hai assalammualaikum
Jom Kita Potong Kuku - Sebenarnya nak cerita siang tadi,ingat malam nak draft, siang publish, tapi budak kecik ni tetiba meragam pulak. Nak suruh kita main dengan dia. Sudahnya tak terbuat entry ni siang tadi. Malam ni baru dapat buat..hahhaa..sebab budak kecik tu tidur. Kuku salah satu anggota badan kita yang perlu kita jaga. Sejak nad ada terbaca satu artikel ni dulu, setiap hari Jumaat adalah hari yang bagus untuk potong kuku, jadi nad dah amalkan, hari jumaat mesti potong kuku. Dah jadi terbiasa dari bujang sampaila dah ada anak ni.
Kadang kuku baby ni cepat panjang kan. Kalau fariza nad potong dua kali sehari..Isnin dan Jumaat...kang kuman tak potong kuku dia. Baby fariza dah la suka masukkan jari dalam mulut. Tak pasal-pasal terluka kang. Pernah masa kuku dia halus je, tak berani nak potong, suruh kakak potongkan..hahaa..Lepas tu dah balik Kuala Lumpur, terpaksa belajar potongkan kuku baby fariza sendiri. Ya!! pertama kali potong kuku dia, berdarah..hahahaa..cuak memang cuak, tapi dia relaks je..Baby fariza memang macam tu. Bila dia tenang, kita pun tak berapa gelabah. Nad pun lap je dengan tisu. Basahkan tisu tu dan lap. Ok dah. Macam takda apa-apa. Lepas tu cuba lagi potong, dan berjaya..hahaha..dia pun duduk elok je..
Untuk fariza kena la belikan dia pengetip kuku baby yang kecik tu. Barulah ok nak potong kuku dia ni. Orang cakap mandikan baby baru senang potong kuku. Tapi nad buat sebelum mandi..hehe..Dah dia pun ok je..senang sikit.
Nad amalkan potong kuku bermula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan. Kemudian, jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri. Last sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri.
Potong jangan tak potong yee..
Add your comment