hai assalammualaikum

Bagi Baby Makan telur Tengok Alergi Ke Tidak - Harini macam biasa baby Fariza checkup dan cucuk untuk usia 6 bulan. Walaupun harini dia dah masuk 7 bulan, disebabkan lewat cucuk usia 5 bulan disebabkan demam, jadi tarikh dianjakkan. Takpela, tak kisah, yang penting cucuk tu dah mengikut usia dan jadual yang dah diberi. Kalau boleh taknak terlepas cucuk sebab untuk kebaikan anak.


Macam biasa masa check up, nurse cakap " Dah bagi makan anak?? baby dah meniarap?? Baby dah pandai pegang benda??"..semua nad jawab "dah..makan bagi yang puree..tu"..Nurse pun cadang bagi nasi dengan kurma. Memang nad nak buat, tapi tu la nak mencari kurma nanti..huhu..Sebab baby Fariza suka benda yang manis-masis ni. Sebab tengok dia makan pisang, suka sangat. Bukan setakat pisang, epal, pair..gitu anak dara sorang ni. Dah nad masa mengandung kuat makan, sampai kat dia, semua nak makan..hahaha..

Suntikan MMR


Lepas tu nurse cakap " Nanti bagi makan telur ye"..Nad terkejutla "hah telur "..Nurse pun cakap "..ahak, telur..nak tengok dia alergic ke tak"..Nad pun terpinga-pingala, pastu cakap " Bagi macam mana, lenyek atau seketul tu". Nurse cakap rebus pastu bagi je".. apa motif untuk makan telur, tengok dia alergic ke apa?? Untuk apa sebenarnya..Bila nad dengar nurse cakap sebab nak tengok alergic ke tak..oo nad pun fikir tu jela. Pastu nad ada pos gambar Fariza dan cakap pasal telur, dan Kak syafiera pun ada cakap pasal suntikan MMR tu dekat komen instagram. Nad pun pelik..apa kene mengena dengan suntikan MMR tu??..

Rupanya bila nad google, suntikan MMR akan diberi sebelum usia baby 1 tahun..Suntikan tu mengandungi telur dan mungkin akan memudaratkan bayi yang ada alahan dengan telur. Sebab tu kena bagi makan dulu, tengok dia alergic ke tak. Sekiranya selepas diberi telur kuning dan baby tidak menunjukkan sebarang tanda alahan, maka boleh dianggap baby tersebut bersedia untuk menerima suntikan MMR setelah mencapai usia setahun kelak. Kalau ada alahan seperti ruam, gatal, bintik merah dan sebagainya tak perlu ke amik MMR ni??

Alamak..dah anak demam pun risau..apatah lagi kalau ada alahan..ermm..ermm..tapi nad dengan mr mafia jenis bedal je semua makanan..harap baby Fariza pun bedal je la kan..hahaha..Tadi kak syafiera ada komen lagi, ada budak yang alergic pun tapi disuntik jugak dengan MMR sampai ada disebabkan perkara yang teruk..lorr..dah tu apa motifnya dia nak tau alergic ke tak..ermmm..Macam ni la dah jadi mak-mak ni..risau memanjang dekat anak..kalau boleh nak anak sihat je selalu...

Ni kongsi artikel pasal MMR  http://www.doktorbudak.com/2013/09/15/adakah-vaksin-mmr-selamat/

Perlu Test Juga

Ya nad kena buat juga dekat baby Fariza. kalau boleh taknak la baby Fariza sakit apa-apa..Cara bagi anak makan telur..untuk rujukan nad juga...
Minggu Ke-1: 1 sudu besar kuning telur 1 kali seminggu
Minggu Ke-2: 1 sudu besar kuning telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-3: 1 biji telur kuning sahaja
Minggu Ke-4: 1 biji kuning telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-5: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur 1 kali seminggu
Minggu Ke-6: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-7: 1 biji penuh telur
Minggu Ke-8: 1 biji penuh telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-9 dan seterusnya dah boleh bagi baby makan sebiji telur penuh tapi tak lebih daripada 3 kali seminggu

Macam abang ben cakap, berjaga-jaga dengan cucuk setahun ke dua tahun..takut anak kene eczema..ermm..dengar je dah gerun..Sebagai mommy kenalah sentaisa bersedia..mereka tanggungjawab kita. Ce korang kongsi masa kene cucuk tu..ok tak anak korang..kepada mommy-mommy sekalian..??

SHARE 3 comments

Add your comment

  1. hahahhaha ok baru tahu,, nice info sis

    ReplyDelete
  2. Tq... sebab share info begini.. nurse xpnh ckp pulak.. Baby baru lepas cucuk 9 bulan.. Boleh la start bg mkn telur pulak lepas ni...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum nad...wah dah besar...sekejap jer yer...

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2