hai assalammualaikum
Tabungan Untuk Fariza: SSPN-i Plus Skim Simpanan Termurah - Bila dengar sahaja perkataan PTPTN, dah mula gerun, yela nad ni salah seorang peminjam PTPTN. Itulah satu-satunya bantuan kewangan yang nad tau untuk membantu pelajar. Bila dah habis belajar,semestinya duit yang kita pinjam mestilah dibayar (wajib ok). Itulah, dulu suruh simpan duit boros, sekarang terkial-kial kau nak membayarnya.
Pengajaran ni membuatkan nad berfikir, macam mana pulak fariza nanti?? Nak pinjam jugak ke??..ermm..berulang-ulang dalam fikiran. Macam mana bila dia dah masuk alam persekolahan, mesti perlukan duit. Macam mana masa depan dia nanti?? Jadi nad selalu berfikir simpanan apa yang sesuai untuk fariza ni?? Sampailah nad pergi ke satu event anjuran PTPTN hari jumaat lepas. Dekat situ nad dah dapat jawapannya..
Majlis Pelancaran Pakej Baharu SSPN-i Plus, Ejen Online, PTPTN Dan Penyampaian Hadiah Cabutan
Nad sampai awal dekat menara PTPTN. Masa tu majlis belum mula lagi. Masa nak masuk menara PTPTN tu nampak la sebuah tiga buah kereta, motosikal dan macam-macam lagi hadiah..wooww!! kereta tu. BMW kau!!..hebat..Inilah antara hadiah yang bakal dimenangi oleh pendeposit-pendeposit SSPN-i PLus. Dengan hanya menyimpan serendah RM50 diaorang dapat hadiah ni..Tak percaya??? Nad sendiri tak percaya..Korang jangan ternganga sebab ada bukti diaorang menang hadiah ni semua..hahaa.. Banyak kelebihan SSPN-i Plus ni tau..
Majlis bermula pukul 3 petang. Dimulakan dengan bacaan doa dan sterusnya ucapan daripada Pengerusi PTPTN YB Dato Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah. Diikuti dengan ucapan YB Dato Mary Yap Kain Ching , Timbalan Menteri Pendidikkan Tinggi mewakili YB Dato Seri Idris Bin Jusoh , Menteri Pendidikkan Tinggi. Seterusnya perasmian pelancaran Pakej Baharu SSPN-i Plus, Ejen Online, PTPTN Dan Penyampaian Hadiah Cabutan.
Para pendeposit yang memenangi hadiah. Hah! percaya dah.
Dengan simpanan boleh menang cabutan bertuah..huhu..jangan sebab kau nak menyimpan sebab nak menang hadiah, tu niat dah lain. Kang tak menang kau kutuk pulak PTPTN. Menang cabutan tu rezeki namanya. Tujuan sebenar SSPN-i Plus diwujudkan sebenarnya untuk menggalakkan orang ramai supaya menabung secara konsisten dan strategik. Orang cakap sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bila duit ada, takdalah hutang, takdalah masalah kewangan..kannn..
Keistimewaan SSPN-i Plus
Sebelum ni nad pernah dengar SSPN je, SSPN-i Plus belum pernah dengar pulak. Sebab sebelum ni, nak buka akaun PTPTN perlu ada SSPN. Kau jangan tak percaya sebab nad sendiri tak percaya yang akaun SSPN nad bertambah ok. Dulu Masa mula-mula buka, nad masukkan RM500...hahaha..banyaknya duit nad masukkan semata nak buka SSPN. Dan haritu nad pergi cek duit dalam tu dah bertambah..hehehe..Mungkin SSPN-i Plus lain daripada SSPN.
SSPN-i Plus ni merupakan produk terbaru PTPTN bertujuan untuk simpanan demi masa depan pendidikan dengan menawarkan perlindungan takaful yang amat murah dan komprehensif. SSPN-i Plus menggunakan konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful mengikut pakej.
Mula-mula rasa macam biasa je, tapi bila dengar detail, nad baca apa kelebihan SSPN-i Plus ni, memang banyak kelebihan untuk masa depan kelak.
Ni la keistimewaan SSPN-i Plus yang akan membuatkan korang cepat-cepat nak buka akaun. Simpan dan dapat semua pakej dari dividen, pelepasan cukai dan macam-macam lagi..hebat tak hebat..
1) Komitmen serendah RM1 sehari
2) Patuh Syariah - Simpanan Islamik bukan Konvensioanal
3) Pelepasan Cukai "Tax Relief" sehingga RM12,000
4) Keuntungan Dividen (Ikut Syariah) - dividen pun dapat
5) Pampasan Kematian
6) Manfaat Takaful 36 Penyakit Kritikal
7) Elaun Hospital
8) Khairat Kematian
9) Tiada Pemeriksaan Kesihatan
10) Tidak perlu Medical Check up
11) Simpanan DI jamin oleh Kerajaan
12) Layak Memohon Pembiayaan PTPTN
Kenapa Murah Sangat ???
Ni la pakej-pakej yang ditawarkan. Ikut kemampuan mana korang mampu. Idea meringankan dan memudahkan tabiat menyimpan masyarakat Malaysia dengan memperkenalkan ‘Rahsia RM1 Sehari’. Ia merupakan pakej baharu di dalam SSPN-i Plus.
Dengan membuat tabungan RM1 sehari, masyarakat Malaysia boleh memilih pakej Intan di dalam SSPN-i Plus yang menawarkan simpanan pendidikan dengan perlindungan takaful sehingga RM40,000. Kalau korang mampu nak amik pakej yang lebih pun boleh.
Bagaimana Daftar SSPN-i Plus??
Macam mana nak daftar??..hah!! ni nad nak bagitau. sabar ye...sebab nad sendiri tak sabar nak buat untuk Fariza Nafisah ni. Tak payah pening-pening dah nak simpan duit dia dekat mana...hahaha. Simpanan SSPN-i Plus boleh dilakukan pada bila-bila masa, hanya dihujung jari melalui online. Mudah kann!! korang boleh pergi ke
https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/affiliate/
Bayaran komitmen bulanan pula boleh dibuat secara potongan gaji, auto debit (RHB dan Maybank) dan perbankan internet (Maybank). Bagi tujuan keselamatan dan keselesaan pelanggan, simpanan SSPN-i Plus juga boleh dilakukan tanpa tunai dengan kemudahan EDC Terminal melalui Kad ATM atau Kad Debit bank-bank tempatan di kaunter-kaunter PTPTN.
Ejen Online PTPTN
Bagi yang nak cari pendapatan sampingan atau sepenuhnya, PTPTN ada menubuhkan satu Ejen Online untuk mereka yang berdaftar..Nak tau ape itu Enjin Online
- Ejen Online PTPTN adalah ejen berdaftar dengan PTPTN yang memasarkan SSPN-i Plus secara online dan layak diberi komisen pada kadar yang ditetapkan bagi setiap transaksi pembukaan akaun baharu SSPN-i Plus dan penambahan deposit yang berjaya (EPO sahaja)
- Ejen Online PTPTN mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
Dua (2) Kategori Ejen Online PTPTN
a) Rakan Niaga Affiliate (RNA) adalah Ejen Online PTPTNyang memasarkan produk SSPN-i Plus secara
online sahaja.
b) Ejen Pemasaran Online(EPO) ialah ejen yang dinaiktaraf dari RNA setelah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh PTPTN. EPO akan memasarkan produk SSPN-i Plus secara online dan bersemuka.
Apa Yang Perlu Saya Pasarkan?
1.Anda hanya perlu memasarkan produk SSPN-i Plus dengan hanya mempromosikan link affiliate anda sahaja
2.Anda juga berpeluang memasarkan produk SSPN-i Plus secara bersemuka (EPO sahaja)
Kelebihan Ejen
- Komisen Lumayan
- Pendapatan Tanpa Had dan Berterusan
- Tanpa Modal Perniagaan
- Waktu Kerja Fleksibel
- Mudah
- Latihan/Bimbingan Diberikan
- Sokongan Pemasaran Berterusan
- Pasaran Luas Tanpa Sempadan
- Tidak Melibatkan Transaksi Tunai
- Menggalakkan Masyarakat Menabung
Boleh pergi ke Enjin Online PTPTN.
Nak tau lebih lanjut korang boleh layari
Website : http://www.ptptn.gov.my
( pergi ke https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/affiliate/ )
Facebook : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Instagram : https://www.instagram.com/instaptptn
Hotline : 03-2080 4455
anak2 aida sspn-i aje.
ReplyDeleteda bertahun saving :)
utk masa depan...
menabung untuk masa depan tidak hanya untuk seluruh keluarga tetapi lebih khusus untuk pendidikan dan segala kebutuhan anak tentu menjadi wajib dilakukan oleh orang tua, apalagi nabungnya di bank yang menawarkan banyak hadiah sebagai motivasi rajin menabung....semoga jaya
ReplyDeleteada beza ea SSPN dengan SSPN-i Plus ni? ari tu buka SSPN je..
ReplyDeleteBagus SSPN i Plus ni sebab ada takaful insurans sekali2
ReplyDeletesspn-i ni lebih ikut syariah .. betul tak ? sebab bezanya ada i.. sama macam takaful kalau ada i... tak perlu was-was..
ReplyDeletekak moon..ni siap ada takaful, pakej sekali dividen..semua la..
ReplyDeleteLisa..betul tu
nak tak reg sebagai effiliate ke? daftarlah, bila nad dah buat, ajak kawan2 depositkan ke SSPN-i Plus juga.
ReplyDelete