hai assalammualaikum

Restoran Istana Bambu Buffet Ramadhan 2016 - Sekejap je lagi Bulan Ramadhan akan tiba. 6 June 2016 tarikh kita menyambut bulan puasa yang mulia ni. Bila bulan puasa, mula teringat masakan mak dekat kampung. Mula teringat keluarga, berbuka puasa bersama. Tapi bila dah tanggungjawab kerja dekat kotaraya, tak dapat nak balik kampung..Jadi, korang datanglah ke Restoran Istana Bambu.

Iftar Ramadhan 2016 " Indahnya Ramadhan"
 Dengan tema " Indahnya Ramadhan " tahun ni, Restoran Istana Bambu berkonsepkan perkampungan buluh tepi sawah padi dengan keunikan tradisi kampung. Sambil berbuka puasa, sambil menikmati pemandangan seperti kampung. Kalau dekat kampung makan duduk bersila, jangan risau, dekat restoran ni ada gazebo yang membolehkan korang duduk secara bersila. Masa tu layan la perasaan sorang-sorang..huhuhu..Nak tengok rupa Restoran Istana Bambu tu, boleh klik SINI

Jangan risau bab makanan, macam-macam ada masa buffet Ramadhan nanti. Makanan dari ala kampung tradisional hingga ke masakan cina, ditambah lagi masakan Thai dan Arab yang akan disediakan untuk pelanggan. Kan dah cakap, semua menu ada. Disebabkan makanan dekat sini semua nampak menyelerakan, nad cuba semua jenis makanan. Nak bagi korang terliur jugak bila tengok makanan ni..hahaha..Bukan setakat terliur, nak ajak korang makan berbuka sekali nanti dekat sini. Meh tengok menu apa yang ada.

Menu Lauk Pauk
Ni menu lauk pauk yang disediakan. Dari Udang butter, Lala masak sambal, Asam pedas, patin tempoyak dan pelbagai lagi masakan laut...fuhh!!!..










Tomyam
Hah!!..tomyam dia best sebab bukan sahaja ada sotong dengan ayam..malah ada udang dengan ketam...huhuhu..seafood katakann...Ditambah dengan cendawan kecik tu..ala lupa pulak nama dia..memang nad suka cendawan tu..licinla..sruupp..sruupp...sruupp..




Steamboat
Bagi anak-anak makan besbol...diaorang mesti suka


Kerabu, Tauhu Sumbat dan Tempe Jawa
Kerabu dia memang terbaik..Rangup dan sedap..Hah !!! orang jawa siapa tak makan tempe memang pelikla..hahaa..ni dia ada tempe jawa dekat sini..





Mihun


Masakan Ala Barat dan Arab
Kalau haritu korang malas makan nasi, ada je menu western ni. Ada Spageti dan macaroni. Yela kadang tekak bosan dengan nasi, jadi makan simple la macam ni. Nak pergi makan spageti dekat luar mahal yang amat..jadi berbaloi pergi Restoran Istana Bambu ni je. Nad pulak memang suka makan spageti. Yang penting kuah dia. Kuah dia sedap tapi kurang pedas..tu je.. Special makanan arab ialah roti kebab tu. Isinya daging dan sayur. Nyum...nyum...sedapp sangat..
 



Kambing Golek
Menu Istimea yang Wajib ada, semestinya Kambing Golek. Harum semerbak baun dia. Benda ni wajib ambil makan..hahhaa



Kuih Muih 
Dah makan berat.berta mesti nak kunyah kuih kan..takpun berbuka dengan kuih dahulu. Kat sini macam-macam kuih ada. Kebanyakan kuih muih di sini, semuanya yang selalu mak-mak kita buat. Nad suka kuih yang lapis-lapis tu, bila makan, amik satu-satu..hahaha








Hah!!!..nampak dah..nad tak tau nak cakap apa lagi pasal makanan dekat sini. Sebab memang semuanya sedap. Harga sangatla berpatutan dengan menu yang disediakan.
Dewasa ; RM 55.60
Kanak-kanak: RM28.35 ( umur 5 hingga 11 tahun )
Kanak-kanak umur bawah 4 tahun : percuma



Bolehla ajak kawan-kawan, keluarga korang datang sini. Restoran ni boleh memuatkan 600 tetamu pada satu masa.Persembahan dari adik-adik comel kita  semasa bulan Ramdhan nanti.

Jangan risau, dekat sini ada surau untuk sembahyang dan parkir memang luas untuk pelanggan.Sepanjang Bulan Ramadhan, Restoran Istana Bambu akan dibuka dari jam 6 petang sehingga 10 malam. Tempahan awal perlu dibuat:
Alamat Restaurant Istana Bambu
Lot 841-842, MRR2 Jalan Ampang Ulu Kelang,
68000 Ampang, Selangor.
Email: info@istanabambu.com.my
Facebook : istana bambu restoran 
website: www.istanabambu.com.my
Pengurus Restaurant Istana Bambu:
Puan Aida - 012 2497 142
Bahagian Pengurusan: 03-4251 4717 / 03 42524718 / 
Bahagian Jualan: 018-3749 920


Dekat Restoran Istana Bambu, korang boleh buat Majlis Resepi Perkahwinan, jamuan Korporat, Majlis Hari jadi dan sebagainya yang dibuka sepanjang masa dengan pelbagai pakej harga menarik.






SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Assalamualaikum, alahai belum puasa dah terliur tengok segala macam lauk pauk.. Meriah, nampak sedap semuanya..

    ReplyDelete
  2. menarik jugak hidangan restoran ni, makanan kampung ada, barat ada...thanks for sharing

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2