hai assalammualaikum
Bergaya Dengan Seluar Palazzo - Kalau sebelum ni, nad tak berkenan langsung dengan seluar palazzo ni. Yela seluar kembang dekat bawah, dah boleh sapu lantai dah..hahaha..Yela dulu jiwa muda, lepas tu tak tau bab-bab fesyen. Yang nad tau, pakai jeans, tshirt dan cardigan. Bila dah meningkat dewasa ni, dah jadi mak-mak ni, mulalah jiwanya dah lain..hahha. Lagipun sekarang fesyen, kalau pandai dipadankan dengan betul, nampak cantik dan sesuai la kan. Time-time macam ni baru nak belajar bab-bab fesyen..hehehe..yang penting menutup aurat.
Seluar palazzo ni dipakai pernah digayakan suatu masa dahulu. Kalau dulu, orang pandang seluar palazzo ni seluar yang ketinggalan zaman. Seluar palazzo ni seluar yang mempunyai kaki yang amat lebar dan
longgar. Bila pandang seluar ni, terkenang dekat ayah kita yang selalu
pakai seluar macam ni..hahahaa..dengan rambut panjang, rambut afro.
Lepastu joget dengan kaki goyang..hahahaa. Bila zaman dah berubah, para designer pun makin kreatif, jadi seluar palazzo ni telah direka menjadi satu pakaian yang sangat selesa dipakai dan cantik dipandang.
Kalau sebelum, nad tengok seluar palazzo ni besar-besar, macam takda saiz nad, tapi sekarang dah ada saiz S dan sesuai dengan nad. Bila tengok model pakai dah jatuh cinta. Jadi bila dah jatuh cinta kita pun nak pakaila. Jadi kita pun terbelilah..hahahha..Nad beli dengan kawan nad. Tengok saiz memang ada XS. Sebab nad ni kan kurus, jadi pilih saiz paling kecikla. Memang excited bila ada saiz XS ni. Tengok model pakai ok je. Nad ukur saiz dekat nad pun dah ngam. Tapi lepas tu, saiz tu dah habis. Jadi dia cakap cuba amik S. Mula-mula was-was gak, tapi on jela.
Dalam beberapa hari, sampai seluar tu. Terus nad cuba. Nasib baik selesa dan ngam-ngam dengan nad. Takde longgar, takde besar mana. Cantik je. Ni nad gayakan seluar palazzo dengan blouse panjang. Sepatutnya pakai blouse pendek baru cantik, tapi masa tu blouse pendek semua kotor, jadi amik jela blouse panjang ni. Sesuai jugak.
Masa pakai takdela rasa nak terpijak ke apa, elok je,.Takde pulak rasa macam sapu lantai..hahhahaa..lepas ni boleh beli seluar palazzo warna lain pulak. Tapi tunggu duitnya ler..hehee..
dulu orang beli seluar palazo ni murah je kat pasar malam sebab nak buat tidur. sekarang dah jadi trend kat butik2 jual sampai jadi feshion dah.. pakai pun cantik je. hehehe
ReplyDeletestyle gak nampak....nak beli lah selai
ReplyDeleteCantiknya.. Dia x kembang sangat, nice :)
ReplyDeleteNice je. Lagi pun selesakan.
ReplyDeleteserious cantik palazo ni. material kain nya apa kak?
ReplyDeleteliz..#ClassicBellaPalazzo ini diperbuat daripada material "Bullet Textured" Lycra yang amat selesa dipakai dan tidak perlu digosok.
ReplyDeletenad beli dekat bella ammara..hehee
lagi senang lg free bjln yak?
ReplyDelete