PENGALAMAN ANAK PEREMPUAN DISUNATKAN

in , by Nadia Johari, 22:17:00
hai assalammualaikum

Pengalaman Anak Perempuan Disunatkan - Tak pernah tau macam mana anak perempuan disunatkan. Selama ni tengok budak lelaki sunat, bukan tengok depan-depan, tengok acara diaorang ler..hahaha..tapi lepas tu amik tau jugak macam mana lelaki sunat, tu pun suami yang cerita..hahaha..nad ni memang jenis nak tau..jadi! Tanya je dekat yang halal. Takdela segan kan. Tapi bila anak perempuan macam mana pulak??

Gambar ni masa nak pergi sunat..hehehe..

Nak ceritalah pengalaman nad masa bawak fariza pergi sunat. Masa fariza, nad sunatkan dia semasa usia dia 3 bulan. Yela, masa baby la dia rasa sakit tu sekejap je. Cuba bayangkan kalau dah besar, dah tau rasa sakit, tak ke kesian..adoii.. ( tengah tulis ni pun masih bayangkan dan ngerinya ).. huhuhu..jadi sebelum balik kuala lumpur, nad siap-siap nak sunatkan dia, almaklumla, nad dengan mr mafia takde pengalaman. Jadi ikut la dengan orang berpengalaman.

Jadi petang tu pergi dengan mak ayah. Pergi klinik swasta yang ada khas untuk sunat baby. Kalau lagi bagus doktor perempuan. Eh! Pernah ke doktor lelaki sunatkan budak perempuan..hahaha..entah..tak tau pulak. Mula-mula tu pergi klinik satu tu, ala kene buat appoitment pulak. Jadi pergi klinik lain, nasib ada.

Tanyala mak " macam mana disunatkan mak" " sakitnya lama tak, kesian fariza nanti, kalau kencing sakit tak".. kau tengok punya risau nad. Banyak tanya. Mak jawab " dia siat kulit sikit je. Ala sakit sekejap jela. Ok... masa masuk bilik tu, nad tak berani pegang..hahaha..kesian nengok anak. Jadi neneknya la pegang. Tak nampakla prosesnya macam mana. Prosesnya sekejap je. Ade darah jugakla, fariza nangis. Tapi sekejap jela. Harga untum sunat RM20 je..

Nak amik gambar time fariza sunat, tapi takut muka doktor garang sangat..hahhaha

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Pengalaman sama, alhamdulilah anak perempuan sorang jer, sekali tu jer la berpeluang tengok,pertama dan terakhir , kalau mengikut bacaan, org arab buat masa umur 11 tahun oun ada...eee lagi ngeri.

    ReplyDelete
  2. toreh sikit je kan. Anak Ros nangis waktu dipegang doktor. Masa sunat tu tak menangis pun.

    ReplyDelete
  3. sy plak sunatkan anak masa 43hari... masa nak sunat tu sy pn x pndg gak..rsa ngeri plak..bidan tu guna pisau kecik yg dlu 20sen je tu..dia balut ngan kapas..darah pon x nampak sgt..skjp je alma nangis..hehe

    ReplyDelete
  4. Me too... Bb girl... Dia gunting@ buang kulit lebih kalau d hujung tu umur 60 hari... Tapi nampak beza bb girl.. Bila dah 1tahun... Dia sika berhijab apa bola luar dari umah

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2