hai assalammualaikum
Perlu Perhati Anak Bila Dah Mengiring Nak Meniarap - Lepas fariza baik demam, macam-macam perangai dia dah lain. Dia nak selalu mommynya ada dengan dia je. Tidur pun dah tak tentu, tak tidur nyenyak macam sebelum ni. Sekarang setiap dua jam akan bangun. Dah macam dalam pantang balik..alahaii anak. Nak bermanja sahaja dengan mommy. Sampai mommy nak buat kerja pun susah.
Dan sekarang dah 4 bulan, satu perkara yang ditunggu-tunggu ialah meniarap. Tapi fariza belum meniarap lagi, baru mengiring-ngiring gitu. Sebelum ni selalu meniarapkan dia, sebab dia suka sangat. Sambil tonton tv, khusyuk sangat. Tapi sekarang dia berusaha nak meniarap sendiri.
Dan malam semalam dia dah start mengiring, demgan usaha dia...hahaha..hah!! Part ni kita kene ada dengan dia. Bahaya betul kalau ditinggalkan sorang-sorang. Sebab apa, tengokla time dia mengiring cuba nak.meniarap, mukanya tersembam ke katil. Sekali dengan hidung. Takut lemas je. Yela hidung tertutup..uishh..seram pulak kita tengok.
Mau kalau dibiarkan sorang-sorang..ermmm..memang kene perhati fariza selalu ni. Dia dah mula bersungguh nak meniarap sekarang. Sambil tengok dia meniarap, sambil bagi support..hehehe..nanti lama-lama pandaila meniarap tu.
Alahai besar dah anak mommy ni..
mmg kena jaga2 time ni..bahaya...
ReplyDelete