hai assalammualaikum


Isu breastfeeding : Upload Gambar Di Media Sosial - Dah jadi ibu ni baru tau ape maksud BF (breastfeeding) dan DF (directfeeding).. kalau tak sebelum ni duk terfikir apa yang diaorang cakapkan..huhuhu..Seperti yang kita tau, susu ibu adalah susu terbaik untuk si kecil membesar dengan sihat. Yela susu ibu banyak khasiatnya untuk perkembangan si kecil. Dalam islam, disyorkan susukan baby sehingga umur mereka 2 tahun.

Yup, breastfeeding memang bagus, tapi isunya sekarang kenapa perlu diambil gambar dan diupload di media sosial walaupun tak nampak "teettnya".. walaupun breastfeeding ni normal, tapi disebabkan diberi susu melalui breast, ia mengundang kepada negatif oleh sesetengah masyarakat. Yela sekarang kan pikiran orang dah macam 3D..duk pikir gila-gila,lucah dan " menghairahkan..siapa tau kan..seram jugak..

Macam nad sendiri, pertama kali breasfeeding dekat hospital, kalau dengan ibu-ibu nad tak kisah, bagi susu je dekat baby fariza, selak je, tapi bila dah sampai doktor lelaki, segan weii..walaupun kita tau dia doktor..dia paham ibu-ibu ni tapi bagi nad, kita punya tu adalah aurat. Lagi kalau datang pelawat. Cepat-cepat amik kain, tutup. Terkial-kial nad, sebab baby fariza ni kalau lambat,ngamuk dia macam kene dera..fuhh..memamg malu..yela dengan tempat terbuka..lelaki tengok..lagi bila tempat awam..bila pertama kali pergi shoping mall, nad akan bagi fariza kenyang dulu dekat rumah atau dalam kereta. Walaupun ada tempat khas untuk ibu menyusu tapi kalau kita tak tau dekat mana, sama gak kan. Lagipun nad tak beli cover nursing tu, sebab tak tau situasi akan jadi macam ni..hahha..kalau macam ni pun dah malu apa lagi upload dekat media sosial.

Nad ade jugak dimasukkan dalam satu group BF ni..tapi nad cuma baca dan amik tips je.takdela komen atau bubuh gambar sebab takut apa yang dipost akan dilihat orang walaupun group tu private. Mana tau dihack ke apa..naya weii..orang sekarang pandai..bila dah viral macam ni la jadinya..habis page amran diserang..huhuhu..korang nak amik gambar boleh tapi buatla untuk peribadi..


Tips penyusuan
1) Fokus Dan Tenang
- sentiasa fokus kepada kebaikan semulajadi susu ibu. Tenang semasa breasfeeding. Bila tenang , automatik penyusuan semudah yang disangka.

2) Lokasi yang sesuai
- cari tempat yang tidak terlalu ramai untuk melakukan penyusuan. Macam nad la suka nyusu sorok-sorok..hehe..ketika susu baby perlukan ketenangan,kalau bising takut dia tak selesa.dah kalau tak selesa habis kaki tangan naik 360 darjah..hahha..tu kadang ibu jadi stress, sampai terus selak baju. Kalau ade tempat khas ibu menyusu, masuk dalam situ dan bagi susu.

3) Pakaian khusus
- Sejak dah tau menyusu anak ni macam ni, dah kene beli cover nursing siap-siap. Sarungkan pakaian penyusuan dan gunakan nursing cover atau "sling"  ketika menyusukan bayi. Pakai nursing bra untuk mudahkan ibu-ibu semasa menyusukan bayi. Bila ada nursing bra, takyah selak sangat, lagi bra yang hanya dibuka dekat bahagian nip.

4) bantuan
- perlukan bantuan suami atau orang ketiga menjadi dinding sementara penyusuan dilakukan. Kadang nad mintak tolong husband lindung..heheh..

5) Amik gambar..
- hahaha..bab ni kalau korang nak amik gambar boleh, nak selfie pun takpa TAPI janganlah dok p upload dekat media sosial. Silalah pikir tentang orang lain yang takleh breastfeeding. Diaorang ade perasaan.

ok itu sahaja. Sekian.


SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2