hai assalammualaikum
Peluang Untuk Menjadi Pengasas Produk Secara Percuma - Kalau kita tengok sekarang, ramai untuk memilih mempunyai perniagaan sendiri dan bekerja sendiri. Sebab boleh nampak kepuasannya, bila kita melihat produk yang kita jual tu laris dengan pendapatan yang mengagumkan. Nad pun teringin nak jadi ahli usahawan yang berjaya, lagi best kalau ada produk sendiri. Nad sendiri amik kos keusahawanan semasa belajar dahulu. Tak dinafikan, nak jadi seorang usahawan bukan mudah, kena ada ilmu dari segi pembuatan, pemasaran, pembungkusan, strategik..
Selain itu, kena kuat dari segi fizikal dan mental. Tapi..bila difikirkan balik semua tu memerlukan duit. Sebut duit je, mesti muka akan mencuka..huhuhu.. Hah!! jangan risau..ni nad nak bagitau berita gembira sangat-sangat..Nad ada dapat maklumat mengatakan ada satu pihak NGO ingin menaja sepenuhnya kepada mereka yang berminat ingin menjadi pengasas produk. Nak tau siapa??..hah ni peluang untuk mereka yang betul-betul berminat untuk menceburi bidang usahawan ni. Sesuai untuk mereka yang
1) Mereka yang baru habis belajar ( graduan baru )
2) Mereka yang sedang memburu kerja
3) Mereka yang ingin menjadi pengasas produk
4) Mereka yang ingin belajar tentang pengurusan kewangan
5) Mereka yang ingin belajar mengenai pemasaran online/offline
Peluang Untuk Menjadi Pengasas Produk Secara Percuma
Hah!!, ni la pihak NGO yang berbesar hati untuk menaja korang tu. Pihak MVM (Muslim Volunteer Malaysia) sebuah badan NGO dengan kerjasama MOHA GROUP berbesar hati mengadakan bengkel untuk memulakan bisnes sendiri iaitu MVM Apprentice. #MVMAPPRENTICE merupakan program amal keusahawanan dengan kerjasama MOHA GROUP bagi memupuk minat keusahawanan seterusnya melahirkan usahawan kosmetik yang berjaya pada usia muda. Apprentice yang berjaya berpeluang untuk mengeluarkan produk mereka sendiri secara PERCUMA melalui bantuan dana dari MOHA GROUP SDN BHD
Ini peluang buat anda yang berminat untuk belajar mengenai bisnes, anda boleh hadirkan diri ke "Preview MVM Apprentice yang seterusnya pada 29 Mei ini. Khas buat anda yang masih mencari kerja. Tiba masa untuk anak muda mempunyai kerjaya, bijak mengurus kewangan dan menjadi pengasas produk.
Tiga Panel Jemputan MVM Apprentice
Panel-panel yang dijemput untuk berkongsi ilmu dan tips untuk menjadi usahawan yang berjaya..
YAYA MOHAMAD
Yaya Mohamad merupakan Pengarah Urusan bagi syarikat MOHA Group Sdn. Bhd dan dua syarikat lain iaitu MOHA Trading Sdn. Bhd serta MOHA Biotech Sdn. Bhd. Beliau merupakan usahawan kosmetik yang berjaya dalam usia muda. Usia muda dan kepayahan hidup sebelum ini tidak menghalang beliau untuk terus maju dalam bidang keusahawanan kosmetik. Mempunyai pelbagai produk kecantikan yang hangat dipasaran dan dikenali di serata Malaysia serta dikagumi oleh usahawan yang lain.
SHIDA MOHAMAD
Shida Mohamad merupakan Pengurus Besar Jamutera Trading Sdn. Bhd. serta pengasas kepada 5 produk kecantikan dan kesihatan khas untuk pasaran online bermula pada awal tahun 2014.
YA MUHAMMAD
Ya Muhammad merupakan seorang usahawan muda dan Presiden kepada Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia Association). Beliau juga aktif memberikan latihan berkaitan pemasaran Online kepada Usahawanan Muda.
Syarat Program
- Anda mestilah berusia 21 – 28 tahun
- Bagi anda yang berminat untuk sertai “Preview MVM Apprentice 2.0” pihak MVM telah melonggarkan beberapa syarat untuk anda,
SEBELUM | SELEPAS |
Minimum CGPA 3.0 | Minimum CGPA 2.5 |
21-25 TAHUN | 21-28 TAHUN |
MAKLUMAT PROGRAM
Tarikh: 29 Mei 2016
Hari: Isnin
Masa: 9 pagi –3 petang
Tempat: EZAZ Wealth Management & Consultancy
Alamat: No 13 B, Tingkat 2, Pusat Perdagangan Suri Puteri, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 20, 40300, Shah Alam, Selangor.
Penganjur: Muslim Volunteer Malaysia (MVM) Penaja Program: MOHA GROUP SDN BHD
Peserta: Terhad kepada 100 orang sahaja!
Pendaftaran: 019 – 387 4397 Atiqah
Cara Mendaftar
Whatsup : Daftar SEKARANG >> Dengan whatsApp nama penuh anda ke no 019 – 387 4397 – Atiqah, dan beritahu yang "saya berminat untuk hadir ke "Preview MVM Apprentice pada 29 Mei ini"
Facebook : Anda juga boleh klik "interested" / "going"di event kami di FB " Preview MVM Apprentice 2.0
Website ; Maklumat lanjut di website https://mvm.org.my/preview-mvm-apprentice-2-0/645
Mohon juga bantu untuk hebahkan kepada kawan-kawan anda, terutamanya kawan anda yang masih mencari peluang pekerjaan / yang berminat untuk menjadi usahawan.
Peluang yg ptt direbut oleh para belia.. rugi kalo x join
ReplyDeletewow..bagus program ni kak nad..untuk yg baru nk berjinak dengan bisnes memang petut join..
ReplyDeleteBetul kak, min dr jurusan bisness stdy. Nak cari kerja skrg bukan sng.. berbisnes pulak modal xde lg.. nasib baik ada program MVM ni kan. Membantuu
ReplyDeleteRugi sapa tak grab peluang ni..bkn senang nk dpt tajaan..
ReplyDeletedulu pernah gak tertanya-tanya mcm mana nak jd pengasas produk ni..
ReplyDeleteWah. Senang dan mudah je kan. Tapi tak semua org boleh share ilmu bisnes dengan harga rendah macam ni kan? Mesti kena ambil peluang ni.
ReplyDelete