hai assalammualaikum
Resepi Nenek Tipah : Ikan Keli Masak Kencur - Ikan keli, ikan kegemaran, masak apa pun nad tak kisah. Ikan keli memang rasanya sedap, manis gitu. Memang nad suka makan ikan keli masak kencur ni, selalu nampak kat kedai..tapi tak tau masak macam mana. Lagi satu lupa namanya kencur, sampai la satu hari kak sue izza post dekat facebook masak kencur ni..Baru nad tau namanya kencur..hahaha..nad ingat guna kerisik..hahaha..biasalah, jarang masak dengan kencur,nama pun dah lupa.
Harini nad ada kat kampung, mintak mak resepi masak kencur ni. Mak goreng ikan keli, nad buat kuah dia..hahhaa..Masak ikan keli kene pandai, sebab ikan keli ni kalau dimasak meletup-letup. Tu sebab suruh mak goreng ikan kelinya. Sambil-sambil tu nad amik la resepi ni. Biar tak lupa.
Bahan-bahannya, mudah sahaja rupanya.
1) Ikan keli
2) Bawang besar
3) Bawang putih
4) Cili padi
5) Halia
6) Kencur
7) Serbuk kunyit atau kunyit hidup
8) Santan
9) Garam, gula, air
Cara membuatnya
- Goreng ikan keli dahulu dan ketepikan.
- Blender bawang besar, bawang putih, cili padi, halia, kencur dan kunyit hidup. Kalau guna serbuk kunyit masukkan masa tumis bahan-bahan diblender ni.
- Tumis bahan diblender sampai naik bau.
- Bubuh garam dan gula. Bubuh sedikit air.
- lepas tu bubuh santan.
- Biarkan mendidih lepas tu masukkan ikan keli.
- Biarkan sampai kuah pekat, lepas tu matikan dan siap dihidang..
Mudah kan..selamat mencuba.
sedapnyaaaa kita dah start suka bila mak mertua ajar masak kencur,tapi kita kurang gemar ikan keli hehehhe
ReplyDeleteYa Allah sedapnyaa keli. Perghhh pos kat ena sikit kak.
ReplyDeleteWahhh.. Da lama sgt suka masak kencur.. Cuma tak pernah buat jek.. Lepas ni nk buat lah.. Oke sis.. Bw here..
ReplyDeleteNak diet? Saya bagi tips.. Jom letak jejak dan follow..
http://missafielee.blogspot.my/2016/03/10-tips-diet-tanpa-ubat.html?m=1
Alahai..sdapnya nadπ
ReplyDeleteSedapnya Nad..Mak mertua Kak Sue selalu masak menu nie..
ReplyDeleteSedapnya Nad..Mak mertua Kak Sue selalu masak menu nie..
ReplyDeleteSedapnyaaa terliur tengok
ReplyDeletebaru taw namanya kencur. husband suka sangat kalau mak mertua masak ni. tp dy dok panggil masak santan. boleh try lepasni. π
ReplyDelete