hai assalammualaikum

Makan Tengahari Ikan Patin Masak Tempoyak Di Restoran Istana Bambu - Masak tempoyak ni dah jadi salah satu kegemaran nad tau!! Bukan senang nak cari ikan patin masak tempoyak yang asli punya dekat Kuala Lumpur ni. Tiba-tiba rezeki datang makan ikan tempoyak dekat je dengan rumah..huhuhu..







Dekat mana??. Hah!! Dekat Restoran Istana Bambu. Pernah dengar nama restoran ni?? Pertama kali nad jejak restoran ni. Semuanya berkonsepkan buluh, sebab tu namanya Restoran Bambu. Dengan suasana ala kampung, siap ada sawah padi lagi..hehehe..memang lawa, tenang walaupun lokasi dia sebelah lebuhraya MRR2.


Ok, kita datang sini nak makan kan!!. Menu pilihan nad, ikan tempoyak yang diidamkan. Menu istimewa Ikan Patin Masak Tempoyak Pahang Asli ni merupakan menu terbaru di Restoran Istana Bambu. Selain Ikan Patin Masak Tempoyak, ada juga menu masakan ala kampung seperti pais patin, sambal hitam Pahang, gulai lemak daging salai, asam pedas, dan ayam kampung. Nampak tak, alahai!! semua sedap belaka. Tak sabar nak makan dan rasa semua ni. Yang paling penting masak tempoyak tu.



Sedap dan mengenyangkan.!! Dapat rasa keaslian masak tempoyak tu. Mungkin nad tak pernah rasa betul-betul punya masak tempoyak asli, tapi yang ni pun dah buat nad senyum masa makan. Memang nak menambah je nasi tu.



Ni pulak Pais Patin. Yang ni pun sedap..rasa nak tapau bawak balik..haha




Asam pedas yang marbelous.



Gulai Lemak Daging Salai ni kegemaran mr mafia. Dagingnya pun lembut.



Ayam Gorengdan ulam-ulaman pun ada.

Hilang ngidam nak makan tempyak. Lepas ni, nak makan lagi, boleh ajak keluarga dan kawan-kawan makan dekat sini. Restoran Istana Bambu juga membuka TEMPAHAN untuk Majlis Hari Raya, Resepsi Perkahwinan, Jamuan Korporat Majlis Hari Jadi dan lain lain lagi,

Alamat Restaurant Istana Bambu
Lot 841-842, MRR2 Jalan Ampang Ulu Kelang,
68000 Ampang, Selangor.
Pengurus Restaurant Istana Bambu:
Puan Aida - 012 2497 142
Bahagian Pengurusan: 03-4251 4717 / 03 42524718 / 
Bahagian Jualan: 018-3749 920
Email: info@istanabambu.com.my 
website: www.istanabambu.com.my

Operasi:
Isnin - Jumaat : 12 tengahari - 3 petang
                        6 petang - 10.30 malam
Sabtu - Ahad : 12 tengahari - 11.30 malam







SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Sedap betul menunya.. Suasana restoran ni pun lawa.. Boleh terjah nanti

    ReplyDelete
  2. menu makanan semuanya sedap blaka..

    ReplyDelete
  3. Masakan patin tempoyak memang kegemaran akak la nadia oiiii ...bergegor perut tengok makanan kat situ haha :D

    ReplyDelete
  4. Tak makan ikan patin, tapi tengok ni mcm nak cuba.

    ReplyDelete
  5. hari ni asik baca psl makanan.. perut bkroncong. ni dkt sgt ngan umah akk. mknn sini mmg best.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2