hai assalammualaikum
Pencuci Terbaru Safi : Safi Fruty Fresh - Penjagaan
wajah seawal peringkat remaja penting kerana kulit remaja lebih
cenderung untuk menjadi kusam dan berminyak. Pori akan mudah tersumbat
dengan habuk dan kotoran menjadikan jerawat mudah timbul dan menjadikan
kulit kasar. Membersih muka secara
berkala dapat mengurangkan habuk dan kotoran daripada tersumbat ke dalam
liang pori wajah? Namun, membilas wajah dengan air sahaja tidak
mencukupi!
Kini, SAFI
jenama Halal No.1 Malaysia memimpin gadis menyusuri fasa perubahan diri
agar kulit wajah kelihatan segar dan bermaya sepanjang hari dengan SAFI
Fruity Fresh. Safi Fruity Fresh merupakan pencuci terbaru yang dikeluarkan Safi..Berwarna warni you alls..
Diperkaya
dengan 100% buah-buahan SAFI Fruity Fresh sesuai untuk setiap jenis
kulit wajah. Mulakan pagi anda dengan gel pembersih muka SAFI Fruity
Fresh. Dengan gabungan gel dan “Micro Beads”, ia mudah meresap ke dalam
pori wajah agar dapat memberi penjagaan lengkap kepada si gadis.
Formulasi khas ini senang dibilas, membersih dengan mendalam,
menyegarkan kulit serta menjadikan kulit lembut dan bebas minyak
sepanjang hari. Dengan tiga variasi berbeza Safi Fruity Fresh, ia
memberikan anda aroma kemanisan buah-buahan agar kekal segar dan
berseri.
Nikmati Kesegaran Berpanjangan Dengan
100% Buah-Buahan Aktif!
Pembersih Muka Safi Fruity
Fresh Lemon (Mencerah)
100ml: RM9.90 & 50ml: RM5.00
Inilah rahsia cerah berseri! Dengan manfaat sari lemon, pembersih ini mampu membersihkan kotoran secara mendalam,
membuatkan kulit semakin segar dan cerah alami. Rasakan kecerahan kulit jelas
terpancar!
Reka
bentuk produk yang unik dan trendy, serta rona yang ceria ini amat
selari dengan jiwa gadis muda yang sentiasa aktif, bergaya dan
berkeyakinan. Untuk si gadis yang aktif, variasi SAFI Fruity Fresh Lemon
yang berwarna kuning ini pasti menambah keceriaan anda sepanjang hari.
Warnanya yang terang memberikan pesona inspirasi dan semangat agar
tampil cerah dan yakin di mana sahaja.
Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Strawberi (Bebas Minyak)
100ml: RM9.90 & 50ml: RM5.00
100ml: RM9.90 & 50ml: RM5.00
Tampil yakin dengan kulit
bebas minyak. Khasiat kandungan Strawberi yang aktif ini mampu mengurangkan
minyak pada kulit wajah. Terkenal sebagai ajen pengurangan minyak secara
semulajadi, buahan Strawberi yang manis ini pasti menjadikan anda ceria
berseri. Kini kulitmu bebas minyak dan lembut umpama sutera!
Bagi si
manis yang gemarkan personaliti lembut dan ayu, variasi SAFI Fruity
Fresh Strawberi yang berwarna merah jambu ini amat sesuai dijadikan
teman di sisi. Warna kegemaran majoriti gadis ini menyerlahkan sifat
mesra dan ayu agar selesa bergaul bersama rakan sebaya.
Pembersih Muka Safi Fruity
Fresh Anggur (Menyegarkan & Skrub)
100ml: RM9.90 & 50ml: RM5.00
100ml: RM9.90 & 50ml: RM5.00
Jangan biarkan kulit anda
lesu dan kusam! Dapatkan kebaikan anggur yang mampu menanggalkan kulit mati
dengan mendalam. Tekstur gel yang sesuai untuk kulit gadis muda ini juga mampu
menyamaratakan tona wajah agar tampil sekata. Nikmati kesegaran wajah dengan
kulit yang bersih sepanjang hari!
Kadangkala,
gaya tidak semestinya berlebihan. Variasi SAFI Fruity Fresh Anggur yang
berwarna hijau ini amat sesuai dengan personaliti gadis yang ringkas
dan “down to earth”. Rona yang tenang dan mendamaikan ini menjadikan
seorang gadis mudah didekati memandangkan si dia sentiasa tampil yakin
bersahaja.
Produk SAFI Fruity Fresh ini boleh di
dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper
utama. Bersama kita nikmati khasiat buah-buahan untuk tampil segar dan
manis sepanjang hari. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI FRUITY FRESH sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMALAYSIA, laman instagram SAFI @safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia.
macam best jer nih.... macam nak cuba jer...
ReplyDeletewowww pakaging lawa
ReplyDeleteMenarik ni. Nak cari lah nanti :D
ReplyDeletesebagai pengguna setia safi, saya nak cari ! angkut satuuu
ReplyDeleteuish! sekali pandang mcm utk sabun badan plak
ReplyDeleteTengah google pasal safi fruity fresh. Nak baca review dulu baru beli. hehehe Jumpa blog awak.
ReplyDeleteAssalamualaikum..Nak tanye..Dah lama ke guna safi fruity fresh Ni? Okay je la bila guna? Takda masalah lain?
ReplyDeleteYg mana satu nak beli ni?
ReplyDelete