JANGAN CUBA CABAR LELAKI WAHAI WANITA

in , by Nadia Johari, 02:18:00
hai assalammualaikum


Jangan Cuba Cabar Lelaki Wahai Wanita - Pagi tadi terkejut nad, mr mafia cakap seolah-olah ada perkara yang mengejutkan.
" sayang nak tau, kawan abang dah bercerai "
" hah!!..biar betul. Pasal apa?? " 
Mr mafia pun bercerita. Pasal perkara kecik yang diperbesarkan. Sampai keluarga pihak perempuan turut terlibat membesarkan perkara itu. Perempuan tu pulak jenis cepat melenting. Bila perempuan melenting habis semua kata-kata keluar. Bila dah ditekan-tekan dan dicabar, kawan mr mafia tak tahan terus turunkan talak..ermm..( cerita sebab apa biar nad je yang tau)

Kawan mr mafia tu nad dah lama kenal. Sebab kerap datang rumah. Perihal dia dengan isteri dia pun nad tau sebab dia selalu berkongsi, meluahkan perasaan dia dekat mr mafia. Jadi mr mafia cerita dengan nad..hehehhe..Antara kawan mr mafia dengan isteri dia, memang dah berlaku pergolakan, tapi kawan mr mafia masih bersabar lagi. Sampaila harini, baru tau yang dia dah bercerai.

Tak kira lelaki atau perempuan ada sifat egonya, ada sifat sabarnya. Tapi bila dah meletup, jangan cakapla, memang semua ayat akan keluar. selain ego, lelaki ni tak suka di cabar. Lelaki punya amarah lain sikit. Macam mr mafia, kalau dia marah muka menakutkan..hahaha..sebab tu kadang kalau dia marah, nad senyap je, sebab kalau nad bercakap, dia bercakap dah jadi huru hara kan. Jadi baiknya sorang mengalah atau senyap dahulu. Dah ok baru boleh bercakap balik. Sebab kalau dah dua-dua bertekak, nanti perempuan akan mula cabar lelaki. Sifat lelaki, kalau dah dicabar ia akan rasa tercabar dan akan terus keluar dari mulut atau perbuatan.

Dalam keadaan tegang lelaki akan bertindak tanpa berfikir panjang, manakala perempuan pula akan bercakap tanpa berfikir panjang. Waktu macam ni akan memudaratkan keadaan. Jadi salah seorang kena mengalah dulu..huhuhu..tersalah langkah kang dua-dua menyesal.

Bila tiba giliran dia nak bercakap, kau dengarlah dulu. Dia nak terangkan perkara sebenar. Macam kita kaum perempuan bercakap ikut perasaan. Tapi bila apa dia cakap tak betul, bila dia dah habis cakap, barulah wanita bercakap. Seram oo bila singa dah mengamuk..hahaha. Jangan dengar cakap orang lain, dengar pihak lelaki jugak.

Jadi kaum wanita, nad tau kadang-kadang kita pun ada perasaan marah yang membuak-buak sampai terkeluar kata-kata yang tidak elok. Lebih baik kita senyap je bila dia bercakap. Kalau dalam hati geram, kau pandang tempat lain dulu, tak perlu bertentangan mata dengan dia..hahaa..Kalau dia kata kenapa taknak pandang time dia cakap, kita cakap jela " taknak gaduh "...dahh..

Lelaki ni kalau dicabar dia akan buat betul-betul sebab nak buktikan dekat perempuan tu jangan main-main dengan dia, tapi...cuba kau cabar lelaki ni dengan cabaran seperti ini. " abang, sayang cabar abang belikan sayang emas ka, kereta ka "..kau rasa dia akan amik serius ke..ermm memang takla..k bai..


SHARE 9 comments

Add your comment

  1. "Talak adalah perkara yang halal yang sangat dibenci oleh Allah"

    Hadis Nabi.

    ReplyDelete
  2. tak berani nak menyalahkan perempuan juga..dalam perkahwinan kena give and take...normal wanita itu mencabar..sebagai lelaki kena pandai mengawal ....

    ReplyDelete
  3. tak suka sangat nak berdebat tak kira dengan lelaki ke perempuan. Gitu kak bab cabar mencabar hehehe..

    ReplyDelete
  4. elakkan bicang pasal ni dengan pasangan

    ReplyDelete
  5. lelaki dan perempuan, both perlu sabar banyak.
    bawak2 le berbincang suami isteri. masalah selalu jadi bila byk rahsia, diperisakan lg dengan hati yg suka berprasangka.

    ReplyDelete
  6. msg msg kena ada sikap sbr. berterus terang..
    Moga dipermudahkan urusan kwn mr mafia seterusnya

    ReplyDelete
  7. susah nak ckp benda2 mcm ni melainkan kita kat tempat diorang..huhu

    ReplyDelete
  8. hm bila macam ni, mmg sabar je la keypoint dia. dua dua kena tolak ansur

    ReplyDelete
  9. sy klu laki tgh marah diam kan aje. Bior dia ckp ape dia nk ckp. Agak2 x tahan sgt sy nangis atau pura2 nangis haha. Laki sy klu tgk sy ngis dia stop x smpai hati nk mrh. Dlm 2 jam dia dah ok dia tgk muka sy ketat dia pujuk la. Setel. Laki sy ade ckp kelemahan seorg laki adalah brhadapan dgn pmpn yg sgt lembut. Itu sbb la klu kt umah ade singa mula lah laki cari lain yg konon nye sgt lembut. Jd brtolak ansur la. Isteri mmg kena selalu mengalah kerana Tuhab dah ciptakan human nature laki ego dan hnya pmpn lembut mmpu menundukkan ego lelaki

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2