hai assalammualaikum
Tamatlah Akulah Balqis - Tamat sudah cerita Akulah Balqis, happy ending. Balqis ada dua keluarga. Memang best cerita ni, sesekali cerita macam ni kan bagus, ni tak asyik pasal percintaan je..walaupun nad jarang tengok cerita Akulah Balqis sebab mak tututp tv, tak bagi tengok tv time maghriv, tapi jalan ceritanya nad tau sikit-sikitla..hehe..yang tak bestnya iklan kecantikan tu, ala maria farida tu.." manjaaaa kasih".. seksa nengok..hahaha..
Ok cerita bab drama ni, tak bagusnya bila Milda dan Adi sorokkan balqis dari ibu bapanya. Lor kan tak baik tu, kalau cakap elok-elok, baik-baik mesti mak bapak balqis ok. Bagusnya mak bapak balqis tak berdendam pun, last-last diaorang sendiri tak kisah balqis tinggal dengan milda dan adi..bagusnyaa..bagusnya lagi bila ada seorang kawan tomboy yang baru kenal tolong yamin dan seri..haha..ala pelakon yang berlakon dalam cerita mok cun tu..susah kat kl nak cari orang baikacam tu..memang bahagia tamatnya, dua-dua dapat.
Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Puteri Balqis, Aeril Zafrel, Nabila Huda, dan Nazim Othman, drama ini dilihat bakal mencetuskan fenomena tersendiri. Ia turut dibantu oleh Nadia Brian, Puteri Aishah, Nabilah Dally, Fazlina Ahmad Daud, Amai Kamarudin, Anne Abdullah, Mohd Benladin, Balkisyh Semundur Khan, Zulkifli Ismail, dan Aziza Kazan
Sinopsis drama Akulah Balqis di Tv3
Akulah Balqis yang meneruskan kehidupan tanpa bimbingan kedua orang tua yang lalai dengan tanggungjawab untuk membesarkannya. Balqis perlu mengorbankan zaman kanak-kanaknya untuk meneruskan hidup.
Ibu bapanya, Yamin dan Seri terlalu sibuk mencari pekerjaan setelah syarikat tempat bekerja Yamin jatuh muflis. Seri juga mula bekerja untuk membantu Yamin dan mengabaikan Balqis. Balqis terpaksa berhenti sekolah kerana tiada siapa yang boleh menghantarnya.
Tertekan dengan desakan hidup, Yamin mula terlibat dengan dadah selepas berkawan dengan Zali, seorang pemuzik di kelab malam. Wang kerja sambilan Yamin mula tidak mencukupi akibat ketagihan dadah.
Ketagihan Yamin akhirnya turut mempengaruhi Seri yang kemudiannya menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Pusat Pemulihan Dadah menyebabkan Balkis hilang tempat bergantung.
Zali kemudian menghantar Balqis ke rumah kebajikan masyarakat. Akibat tidak selesa tinggal di situ, Balqis melarikan diri dan terpaksa merempat di jalanan.
Suatu hari, Milda, seorang model terkenal secara tidak sengaja terlanggar Balqis. Balqis di bawa pulang oleh suami Milda, Adi, yang kasihan dengan nasib kanak-kanak itu. Milda mula merasa tidak selesa dengan kehadiran Balqis dalam keluarga mereka, berlainan dengan Adi yang menjaga Balqis seperti anaknya sendiri.
Adi memang sudah lama menginginkan zuriat sendiri tetapi tidak bagi Milda. Setiap kali Milda dan Adi bertengkar, pasti Balqis akan mencari jalan supaya Adi dan Milda berbaik. Kerana itu juga, hati Milda semakin lembut dengan kebaikan Balqis dan mula menerima Balqis.
Hubungan mereka bertiga semakin rapat, namun pada suatu hari Yamin dan Seri muncul untuk meminta anak mereka kembali. Oleh kerana sudah terlalu sayangkan Balqis, Adi dan Milda cuba melarikan Balqis dari ditemui ibu bapa kandung budak itu.
cerita akulah balqis memang best. dah bosan tengok cerita mengarut macam cinta bla bla bla...
ReplyDeletebukan sebab IQ nama balqis yer....hee
Tamat dahhhh.. Tapi tak dapat tengok yang pengakhiran.. Best juga cerita yg ni...
ReplyDelete