hai assalammualaikum


Anugerah Juara Lagu - Kalau dulu waktu kecik, nad la paling tak menyabar nak tengok anugerah juara lagu. Bukan nad saja rasanya, mak, ayah, abang, kakak dan adik pun tak sabar bila Anugerah Juara Lagu akhir nak bermula di kaca tv. Lagi-lagi masa ada Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris. Sebab apa??

Sebab persembahan Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris akan memukau semua penonton. Diaorang akan bawak seramai mana boleh orang untuk menang dalam kategori persembahan. Lagi-lagi Noraniza Idris, ada sahaja alat yang dia akan buat. Nad masih ingat masa dia buat berapi dekat mulut tu. Sanggu dia telan minyak semata nak buat persembahan yang terbaik. Lepas tu mula la kitaorang berlawan siapa yang menang kategori persembahan, antara Siti atau Noraniza Idris..hehehe..yela dulu ada kategori irama muzik, sekarang takde.

Sekarang muzik-muzik pun jarang tengok, apatah lagi anugerah muzik-muzik separuh akhir..hahaha..kita tengok yang last jela. Artis sekarang buat persembahan simple je, tak banyak prop. Semalam Anugerah Juara lagu yang ke 30 akhir..wah dah yang ke 30 kau..lama tuu..makin lama makin banyak yang tak menarik..maybe dah takde idea kot..ingatkan makin gempak..huhuhu..

Permulaan dimulakan dengan nyanyian Dato Jamal Abdillah, Yassin dan Dato Siti Nurhaliza. Antara pemenang Juara Lagu dahulu. Mula-mula je dah spoil dengan bongkah kayu tu. Dahla besar gedabak..huhu..Tapi nasib suara mereka bertiga masih sedap..

SENARAI 12 LAGU DI AJL 30Judul Lagu Penyanyi / Kumpulan


1. Sampai Mati (Hazama)
2. Potret (Akim & The Majistret)
3. Assalamualaikum (Faizal Tahir) 
4. Biarkanlah (Drama Band)
5. Hanya Namamu (Caliph Buskers) 
6. Knock Knock (Elizabeth Tan)
7. Malam Ini Kita Punya (Bunkface) 
8. Angin Kencang (Noh Salleh )
9. Bukan Hal Aku (Kaka Azraff dan Aliff) 
10. Mana Mungkin (Black) 
11. Not For Sale (Stacy )
12. Tak Pernah Menyerah (Dayang Nurfaizah)

Kalau dulu, tengok Anugerah Juara Lagu sampai tak berkedip..sekarang tengok tak tengok jele..bukan sebab lagu, tapi persembahan. Lagu yang dipertandingkan semua sedap. Cuma lagu ," knock-knock" dengan " Ini Bukan Hal Aku " nad kurang minat.



Kedudukan Dan Kategori Pemenang Hadiah 
1) Juara - AJL 30 Akim & The Majistret (Potret)  RM50,000 beserta trofi. Memang sedap lagu ni..alhamdulillah menang jugak..

2) Naib Juara - Faizal Tahir (Assalamualaikum) mendapat RM35,000 beserta trofi

3) Tempat Ketiga - Caliph Buskers (Hanya Namamu)- RM20,000 beserta trofi

4) Vokal terbaik - Dayang Nurfaizah (Tak Pernah Menyerah) - RM12,000 

5) Persembahan Terbaik Akim & The Majistret (Potret) - RM12,000


Oh ada lagi Dato Siti Nurhaliza telah terpilih sebagai Anugerah Qu Puteh Diva. Anugerah Qu Puteh Diva adalah sebuah anugerah yang diperkenalkan pada AJL30 bagi menghargai dan meraikan juara-juara AJL sepanjang 30 tahun ia diadakan Pemilihan pemenang adalah berdasarkan undian tertinggi oleh peminat dan undian tersebut dibuka menerusi laman web rasmi Anugerah Juara Lagu ke-30.

Ok itu sahaja, diharap AJL tahun hadapan lebih meriah. 

SHARE 7 comments

Add your comment

  1. tahu xpe...sy pon bosan gila tgk smlm..tu pon tgk2 mcm tu je..xde serius benor..xde yg memukau lgsg..seme lagu mcm mendatar je..tp msa tgk persembahan akim, trs sy ckp rsanya dia ni yg menang...tup2 btul..hehe.. mmg jauh sgt AJL dlu ngn skrg.skrg mkin lama makin x best

    ReplyDelete
  2. huhu. anyway tahniah kepada pemenang

    ReplyDelete
  3. tak tengok pun, walaupun dapat tiket free.tapi memang betul, zaman dulu-dulu punya AJL lagi best.lagu pun berkualiti.persembahan jangan cakap la, terutama siti ngan noraniza macam nad cakap tu

    ReplyDelete
  4. dah tak minat tgk anugerah sume ni...

    ReplyDelete
  5. anugerah juara lagi? heheheh sama la kak sue tengok dah tgh2 pastu masa bila terlena pun tak tau,tahu2 laki kejut masuk tido hahahhaa

    ReplyDelete
  6. tgh tgk boleh plak tertdo.. jawabnya tgk xhabis la

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2