hai assalammualaikum

Pembaharuan Ruang Kerja Nad : My Workspace - Bila nak buat kerja, nad selalu pastikan tempat kerja tu kemas, teratur dan tak berselerak. Baru tenang nak buat kerja. Masa tu pulak fokus kepada laptop sahaja. Idea nak menaip pun akan jalan dengan pantas. Kadang boleh taip sampai tiga entry..huhuhu. Ruang kerja atau workspce adalah tempat kerja kita atau tempat study atau tempat untuk menulis apa sahaja. Dari dulu lagi memang nad teringinkan ingin memiliki ruang kerja. Ruang kerja yang besar, simple dan banyak laci.



Masa nad sekolah menengah baru ada meja tulis, tapi meja tu pun guna apa yang ada je. Tapi dah cukup best sebab dah ada tempat untuk study, buat kerja sekolah semua. Dan meja tu tak boleh sesiapa usik..hahaha..nad pantang kalau ada orang usik meja nad tanpa kebenaran. Lepas tu kat meja tu la selalu berangan nak meja study lagi best. Lepas tu dapat lanjutkan pelajaran ke UUM.

Masa tu dapat bilik terus masuk. Benda pertama nad tengok meja study dia...hahaha..best sangat siap atas ada ruang untuk letak buku lagi. Masa tu macam-macam boleh deco dekat meja kita tu. Masa study, letak buku atas meja..memang tekunla kononnya..hahaa..excited sangat. Siap ada papan putih boleh tulis-tulis..yela takut lupa..huhuhu..Masa waktu dahulu nad pernah bekerja, dan tunjukkan tempat ruang meja nad bekerja. Entry ada dekat SINI.


Lepas kawin, mr mafia pulak sediakan tempat ruang kerja untuk nad. Meja ni sebenarnya meja tetamu, tapi jarang pakai, jadi kami reka untuk meja ruang kerja nad..hahaha..Masa mula-mula berterabur habis. Nampak komputer tu? Komputer tu hidup, tapi tak boleh connect dengan wifi, jadi sudahnya tak guna komputer tu. Guna laptop je. Jadi letak dulu dekat meja tu. Semua benda diletak atas meja ni.

Asal dapat barang review mesti terus letak atas meja ni. Kalau balik event dapat goodies, meja ni yang jadi mangsa...hahahhaa..Nampak tak kemas langsung. Tapi disebabkan nak update entry, semua benda ni buat tak nampak je walaupun nampak..hahaha.



Lepas tu nad bagi kemas sikit. Kelemahan meja makan mestilah takda laci...hahaha..jadi nad beli fail-fail untuk letak bil-bil, barang-barang alat tulis dan sebagainya. Nampak tersusun, tapi masih kucar kacir. Sebab atas meja je dah nampak bersepah. Banyak benda pulak tu. Alat-alat tulis tu semua dari waktu study lagi. Jadi nad bawak sini untuk keperluan sendiri. Takda nak beli, membazir je. Pakai apa yang ada. Dah beli fail, kucing pulak boleh sorok kat situ..hhhaha..Toto dah hilang dah, entah pergi mana. Kenangan Toto.


Lepas tu mr mafia dapat rezeki lebih. Sebab kesiankan isterinya dengan meja yang macam tu, dia belikan meja ruang kerja ikea untuk isterinya. Terima kasih banyak sayang. Pada masa sama nak cantikkan rumah ni biar nampak luas dan kemas. Meja ikea ni harganya RM329. Nama meja Micke..Meja ni best sebab besar, dan banyak laci untuk simpan. Mr mafia mintak tambah MICKE Add-on unit high, black-brown
tapi nad taknak. Sebab taknak nampak serabut sangat. Lagipun meja ni dekat ruang tamu, bukan dekat dalam bilik. Jadi tak sesuai untuk letak tu. Nanti lagi susah nak mengemasnya kang.





Nah, bila dah disusun balik, semuanya dah teratur dalam laci..fuh lega..Nampak kemas dan selesa nak buat kerja. Barang tersimpan elok dalam laci. Siap ada swan lagi..haahha..


SHARE 9 comments

Add your comment

  1. Kak Sue pun ada tempat kerja sendiri..tapi ingat nak tambah board macam Nad tu sebab boleh lekatkan order orang sekali..senang nak tengok.. :)

    ReplyDelete
  2. penting ada soho sendiri. ainul pun ada sblh tmpt maryam main

    ReplyDelete
  3. gambar paling WIN...si kucing comel tersepit...hehehehe

    ReplyDelete
  4. Urghhh meow meow tu gilerrr comel!

    ReplyDelete
  5. meja keja yang IQ plan nak beli dulu tapi mahal..huhu...IQ beli meja yang 99 jer..kena cari laci nak letak barang..huuu

    ReplyDelete
  6. huwaaaaa kita ada meja kerja aka soho tapiiiiiiiiii berzaman dah tak kemas sobs sobs,bertimbun barang,brg review press release semua humban je sobsosb

    ReplyDelete
  7. Pcl kalau tgk runah serabut ...dan kebetulan ada bajet lebih ajak mamaD p ikea.. haa apa lg shopping la .. perabut simple pun jadi lah

    ReplyDelete
  8. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda

    ReplyDelete
  9. Wah bestnya ika x da workstation lagi.Dalam process pindah rumah. Skrang barang review merata2 huhu ...

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2