hai assalammualaikum

Rahsia Menangani Masalah Kulit - Keluar rumah panas, dalam rumah pun panas. Dah beberapa minggu cuaca panas je, hujan pun kadangkala je turun. Bila cuaca dah tak menentu, mulalah masalah kulit muka datang. Kulit kering, berjerawat dan macam-macam lagi. Kalau yang rajin, bolehla pakai pelembap ke toner ke..tapi nad ni mana sempat nak pakai tu semua sejak ada anak ni. Dah tak boleh nak melaram lama-lama weii.. Anak manja dengan mommynya. Asal mommy hilang merengek je.

Oii sejak ada anak ni, jangan kau tak tau, tidur pun dah tak menentu. Mata sembam, jerawat tiba-tiba pulak muncul. Jerawat hilang parut yang datang..ermmm..sadis je. Nad ni nama je surirumah, tapi kerja mengalahkan menteri. Kadang tidur lewat, kadang tidur-tidur ayam je. Bila anak tidur, kita kene buat kerja, anak bangun pun kita buat kerja. Masakla, mengemas, update blog lagi tengah-tengah malam. Macam manala tak dapat masalah kulit.

Masa balik kampung, kakak nad cakap, kalau malas pakai semua tu, pakaila serum. Sebelum ni nad penah pakai serum jenis cecair, tapi muka makin berminyak dan tak meresap, tu sebab dah tak pakai serum. Kakak cakap carilah serum yang ada kebaikan tiga dalam satu yang bukan jenis cecair. Kakak syorkan pakai serum dia, tapi nad ni jenis, kalau tak baca feedback positif, memnag tak beli, buang duit je nanti.


EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM


Dalam memilih serum, tiba-tiba ephyra keluarkan produk serum ni...hahaha..pengasas ephyra macam tau-tau  je apa nad nak..hahaha..Produk ephyra siapa tak kenal. Dari air supplement,sabun muka, Inteemor, M2flex khas untuk lelaki dan sekarang yang TERBARU, Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum. Sebelum ni, ephyra skin nano ada dikeluarkan trial dahulu untuk sesiapa mencuba. Alhamdulillah, siapa yang cuba, bagi testimoni yang memberangsangkan. 

Nad memang percaya dengan ephyra sebab semua produk dia nad penah pakai. Sekarang nad masih minum air supplement ephyra dan sabun muka ephyra skin bar. Bila dah sesuai dengan kita, takkan nak guna produk lain. Memang tak laa..apa lagi, nad pun dapatla cuba pakai Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ni. Ephyra Skin Nano merupakan produk serum pertama keluaran Oceanlife Marketing dibawah jenama Ephyra.


Teruja sangat bila dapat. Botolnya yang berwarna coklat dengan tulisan gold dah nampak exclusive dah. Saiznya yang kecil tapi keberkesanannya dalam menyelesaikan masalah kulit memang menakjubkan. Orang cakap kecil-kecil cili padi. 


Hah!! Ephyra Skin Nano ni jenis cecair jugak, tapi cecair dia pekat, bila letak dekat muka, terus je dia meresap dalam kulit. Bau dia wangi sangat..tidur pun lena je bila baunya ni..hehehe..





BAGAIMANA BERTINDAK PADA KULIT
Ephyra Skin Nano sebenarnya telah dipatenkan oleh Swiss nano technology di Switzerland. Ia mampu memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan wajah yang cantik berseri. Telah diuji secara klinikal, serum ini tidak melekat dan terus meresap ke dalam kulit kerana partikelnya yang bersaiz kecil (nano). Ini memudahkan memasuki dan memperbaiki struktur sel kulit hingga ke lapisan paling dalam. Serum Ephyra Skin Nano adalah gabungan formulasi bahan antioksida yang mencerahkan dan menaikkan seri wajah.

Kombinasi Arbutin Semulajadi, Gluthathione, vitamin C dan E telah memberi tiga manfaat kepada kulit iaitu
1) Memulihkan - mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau. Is turut memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang dan muda.
2) Memperbaharui - menyerap jauh ke dalam sel kulit menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima untuk hasil kulit yang anjal,lembut dan tampak bermaya.
3) Melindungi - melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasikan proses oksidasi. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen anti oksida yang sangat berkesan. Ia mamlu mengembalikan vitamin E kepada kulit.

PERUBAHAN DIRI SENDIRI


Haahha..stress bila tengok kat cermin muka macam kuntilanak. Dengan parutnya, dengan lebamnya. Oiitt panda lagi comel walaupun mata dia lebam, tapi nad..hahaha..biasalah mommy mithali menjaga anak. 

Cara nad pakai Ephyra Skin Nano Advanced Serum.
1) Nad cuci muka dahulu dengan ephyra skin bar. 2) Selepas tu nad keringkan muka dengan tuala.
3) Dah kering titiskan Ephyra Skin Nano setitik atau dua titik sahaja dan sapu Ephyra Skin Nano dekat muka. Guna setitik je dah boleh sapu semua dekat muka. Jimaattt weiii..Nad rasa boleh tahan berbulan ni. Nad guna dua kali sehari untuk dapat kesan yang cepat.




Ni la perubahan yang nad alami. Baru 13 hari pakai, Sedikit perubahan yang dialami. Nampak tak lebam bawah mata, dah kurang. Jerawat pun dah kering. Parut jerawat dekat pipi, sikit-sikit hilang. Best giler..pakai serum jela lepas ni. 


Bukan tu sahaja, bila nad pakai Ephyra Skin Nano ni, muka jadi tegang dan kulit jadi lembut. Dah tak kering dah kulit sejak guna serum Ephyra ni. Sebelum ni nak keluar nad pakai bb cream safi sahaja, sekarang kene sapu Ephyra Skin Nano baru letak bb cream.


KELEBIHAN EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
- Banyak kelebihannya. Sebab tu nad cakap.kecil-kecil cili padi..hehehe..

Harga takdelah mahal sangat hanya RM88 ( SM) dan RM92 ( Sabah/Sarawak ) untuk 15ml sebotol.

TAPI!! Sekarang pihak ephyra sedang buat promosi iaitu RM68 ( SM ) dan RM 72 ( Sabah/Sarawak).

MESTI DIMILIKI
Korang mmesti dapatkan serum Ephyra Skin Nano ni. Sebab serum ni bebas dari ujian terhadap haiwan, bebas dari merkuri dan sesuai untuk semua jenis kulit. Telah diiktiraf sebagai produk berkualiti, halal dan telah diluluskan oleh KKM. Itu yang penting kan.

Berminat boleh membuat pembelian online:
Instagram : @ephyra2u

Sekiranya korang ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus ke 019 301 5577















SHARE 6 comments

Add your comment

  1. ramainya rekomen serum ni. ni yg rasa nk cuba ni

    ReplyDelete
  2. banyak tul produk kecantikan sekarang

    ReplyDelete
  3. mmg berkesan serum ephyra ni..:)

    ReplyDelete
  4. Memang nampak perbezaan kulit muka... Makin cantik

    ReplyDelete
  5. Boleh tutup pori2 terbuka tak?

    ReplyDelete
  6. Berseri Nad sekarang! Kak Nina pun guna Ephyra Skin Nano Serum ni.. Berkesan!

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2