio Memang Terbaik - Meh nad nak kenalkan seorang photographer yang memnag best dan kerja tiptop tak kira gambar wedding, event dan macam-macm lagi. Nad kenal Kaio ni masa dia ambil gambar event untuk blogger. Seorang yang peramah dan tidak sombong. Siapa pernah berjumpa dan bekerja dengan dia taula dia macam mana..hehee. Ok nama sebenar dia ialah Anwar Abdullah atau nama penuh Khairul Anwar Abdullah. Anwar lebih dijenali dengan nama Kaio di kalangan rakan-rakannya.
Anwar merupakan Lulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan. Beliau bermula sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008. Kaio berpengalaman menguruskan rombongan dari serata negara seluruh dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab. Kaio juga pernah pernah ke kaca TV, majalah dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang. Tengok..hebat tak hebat..banyak juga pengalaman dia sebelum menjadi photographer kan.
Hah kalau korang nak tau, Anwar atau Kio ni blogger jugak tau macam nad. Kira dua dalam satu, jurugambar dan blogger. Beliau start berblog pada tahun 2009 secara suka-suka dan mula aktif pada tahun 2011. Kalau nak follow Anwar Abdullah dan kaio secara personal, boleh follow yg bawah
Blog: www.kaio.my
Instagram: www.instagram.com/kaio_my
Kaio mudah dikenali kerana banyak melibatkan diri kerjasama bersama Harian Islam, Oh Media!, I luv tour dan Hai Blogger dan baru-baru ini Kelab Blogger Ben Ashaari.
Meh Tengok hasil gambar dan video masa event #kelabbloggerbenashaari
Video kemeriahan hari keluarga @kelabbloggerbenashaari
Gambar family day..nak tengok lain boleh follow di instagram
@kelabbloggerbenashaari
@kelabbloggerbenashaari
Pada permulaan Kaio Studio banyak mendapat permintaan shoot video dan
photo secara suka-suka seperti muzik video, filem pendek dan juga
majlis-majlis perkahwinan, dan akhirnya pada tahun 2012, tertubuhla Kaio Studio kerana minatnya dalam bidang photography dan videography.
Dan kini pada tahun 2015 Kaio Studio mula berkembang dengan melebarkan sayap ke serata Malaysia dan juga ke luar negara seperti Paris dan Cairo, Mesir untuk menjalankan tugasan videography di sana bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi.
Selain dari negara eropah dan timur tengah, Anwar Abdullah juga turut melakukan kerja-kerja photography dan videography di negara asia tenggara seperti jurugambar untuk syarikat Felda Global Venture yang ke Chiang Mai untuk lawatan teknikal ke sana.
Paling hebat lagi Kaio pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan berjaya Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai ‘Iron Lady’ dan terlibat dengan acara-acara pertunjukan fesyen, dan persembahan artis-artis tersohor tanah air seperti Dato Siti Nurhaliza. Terbaikkk!!!!!!
Bukan hanya industri fesyen dan korporat, Anwar Abdullah yang juga meminati industri pelancongan dan berpeluang membuat liputan video dan gambar ketika ketika pelancaran “Discover Thainess 2015” di Bangkok baru-baru ini bersama Majalah Asia Horizon yang dijemput khas oleh Tourism Authority of Thailand. Boleh tengok ya macam mana hebatnya dia buat kerja.
Baru-baru ini Anwar Abdullah, pengasas Kaio Studio telah memenangi
pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia
dan melayakan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam
seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain.
Banyak lagi Pencapaian Kaio Studio..Antaranya:
1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio)
2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
7. Pure Lens by Mawar Rashid.
8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.
10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd
Paris Photoshoot - Anuar Zain |
• (Anuar Zain in Paris : https://youtu.be/NfEJLZ1Z4Ik )
• (Lumiere Fashion Show VIP : https://youtu.be/LxMAQct-Nkk )
• (Eisa by Ezuwan Ismail ft Ungku Ismail Aziz in Cairo, Egypt : https://youtu.be/4_Nj70fp1o8)
Tengok sahaja kejayaan beliau kecapi, semestinya Kaio tidak boleh bergerak solo selamanya. Kaio telah mula merangka dan menyerap photographer dan videographer sebagai ahli pasukan Kaio Studio. Melihat kepada kebolehan bakat pelbagai yang dimiliki, pengasas Kaio Studio ini telah menarik minat Saiful Nang Academy of Photography untuk menjemput beliau mencurahkan ilmu videography di dalam kelas yang dianjurkan SNAP.
Selain daripada itu Kaio Studio kini giat melatih perintis-perintis baru photographer dan videographer melalui kelas-kelas yang dianjurkan dengan kerjasama Clora Studio serta rakan videographer Nasrullah Napi baru-baru ini.
Banyak lagi pencapaian Kaio Studio kalau korang nak tau, dan kalau korang nak amik beliau sebagai jurugambar korang untuk apa-apa event bolehla rujuk link-link dibawah
Website: www.kaiostudio.com
Instagram: www.instagram.com/kaiostudio
Youtube: www.youtube.com/kaiostudiotv
Twitter: www.twiiter.com/kaiostudio
Facebook: www.facebook.com/kaiocreativestudio
Fuh terbaik kan KAIO STUDIO ni..macam-macam dia dah buat sebelum jadi photographer dan videographer. Banyak pengalaman dah dia dapat. Dengan semangat jiwa yang kental, tidak mudah putus asa sampai dia berjaya ke tahap macam ni. Memang puas hati bila tengok gambar-gambar dia semua ni. Orangnya pun muda lagi..hehehhe..syabas KAIO STUDIO. semoga terus maju ke hadapan. Kepada mereka-merka yang nak mengabadikan memori terindah seperti wedding atau event formal tak formal boleh contact KAIO Studio ni...ok..
yeyy . nice entry kak :D
ReplyDeleteCantik video dia.. Ada buat tuk biz tak
ReplyDeletenice video.
ReplyDeleteKULIT LEMBUT, GEBU DAN CERAH DENGAN ESP
memang puas hati tengok gambar dan video dia..
ReplyDeletecantik kualiti gambar
ReplyDeletepic & video mmg cun
ReplyDeletewa... mmg terbaik pencapaian dorg..
ReplyDeleteSalam kenal dari blog uzu, kisah emas putih
Jom singgah blog : Nurfuzie.com
cantik kan gambar dorang.. good luck kaio.
ReplyDeletepergh, ada jiwa gambar2 diorang ni
ReplyDelete