hai assalammualaikum


Fariza Ikut Gen Siapa?? Atau Sebab Kenan - Hah!! Setiap kali nad upload gambar anak dara sorang ni, diaorang mesti tumpu dekat pipi..hahaha.. " pipi tu geramnya".. " pipi ke pau tu".. sampai anak buah uli-uli pipi dia macam nak buat donat..nad pun tak sangka, pipi fariza macam tu..hahaha..yela, masa dia lahir, takdela bulat macam tu, berat pun 2.8kg. Kecik je, comel je. Yang penting dari lahir, semua cakap muka macam daddy..hah!!!!...

Nad pernah cerita, yang dia merana sebulan, sebab apa?? Baca SINI. Lepas tu nad terpaksa bagi susu tepung sampai usia dia 2 bulan sebab susu tak cukup. Lepas tu, makin hari makin naik badan dia. Bukan setakat badan, pipi naik sekali. Tapi yang nampak ketara, pipila..huhuhu..adakah sebab susu, dia kenyang?? Atau sebab dia dah sedap badan lepas diurut??.. atau sebab kenankan seseorang???..apa-apa pun, alhamdulillah..Lepas usia 3 bulan susu badan semula, takmau dah susu tepung. Entry ada SINI.


Mr mafia cakap ikut macam dia masa kecik-kecik dulu. Arwah mommy pernah tunjuk gambar masa dia kecik-kecik dulu, katanya tembam macam fariza ni la. Punyala kita dok godek-godek gambar lama, tak nampak pun gambar dia masa kecikk..erkkk...Nak kata macam nad, ermm..ada sikitla, sebab pipi nad tembam..wakakka..tapi tanya mak nad, mak cakap pipi kite tak tembam macam fariza ni hah..huhuhu

Tapi masa nad mengandung, nad ni suka tengok gambar baby-baby comel, baby tembam hampir setiap malam. Siapa tak suka tengok baby comel kan. Kononnya, bila tengok baby comel, baby tembam, kenan dekat anak. Kalau tengok gambar baby arab nanti keluar muka anak macam arab, korea la. 


Selalu jugak tengok gambar zahra, anak abg ben, pipi dia tu, nad geram betul. Penah amik aura pipi dia masa dekat family day kelabbloggerbenashaari..hahaha..pastu zahra ni kurang senyum..masam je kalau kita tengok..sama la oii dengan anak dara kita ni masam je..senyap je..suara mahal sangat. Jarang dengar suara dia melainkan nak susu, berak atau ngantuk nak tidur..

Boleh percaya ke kenan-kenan ni??. Yela kadang orang tua pesan, ko jangan buat tu, ko jangan buat ni, pesan dekat suami tak boleh memancing, jangan bunuh binatang dan macam-macam lagi la..nad ni yang pertama kali mengandung kadang boleh percaya, kadang terikut sebab pesan orang tua punya pasal..tapi nasib baik laki nad bukan kaki pancing tapi kaki jurugambar..huhuhu..kadang-kadang orang tua-tua pesan gitu nak jaga kebaikan kita dan kandungan kita..


Tapi kadang takkan semua benda kita tak boleh buat kan, haishh..masa tengah buat kerja tu, tak perlula fikir bukan-bukan. Kang percaya 100% kata syirik pula..masa mengandung tu, isteri memang kena jaga tingkahlaku, perbuatan dan percakapan. Takyah amik serius sangat. Fikir benda gembira jela, kalau stress, apa lagi dengar atau baca ayat al-quran. Atau layan cerita lawak macam running man..hahahha. Itu semua kuasa Allah. Yang baik diamalkan, yang buruk dijauhkan. Tak kisahla masa megandung atau belum mengandung.


Bila tengok anak sendiri, kadang tak ppercaya macam ni rupanya baka mr mafia dan mrs rockers..hahahaha. Kalau semua tanya pasal pipi nad jawab " simpan susu tu,kuat nyusu dak ni"..hahaha..kata kawan, budak-budak kecik memang tembam pipi, dah besar hilangla..uuu..

 

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Haha pipi tu memang bukan gen nad , nad kena bulatkan jgk pipi tu k hihihi

    ReplyDelete
  2. memang gerammmm ja tengok pipi fariza!

    ReplyDelete
  3. Ya Allahh.. Omeyyynyaaaa.. Nak geget2 je rasa pipi tu

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2