hai assalammualaikum
10 Perkara Lucu Yang Berlaku Ketika Anak Menyusu - Banyak saat-saat yang memang takkan dilupakan bila ada anak ni. Saat dia keluar, mendengar dia menangis,menyusu, melihat dia sakit, melihat di ketawa, meniarap dan makan. Semua tu memang saat indah yang takkan dilupakan . Setiap saat adalah amat berharga untuk nad dan baby Fariza. Setiap benda yang baby Fariza buat pasti membuat nad gembira. Dan pertama kali melihat anak menyusu dengan pelbagai ragam membuat nad tersenyum..
Ni dia 10 Perkara Lucu Yang Berlaku Ketika Anak Menyusu
1) Membuat pelbagai bunyi
- Kesan bunyi ketika menyusu. Masa pertamakali dia keluarkan bunyi tu nad dah ketawa. Sampai mr mafia pun terkejut dan cakap " heyy susu pun nak berbunyi sampai macam tu sekali"..hahaha..Baby ni pandai buat pelbagai bunyi tanda dia sedang seronok menikmati susu...hehee..memnag betul pun. Bila dia dapat susu, nikmat tu memang boleh rasa..hahaha..sebab dah terlalu haus agaknya. Tapi selaluunya bunyi tu dia akan buat dekat rumah je, bila dekat luar dia takda bunyi tu. Mungkin dekat rumah lebih best kot..hahaha..
2) Perlu layan dia
- Yang ni paling kelakar. Kadang-kadang kalau baby Fariza tengah menyusu, nad akan pegang handphone..hahaha..biasalah kan. Kadang penat menunggu dia nyusu kalau takda buat apa. Nak tau apa Fariza buat!!!.. Tangan dia akan capai tangan nad menandakan tak bagi nad berhandphone. Dia nak suruh nad pegang tangan dia. Lepas tu dia goyang-goyangkanla tangan tu sambil susu..Anak ni memang bijak...hahaha..mommy mengalah..
3) Tangan akan merayau
- Ni saat yang comel. Masa menyusu, tangan kecil dia tu akan bergerak di seluruh muka dan wajah nad. Bila dah sampai dekat muka, boleh dia masukkan dalam lubang hidung, dalam mulut, tarik rambut dan macam-macam lagi. sekarang, dia pergi usap perut mommy dia,lepas tu ditekan-tekan lemak perut mommy dia..adoiilaa anak..
4) Menoleh ke arah bunyi
- Bila baby fariza dah boleh mendengar mesti dia akan toleh dekat bunyi tu. Hah!! samalah masa menyusu, bila ada bunyi yang menganggunya atau nak dengar orang bercerita,mesti dia cabut puting dan melihat ka arah bunyi itu. Lepas tu sambung susu. Lepas tu toleh balik..adoiii..
5) Gelojoh
- Bila dah haus sangat, mommy lambat buka baju. Mesti dia akan menghisap baju tu dengan rakusnya..hahaha..
6) Mencari susu
- Bila Fariza bersama daddynya, part lucu bila dia dah kehausan nak susu. Lepas tu daddy baringkan dia. Secara automatik, dia akan mencari puting susu..hahaha..Dia ingat daddy dia ada susu..hahaha..
7) Aksi selepas kenyang
- Bila baby Fariza dah kenyang, dia akan tarik puting susu, lepas tu beralih bertentangan, angkat kaki, dan bersuara...ya itulah dia..amboiii...senang lenang.
8) Pelbagai aksi
- Nad pernah tengok reaksi anak akak nad, Usia dia dah dekat setahun. Masa tu bila anaknya menyusu memang macam-macam stail dibuat. Ada menonggeng, ada gaya kaki naik atas..uish macam-macam la..adakah Fariza akan macam tu jugak...ermm..???
9) Memandang muka ke muka
- Bila dia menyusu, dia akan pandang muka mommynya..Lepas tu senyum..ishh gigit kang budak ni.
10) Kepit puting dengan gusi
- Tak tau la kalau anak korang kan. Tapi anak nad, dia akan kepit dengan gusi dia..weii kadang sakit ok..Baby Fariza bila nak kepit, dia akan pandang muka nad, lepas tu bunyi suara the kepit..adoiii!!!..ish budak ni main-main masa susu..tu la cara dia nak tarik perhatian mommynya..haha
Hahaha..macam-macam ragam masa menyusu..korang pula macam mana.
Macam2 "AKSI " menarik c adik ketika itu... Rindu Lah pulak situasi begitu...
ReplyDeleteanak saya skng dah ada gigi atas bawah...saaaakkkiiittttttttt bila dia gigit..pastu bila kita jerit, lagi kuat dia gigit, pastu gelak...aduhhh anak..
ReplyDelete