hai assalammualaikum

Terima Barang Salah ; Beli Online Dari Mysale - Ni pengalaman pertama nad beli barang online tapi terima barang yang salah. Huh!!..Bila dah salah, mestilah kita nak buat aduan. Part ni la yang paling lemah. Nak kena contact diaorang,nak tunggu diaorang balas balik..lambat pulak tu. Adoi macam-macam..Nad memang tak suka banyak kerja..Sebenarnya ni pertama kali nad beli dekat satu website ni. Disebabkan nampak iklan dia dekat facebook dengan nampak barang yang nad minat sangat. Harga barang tu pulak murah, memang nad nak beli la. Nak tau barang apa nad nak sangat tu???



Ni ha barang dia..Kasut boots. Kau tengok dahla cantik, harga pulak murah je oii..RM29 je. Mana tak tergoda!!!..Lepas tu, nad terus whatsup kawan nad. Sebab dia dah biasa beli barang luar negara ni. Nad tak biasa. Jadi nad mintak pendapat dia. Betul ke harga yang ditawarkan?? Saiz pulak macam mana??..jadi dia cakap betul, saiz pun dia bagitau..lepas tu kawan nad yang uruskan semua, sebab guna kad kredit dia. Nad takda kad kredit..huhuhu..


Tunggu punya tunggu, pos pun sampai. Dan nad tau ni la kasut yang nad beli haritu. Punya excited ni..Tak sabar nak pakai. Bila nad buka je...What!!!..ni apa..kasut boots ke kasut pekerja yang warna kuning tu...oiii..dah macam kasut lelaki la oiii..terkejut, geram, sedih semua ada. Benda yang kita excited, terus jadi ermmm....Lepas tu terus hantar gambar dekat kawan tu. Kot-kot dia ada order untuk sesiapa, tertukar ke..hahha..Tapi jawapan dia, dia order untuk nad sahaja. Dia pun terkejut macam mana boleh salah. Ni pun pengalaman dia membeli, tapi terima barang salah...hahaha..Arghhhhh!!!..memang geram..dah satu hal nak kena setel ni semua..



Lepas tu dia suruh nad contact nombor tertera. Nad cuba contact,tapi tak da sapa jawabb oiii..banyak kali..Lepas tu nad pergi website dia, yes ada contact dia untuk terima barang yang salah. Nad pun hantar massage dekat diaorang. Diaorang balas dan suruh hantar email untuk bukti. Nad pun sendla email ke diaorang..Korang bacala ye..Yang membalasnya pun orang lain-lain..

Yup!! Nad pilih untuk tidak return sebab  banyak sangat kerja weii walaupun nad akan dapat balik wang penuh, tapi nad malas. Biarlah dapat 30% tu balik..malas pulak nak pergi pos, guna duit sendiri lagi..haishh macam-macam. Nad banyak kerja lain lagi..lepas ni tak mau beli dengan mysale lagi..

SHARE 5 comments

Add your comment

  1. mysale ni pos direct luar kan kak? lama x nk smpai? tgok offer dia murah2 gilaa. tp akak experience cmni, rasa tkut lak nk beli

    ReplyDelete
  2. Yela kot..dapatnya sekejap..tapi lupa la berapa hari..hahahha

    ReplyDelete
  3. Part ni yang tak suka beli online..dorang salah hntr brg..nk return balik brg pun, kita kena bersusah payah kluar duit pos sendiri..kita beli online nak menyenangkan tapi jadik menyusahkan pulak bila kes mcmni..

    ReplyDelete
  4. Mak aii .agak2 laa..dah macam boot nak pi menyawit je.. tu pon boot lelaki.. x agak2 betul laa diorg ni..buat lawak je.. sebb bek 30 hinggit.. kalau ikut harga asal tu, mengamuk jugak laa

    ReplyDelete
  5. Yeah its really disappointing when your expectation did`nt meet. Also they dont even have a consideration. 벳컨솔루션

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2