hai assalammualaikum
Kambing Bakar BBQ AA Super Grill Terbaik : Nad memang suka sangat makan kambing. Haritu nampak kawan post kambing bakar dekat Subang. Nampak sedap, dengan sos dia..aummm. Tengok gambar je dah terliur. Apa lagi, nad pun pujuk mr mafia nak makan kambing. Bagitau awal-awal, sebab boleh plan nak lergi bila. Jadi kami cadang nak pergi 20.3.2016, hari sabtu.
Sehari sebelum tu, dia cakap makan kambing tu bila??. Nad cakapla " esok malam ".. dia terkejut, dia ingat siang..jadi dia dah janji dengan client dia dapat amik gambar malam tu..lorr..merajuk kita tau tak, mr mafia terpaksa bekerja. Dan masa tu pulak nad nak balik kampung dekat Klang. Punyala pujuk adik beradik nak pergi makan kambing sangat, tapi diaorang pun tak boleh bawak. Sedih sesangat tau tak.
Lepas tu ternampak dkna abza, makan kambing bbq dekat shah alam bulatan bazarena...Arghhh!! Suka giler ok. Rupanya ada festival food dekat Shah Alam. Apa lagi, whatsup mr mafia bagitau hal ni. Memandangkan festival food tu dua hari je, sabtu dan ahad, hari ahad tu nad last dekat kampung, esoknya isnin nak balik kuala lumpur, sebelum balik, ajak mr mafia pergi Fantastic Malaya Food Festival 2016 ni.
Jadi hari ahad kami pergi lepas maghrib. Nad pergi dengan mr mafia, baby fariza dan tiga orang anak buah nad. Sampai je sana, memang macam-macam makanan ada, tapi mata tertumpu dekat kambing bakar bbq AA Supergrill. Bau kambing yang dimasak menusuk hidung. Lagi senang sebab sebelah gerai ada mainan gelongsor supa doopa tu. Lagi anak buah suka.
Jadi nad terus tempah 3 bungkus. Kambing ni dimasak dahulu sehingga lembut, kemudian di masak lagi dengan dicampur dengan sos buatan sendiri. Kasi kacau,kacau..yang tengah masak tu, itula owner Kambing Bakar Bbq AA Supergrill ni..hahaha..untung tak, nad datang last day, owner yang masak sebab pekerja yang lain masa tu pergi solat. Kelainan kambing ni ialah, dimakan dengan roti. Selalu kita nampak makan dengan coselaw dan lain-lain kan, tapi ni roti. Okla tu kan. Lagi best, leh letak kambing atas roti, makan buat macam sandwich..hahhaha..
Jangan risau, kambing bakar ni akan ditimbang dahulu. Setiap bungkus 200g, sama adil untuk semua pelanggan. Takdela terasa kau terlebih ke, terkurang ke..kannn
Dapat je, terus cari tempat. Kau tengok anak-anak buah nad semua makan kambing bbq ni dengan sedapnya. Roti sampai berebut..hahaha..memang sedap. Takde bau, daging kambing yang lembut. Sos yang sedap, tak berapa pedas, tapi kalau bubuh sos lagi, confirm mengancam. Fuh kenyang kau..alhamdullillah...sedapp sangat. Termakbul nak makan kambing weiii..
Nad tapau bawak balik rumah mak, abang nad cakap, "abang bagi 10 bintang untuk kambing ni".. haha nampak tak sedap dia..
Nad tapau bawak balik rumah mak, abang nad cakap, "abang bagi 10 bintang untuk kambing ni".. haha nampak tak sedap dia..
Borak dengan ownernya, yang dia dah 8 bulan berniaga kambing ni dekat subang. Hanya buka pada waktu malam. Dan diberitahu AA SSupergrill ade buat delivery ok. Untuk lunchbox sekitar shah alam, damansara,usj dan lain-lain. Nad tak ingat lagi area mana.
Ada juga frozen daging kambing yang dah siap diperap korang boleh beli ok. Apa-apa nak tau korang boleh ..atau layari
contact 019 6340294
Sebenarnya gerai dia dekat subang. Korang boleh pergi ke
Alamat : Food Court Tat Nasi Ayam, U5 Subang Bestari, 40150 Shah Alam, Selangor. (dekat ngan LEMBAGA GETAH MALAYSIA dan HELP UNIVERSITY)
Tagline : " Mok Kito Maroh Jual Mahal "
#aasupergrill #subangbestari #kambingbakar #bbq
Waktu operasi :
isnin-khamis 630ptg-1030mlm
Jumaat -sabtu 630ptg-1200mlm
Ahad tutup
Cawangan : dungun, terengganu
No phone : 019-6340294
Sedia menerima tempahan utk majlis korporat, jamuan hari raya, rumah terbuka, majlis kahwin, majlis tunang dan lain-lain.. Sos dan frozen juga ada dijual. .