hai assalammualaikum

Set Tilam Kekabu Baby - Sebelum bersalin, memang nad dah beli barang baby..semua dah lengkap..dari pakaian, barangan mandi dan tempat tidur. Tapi rupanya ada yang tak sesuai diguna untuk baby fariza seperti tilam dia. Almaklumla pertama kali jadi mak, tak tau mana yang terbaik kan. Kita cuma buat list, lepas tu grab. Tak tau sesuai ke tak untuk bayi.

Haritu pegi expo baby nad ada beli set tilam jenis span. Disebabkan dia warna biru nad pun ambil, tapi sekarang digunakan untuk alas dia lepas mandi dan baring-baring dekat luar..kalau buat tidur dia macam tak selesa dan tak tidur nyenyak. Lagipun nipis dan psnas. Masa pergi expo baby tu ade jugak nampak tilam kekabu..tapi nad rasa macam keras, berat pulak tu..tu yang tak beli..lagi satu harganya mahal..huhuhu..memang tak ambil ler..

Lepas tu ternampak sepupu punya bantal dengan tilam baby dia daripada kekabu..sedap je..lembut..lagipun kekabu kan best. Jadi nad pun terfikir nak belikan untuk fariza..kesian dia takde tilam tidur..nak beli dekat luar memang tak terkeluar la..sebab mr mafia dekat kl..nad dekat kampung..jadi takde siapa nak bawak..lagipun takut mahal dekat luar. Jadi kita survey la dekat instagram. Macam biasa nak senang tekan #tilamkekabubaby.. pergh macam-macam adatilam kekabu baby ni..comel-comel belaka..




Berapa minggu survey..hahha..sebab nak puaskan hati mana yang best dan murah. Habis semua di whatsuup..hahaha..Lepas tu berkenan dah dengan satu instagram ni. Memang terbaik, lawa, kemas tilam kekabu dia buat. Bila whatsuup tanya harga, not bad..murah. Tak cakap banyak terus order dengan dia. Nad tak amik satu set, nad cuma amik tilam dengan dua bantal. Harga untuk tilam dia ikut corak, kalau SATU CORAK lagi MURAH.. kalau banyak corak up sikit tapi tak mahal sangat pun.

Akak ni buat cepat dan kemas. Nad order hari ahad tak silap..lepas tu dia pos hari khamis..huhuhu..pos guna nationwide..tapi nationwide hantar hari isnin sebab masa hari jumaat dia call nad tak angkat..hahaha..biasalah jaga anak...buzy..



hah cantik tak..cantik tak..banyak-banyak corak nad pilih corak teedy bear ni..tak tau kenapa..comey sangat bear ni..nak pilih biru coraknya tak berapa menarik sangat bagi nad..nak amik pink..idok lerr..hahaha..kita amik bear jele..


Harga untuk tilam kekabu nad
Tilam: size 28 x 38 inci
            Bersarung zip
            RM 90 UNTUK SATU CORAK
Bantal: 12 x 9 inci : RM13
              17 x 12 inci : RM 18
Sarung bantal : 14 x 10. : RM 6
Postage : RM19
Jumlah : RM 146..

Murah kan..


Dapat je terus buka..terus tidokan si fariza ni..hahaha..dia pun suka..relaks je dia..


Tengok bila dia tidur..nyenyak betul.




Ada macam-macam lagi corak dekat sini..kalau nak buat tempahan boleh ke
Instagram : ain tukiran
Facebook:  aina aisy
Page : set tilam bayi aina aisy collection

SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Brg baby mmg kene plh btl2. Time anak cx plg ssh nk jmpa adlh tilam. Tilam yg cx nak tkde.. tension. Last2 beli je tilam yg ada. Lps tu tkde plhn lak tu. Huhu

    ReplyDelete
  2. biru jugak yang kak nad pilih. hahaa

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...saya Ada menyediakan perkhidmatan urutan selepas bersalin/berpantang pada harga istimewa area sentul Dan Kuala Lumpur .sebarang pertanyaan boleh call 013-2096836/018-3636986

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2