hai assalammualaikum
Misi Mencari Baju Raya Di Butik SuriScha - Walaupun raya lambat lagi, persediaan awal tu perlu. Jadi, takdala kelam kabut nanti kan. Pertama sekali yang penting ialah baju raya. Setiap tahun mesti nak ada baju raya baru...hahaha..kalau takda baju raya, macam tak lengkap pulak kan. Kelainan raya tahun ni, nad nak cari jubah pulak. Dah selalu pakai baju kurung je kan...jadi nak tukar citarasa pulak. Misi mencari baju raya kali ni di Bandar Baru Bangi. Pergi jalan jauh sikitla..takkan asyik tempat sama je kan.!!
Perkara penting yang perlu dititikberatkan semasa memilih baju.
1) Paling penting bagi nad, bila nak cari baju siap ni mestilah saiz..Yes!! saiz ok!!. Selalunya jubah yang nad cari, semuanya besar dan sangat tak sesuai dengan nad. Nad ni orang berbadan kecil dan kurus. Jadi jubah mestilah saiz XS atau S. Hah!!!..Bila dapat saiz XS memang sukala..sebab nampak sesuai dengan nad. Walaupun saiz XS, tapi janganlah ketat kan. Kalu saiz S pun ok..
2) Bila nad cari baju, nad akan tengok kualiti kain dia pula. Jangan beli murah tapi kualiti kain cepat rosak. Ada jugak mahal, tapi kain mudah tercarik, butang tercabut..ermmm..sadis macam tu..
3) Rekaan baju mesti memikat hati nad..hehee..Walaupun semua jubah ni memang jenis yang sama je iaitu labuh sampai ke bawah, tapi rekaannya berbeza, seperti corak atau kelebihan pada jubah tu. Yela, kalau boleh nak dari yang lain kan....
4) Breasfeeding friendly. Ni paling penting bagi nad sekarang. Sejak ada anak, semua baju kene ada breastfeeding friendly. Bila ada macam ni, mesti mudah nak menyusukan anak dekat mana-mana pun.
5) Murah...Murah..dan murah.. Ni mestila kan..hahaha..
Ok jom..Dekat mana butik yang ada 5 perkara penting ni!!! Pilihan nad adalah...
Ni dia butik tu..Butik SuriScha yang terletak di Pusat Bandar Medan 8, Bangi Sentral Seksyen 9. Butik SuriScha ni di tingkat 2. Nanti nampakla perkataan SuriScha ni. Bila nad masuk je dalam butik ni, wah!!!..terus teruja nak tengok baju jubah apa yang ada untuk dipakai waktu raya nanti. Banyak sangat pilihan sampai tak tau mana satu nak pilih. Semuanya cantik-cantik belaka.
Staff dekat situ pun peramah semuanya. Sampaikan ada yang nak tolong pegang Fariza sebab tengok nad macam susah je nak pilih baju...hahahha..Dah orang nak pegang, kita bagi jela!!..Senang kita nak pilih baju...kihkihkih..
Salah satu baju jubah yang nad tengok cantik sangat..Yang nad pakai macam dalam gambar ni. Ni saiz S..yeahh!!..saiz kecik..Kainnya sedap je, sejuk dan selesa. Tengok la kainnya, mengembang dekat bawah. Dah macam princess. Boleh buat pusing-pusing..hehehe..Nampak cantik kan. Ni nad cuba dulu..ehhehe..ada lagi pilihan baju yang banyak dekat sini.
Keistimewaan Butik SuriScha
Tengokla, bukan sekadar jubah, ada juga baju blouse, baju cardigan, dan selendang. Butik SuriScha mengetengahkan rekaan baju untuk mereka yang berbadan kecil dan comel supaya nampak lebih berseri apabila menggayakan baju di SuriScha ni. Harga pakaian dekat Butik SuriScha dari RM75-RM150...amacam murah kan!!...Saiz-saiz baju dekat sini dari XS- XXL ok. Ada juga saiz XXXL mengikut design baju. Tak semua baju ok. Semua baju ni nampak exclusive dan ada yang custome design. Keistimewaan Butik Surischa ialah, butik ini menawarkan VIP card. VIP card boleh digunakan untuk diskaun atau bila birthday boleh dapat baju secara percuma..woww!!!!...macam mana nak dapat card VIP, korang boleh contact diaorang di + 603 8922 0267
Jubah ni yang lain dari lain. Farra dress namanya. Ada 4 butang dekat bahagian atas. Mudah untuk menyusukan anak. Kira baju ni breastfeeding friendly ok.
Haritu nad dapat jumpa dengan owner butik ni. Ni la dia. Kecik molek macam nad. Tapi!!!..korang jangan tak percaya..Owner ni baru 23 tahun ok. Muda sangat dari nad. Teruja bila tengok muda-muda dah berjaya dan menjadi usahawan macam ni...huhuhu..Kagum sangat.
Sebenarnya nad nak tunjuk baju jubah yang dia pakai. Cantik kan. Kain corak nampak macam askar. Baju ni susah nak dapat sebab kainnya susah nak cari. Tapi dia akan usahakan untuk keluarkan lagi corak ni. nad pun suka tau..huhuhu..silalah keluarkan baju ni..cantik ok...
Ada berita ni." Butik Surischa akan mengadakan Jualan Koleksi Hari Raya sempena pembukaan Wisma SuriScha pada 26 Mei 2016 di Kota Fesyen MiTC Air Keroh , Melaka. Anda semua dijemput hadir ! “
Hah macam mana??? Dah ada pilihan nak beli baju raya..kalau berkenan dengan Butik SuriScha punya korang boleh ke
Alamat; 3-41-3 ( Level 2 ) Pusat Bandar Medan 8 , Bangi Sentral , Seksyen 9 , 43650 Bangi , Selangor
No Hotline : + 6017 984 0807
No Pejabat : + 603 8922 0267
Order: +6014 9640807
Facebook : Surischa Malaysia
Instagram : Surischa
Cantik semuanya kan... Lin mmg nak cr jubah je skrg ni...
ReplyDeletebaju yang owner tu pakai cantik sangat.. berkenan gak ni!
ReplyDeletebutik nie mmg famous...
ReplyDeleteyg belah kanan warna itam tu yui suka..hehe
ReplyDeleteMummy pun cr yg nursing friendly ;)
ReplyDeletenad.. saiz baju kita sama.. hehehee.. labuh tu normal, nanti boleh potong jer.
ReplyDeletewah..cantik2 semuanya..:)
ReplyDeleteAwalnya beli baju hehehe
ReplyDeletememang ada yang berkenan di hati dah ni hehe ...harap-harap sempat nak terjah sana nanti :D
ReplyDeletewah perfect!! nasib jauh..huhu...
ReplyDeleteNasib duduk jauh. Kalau tak setiap kali lunch mesti round butik kat bangi sentral tu. Huhu
ReplyDeleteHello,
ReplyDeleteIa adalah tahun baru lagi, adakah anda dari segi kewangan ke bawah? adalah perniagaan anda menangis untuk kebangkitan semula kewangan, telah anda mendapatkan pinjaman di bank dan tangan pemberi pinjaman yang salah dan anda di mana menolak? mencari tiada lagi, Kami adalah pemberi pinjaman yang boleh dipercayai dan kami memulakan program pinjaman ini untuk membasmi kemiskinan dan mewujudkan peluang untuk keistimewaan yang kurang untuk membolehkan mereka menubuhkan sendiri dan memulihkan perniagaan mereka. untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel: gloryloanfirm@gmail.com dan mengisi borang di bawah.
PEMINJAM'S DATA.
1) Nama Penuh: ......... 2) Negara: ...... 3) Alamat: ......... 4) Jenis Kelamin: ..................
5) Status Perkahwinan: ... ..... 6) Pekerjaan: .......... Number 7) Telefon: ........................... 8) Pada masa ini kedudukan di tempat kerja: .... ............ 9) Monthlyincome ...... ...................
10) Pinjaman Tempoh: ............... 11) Tujuan Pinjaman: ............... 12) Agama: ............
13) Tarikh lahir: ........................
sila memohon syarikat yang sah, kejayaan anda adalah matlamat kami.