hai assalammualaikum
Check up Sebulan - Alahai sekejap betul masa berlalu. Sekejap je dah sebulan anak mommy ni. Semakin hari semakin membesar dia. Sedangkan haritu masih dalam perut mommy, baru ke keluar dari dalam perut..sekarang dah sebulan dah. Cepat masa berlalu ye.
Dah sebulan ni, macam biasalah kene pergi klinik untuk check up baby dan maknya sekali. Kalau sebelum ni nurse datang rumah untuk check up..tapi dah sebulan ni kita la kene pergi klinik.. Dari mengandung sampai dah terberanak,klinik la rumah kedua kau..hahhaa..
Check up sebulan ni, baby farizah akan kene injection. Tapi sebelum tu adela prosedur dia. Nad kene pergi pagi sebab nurse cakap check up sebulan banyak prosedurnya. Nad kalau drngar pagi, alahaii..lemahnya..yela sejak ade anak ni..tidur pun tak menentu..sekali kene bangun pagi nak pergi klinik..adoyaii..nak taknak pergi jele. Gagahkan diri..sampai klinik serahkan buku pink anak dan ibu. Lepas tu tunggu la giliran. Nasib baik klinik kerajaan meru ni sistematik. Jadi cepatla sikit prosedurnya. Macam nad datang awal sebelum appoinment, jadi dia dahulukan nad..huhuhu..
Pertama sekali, benda yang dibuat ialah timbang baby fariza dan amik ukuran tinggi dan lebar kepala. Kenela dibogelkan baby tu. Cuma pakai pampers je. Nasib baby fariza behave masa tu. Fuh selamat..baik, duduk senyap. Senang keje nad. Masa nad tengok berat, risau sebenarnya. Yela masa nurse check up dekat rumah berat dia tak naik2. Sama macam masa dia lahir.
Alhamdulillah, naik sikit berat dia. Walaupun 2 gram je. Nad suka, sebab naik..dari tak naik kan. Berusaha bagi susu ibu ni. Tapi-tapi kan masa jumpa doktor, doktor cakap kenapa naik sikit, doktor cakap lagi " bagi susu badan ke".. nad cakap " ahak".. doktor cakap " berapa jam sekali dia minum". Nad cakapla " kadang sejam dia bangun nak susu.
Doktor cakap " tak cukupla tu susu ibu, dia asyik bangun je. Takpe bagi je sampai die kenyang. Kita tengok bulan depan kalau naik ok, kalau tak naik kene jumpa pakar, takut ade masalah".. nad iyakan jele. Masa tu memang risau masa doktor cakap gitu. Sedih oun ade, sebab berat fariza naik sikit.
Sampai pikir, betul ke susu sikit..kesian fariza lapar..ermm..tapi alhamdulillah..ada kawan-kawan support cakap teruskan susu ibu. Selalu pikir positif. Terima kasih korang.
berat baby farizah: 3kg selepas sebulan ( 2.8kg masa lahir)
Panjang: 52 cm ( 50 masa lahir)
Lilitan kepala: 35cm ( 31cm masa lahir)
Lepas baby fariza kene timbang, turn mommy pulak kene check. Lor ingat takde, adoyaii..tak sudah-sudah nak check..hahha. dahla memikirkan fariza ni takut nangis. Nak taknak suruh mr mafia pegangla. Masa tu dia pun dah macam nak merengek..adoii..nak taknak kene pegi. Mommy kene check macam masa mengandung tapi takdela cek perut dah..hahaha..untuk mommy cek
- berat badan
- tekanan darah
- urin kencing
- amik darah ( sangat tak suka..takutt)
ada yang lain macam payudara, aliran susu, tinggi rahim, edema, dan pemeriksaan luka, tapi yang ni semua dia tanya je tak cek. Berat nad 40 kg kau..hahaha..nak sangat berat 40, nah amikk..hehe..sebelum pregnant bawah 40, sekarang 40 kau..hehe..okla tu.
Selesai cek mommy, turn baby fariza pulak. Sebelum kene injection, baby fariza kene cek sama ada ok ke tak semua. Demam ke tak. Alhamdulillah masa tu baby fariza baik dan sihat. Tapi maaa tu dia dah merengek. Mommy terppaksa nyusukan dia masa tu gak. Kalau tak bagi habis nyaring suara dia keluar.
Masanya baby fariza kene injection. Part ni memang takut. Ingat nak bagi mr mafia pegang sebab nad tak boleh tengok jarum. Lagi-lagi baby fariza yang kene. Tapi nak taknak kene gak pegang. Huhuhu..gagahkan diri.
Masa ni baby kene injection hepatitis B. Masa dekat hospital dia dah kene injection BCG. Untuk sebulan hepatitis B pulak. Kesian anak mommy, nangis dia..nad tengok pun dah rasa sakitnya guane..huhuhu..terua keluar suara nyaring dia..haha..masa tu cepat2 ajak mr mafia balik. Bila dalam kereta senyap pulak baby fariza..eheh dak ni..
Sekejap je anak mommy dah besar. Jap lagi masuk 2 bulan..mommy daddy love you..muah22..
eheh betul pejam celik dah berlalu masa.. semoga membesar dengan sihat yaa Baby Fariza =)
ReplyDeletemancung hidung :)
ReplyDelete