SELEPAS 3 BULAN BARU BALIK KUALA LUMPUR

in , by Nadia Johari, 23:46:00
hai assalammualaikum


Selepas 3 bulan - Apa yang selepas tiga bulan tu??.. sebenarnya ini la kali pertama fariza akan jejak rumah dekat kuala lumpur ni..hehehhe..Nad duduk rumah mak dekat klang dari raya haji lagi. Sebab masa tu dah dekat due date. Yela kita tak tau bila kita akan bersalin kan. Kan ada yang cepat dari tarikh due tu. Laki nad pulak kadang kerja luar. Jadi taknak jadi apa-apa, nak selamat, balikla rumah mak.

Mak dengan kakak semua cakap, " ko nak dekat sini sampai bila". Masa tu fikir dah bersalin bulan 10, pastu pantang bulan 11, alang-alang habiskan jela sampai bulan 12..tahun baru baru balik kuala lumpur..hahaha..yela masa berpantang tak tau anak meragam macam mana. Sakit apa, kenapa menangis??.. pertama kali kann...better duduk rumah nak lama sikit. Ada jugak orang tengokkan.

Bila dah masuk tahun baru, ingat nak balik 1.1.2016, tapi cousin pulak nak tunang. Sebab fikir kalau dah balik kuala lumpur, nak kene balik klang balik..dah bazir minyak dengan duit tol lagi. Jadi kita tinggal lagi dekat rumah atok nenek sampai cousin tunang. Cousin tunang pulak tunang 24.5.2016, jadi 25.1.2016 pulak cuti thaipusam yang jatuh pada hari ahad. 26.1.2016 pulak fariza ada appoitment klinik kene cucuk untuk 3 bulan dekat klinik kampung pandan. Jadi balik 25.1.2016 ke kuala lumpur.

Ok bye-bye meru klang..welcome kuala lumpur. Dalam kereta lagi fariza dah senyap je..behave je..siap tidur sebab kene aircond. Bila dah sanpai rumah, kereta berhenti, dia pun bangun. Tadaaa..your home fariza..letak je dekat tilam terus senyum..ngoceh..eheh..suka ke dekat sini. Amboii..nak jadi orang kl ke..satu masalah dekat sini, cuacanya..tersangatla bahangnya..berbeza dengan kampung yang sejuk tu. 


Dekat sini, daddy la layan ye. Alhamdulillah..dah 3 bulan, dia dah besar..ok la jaga tanpa orang tua..huhuhu..tapi bila dekat kuala lumpur, mommyla bertambah kerja. I am supermom and superwife..huhuhu..fariza dah tido..nasib baik bunyi motor rempit pun dia tak terjaga..
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. alhamdulillah
    semoga dipermudahkan.
    best kan.. dapat balik rumah sndiri..
    semoga fariza dpt sesuaikan diri dgn suasana baru..

    pppsttt: fariza dah boleh apa di usia 3 bulan ?

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2