Rangkaian Produk Safi Rumusan Bahan Semulajadi Dan Diformulasi Dengan Habbatussauda - Kalau tengok bab produk kecantikan, mesti kita akan tengok isi kandungan dia yang sesuai dengan kulit muka kita. Rata-rata sekarang lebih suka memilih produk kecantikan yang berasaskan semulajadi berbanding yang menggunakan merkuri. Sebab apa yang kita tau, bahan semulajadi banyak khasiat dia, dan elok untuk kulit. Safi sudah terkenal sejak lama lagi, dan apa yang nad nampak, pasti akan ada sahaja produk terbaru yang akan dikeluarkan. suka sangat dengan produk Safi ni.
Kebaikan hasil alam semulajadi diperakui sejak zaman berzaman bagi memberikan khasiat terhadap kulit wajah. Safi telah menghasilkan produknya berasaskan ekstrak tumbuhan, dan kini produk Safi telah memperkenalkan formulasi terbaru dalam rangkaian permbersih wajah dengan manfaat Habbatussauda agar khasiat pada kulit dapat dipertingkatkan. Wooww!!..dah digabung dengan habatussauda pulak. Habatussauda memang banyak kebaikaannya kan!!
Habatussauda atau dikenali sebagai Jintan Hitam merupakan kombinasi utama dalam formulasi baharu rangkaian Permbersih Wajah Safi bagi membantu kulit agar kelihatan halus dan lembut. Habatus Sauda melindungi kulit dengan nutrien dan bahan antibakteria. Antara produk permbersih muka terbaru ialah Sari Mentimun & Habatus sauda, Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda dan Sari Gamat & Habbatussauda.
Rangkaian Produk Pembersih Muka Safi
1) Permbersih Muka Sari Mentimun & Habbatus Sauda
50g RM 6.10 / 100g RM 10.80 |
Rasai manfaat Seri Mentimun yang mampu mengecilkan pori. Mampu membersihkan kotoran secara mendalam, membuat kulit terasa lebih mulus, segar dan berseri. Dengan khasiat mentimun, sel kulit mati akan mudah tertanggal malah kotoran dapat dibersihkan secara berganda. Permbersih ini sesuai untuk semua jenis kulit. Bau pembersih Seri Mentimun ni memnag sedap. Picit sedikit sahaja dan keluar buih banyak.
2) Pembersih muka Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda
50g RM 6.10 / 100g RM 10.80 |
Rumusan khas Sari Susu Manggis menjadikan kulit wajah cerah dan lembap sepanjang hari. Pembersih ini amat sesuai untuk mereka yang berkulit kering. Lawa kan bekas dia, warna ungu warna buah manggis. Yang ni, sabun dia pekat sedikit. Tapi bau dia lagi sedap..hehehe..
3) Permbersih Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda
50g RM 6.10 / 100g RM 10.80 |
Kehebatan gamat memang diperakui ramai sebagai agen pemulihan dalam rawatan tradisional. ia juga mengawal minyak dan jerawat di samping membersihkan wajah dengan sempurna tanpa cela. Jangan risau, produk safi semuanya wangi-wangi. Yang ni memang sesuai dengan muka nad, sebab muka nad berjerawat dan berminyak. Sedap je bila gosok dekat muka. Muka jadi halus.
Penyegar Sari Mentimun Dan Pokok Lidah Buaya bersama Habbatus Sauda
100ml RM7.50 |
Bestnya penyegar muka ni. Ada dua bahan yang memang bagus untuk kulit muka. Bahannya pula memang kita selalu guna untuk kebaikan muka. Dua bahan iaitu Sari Mentimun dan Pokok Lidah membuatkan kulit wajah menjadi tegang dan sentiasa lembap. Penyegar ni tanpa alkohol dan berkesan mengecilkan pori sambil mebersihkan sisa kotoran. amik sedikit letak dekat kapas, lepas tu sapu ddekat muka korang. Rasa sejuk je.
Rangkaian Produk Pelembap Muka
1) Pelembap muka Sari Gamat & Habbatus Sauda
80g RM8.90 |
Kebaikan Sari Gamat sebagai agen pemulihan mampu mengawal minyak dengan efektif agar kulit bebas bernafas dan lebih sihat tanpa jerawat. Kulit yang berminyak memerlukan produk yang betul untuk mengembalikan kesegaran pada kulit wajah. Jadi gunalah pelembap ni.
2) Pelembap Muka Sari Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda
80g RM8.90 |
Manfaat ekstrak Sari Pokok Lidah Buaya ini umpama terapi wajah. Siapa pernah pakai lidah buaya, mesti tau, bila sapu dekat kulit, akan terasa sejuk je. Selain menyejukkan, ia juga membekalkan mineral dan vitamin yang diperlukan oleh semua jenis kulit. Kulit terasa lebih lembap dan sihat.
3) Krim Kecantikan Lidah Buaya & Habbatus Sauda
16g RM7.40 |
Rumusan khas ini dipertingkat dengan gabungan Sari Pokok Lidah buaya dengan Habbatus Sauda. Ia mengandungi nutrien semulajadi agar kulit kekal lembap dan segar. Ia membantu kulit wajah nampak halus, lembut dan berseri. Nampak tak krim ni warna coklat, ia boleh dijadikan sebagai asas solekan. Ala, macam foundation gitu. Comel je bekas dia..hehe
Bersama kita nikmati khasiat semulajadi dengan manfaat berganda Habbatus Sauda.Jangan risau, semua produk safi wangi sangat. Tiada bauan yang tidak menyenangkan..hehe
Kat mana boleh dapat Produk Safi ni ??
Produk Safi Boleh didapati di seluruh Malaysia termasuklan farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama Safi, sila layari laman
facebook SAFI: www.facebook.com/SAFI.MY
instagram: @safimalaysia
youtube: www.youtube.com/safimalaysia
tertarik dengan safi.. tapi lisa tkleh pakai . pernah pakai then keluar jerawat. kulit muka tak sesuai.. kulit lisa memang mengada.. hehe sensitive. tpi ramai kawan yang pakai safi ni ok je muka diorang
ReplyDeleteHebat SaFI sekarang semakin improve!
ReplyDeletewaaa dah siap sekali dgn habbatussauda! ni mmg skincare fara pakai masa skolah2 dlu hehe
ReplyDelete