Teruja Tengok Baby Fariza Pertama Kali Makan - Macam tak percaya baby fariza dah 6 bulan. Masa dalam perut, bukan main kau taknak keluar dari perut mommy kan, bila dah keluar cepat pula dah membesar. Alahi anak mommy, macam baru haritu je keluar perut dari mommy, sekarang dah masuk 6 bulan. Haritu check up, nurse dah cakap, " bulan depan dia dah masuk 6 bulan, dah boleh makan dah".. nad yang masih was-was macam tak percaya je anak mommy dah boleh makan. Sebab bagi nad, baby fariza masih baby lagi..hahha. Sebab takut perut dia masih tak tahan. Kalau dah setahun takpe gak..hahaha..nad punya fikiran risaukan anak..sampai macam tu.
Tapi sebagai mommy, mestila tak sabar, teruja bila anak dah boleh makan. Bab makanan baby ni, nad pernah baca dekat blog ibu-ibu sebelum ni, dekat facebook pasal puree baby. Belum ada anak dah baca, nampak sangat kan teruja bila tengok ibu lain buat makanan untuk anak dia. Tiba masa nad pulak bagi makan dekat baby fariza. Mulalah berkobar, sampai masa kenduri cukur fariza, family dah cakap, bagila dia makan. Diaorang pun tak sabar..hahaha.
Kalau tengok gambar tu fariza guna sudu besi dengan mangkuk sedia ada..haha..masa ni tak beli lagi keperluan baby untuk makan, sebab mommy dah teruja. Tapi kesian pulak nengok anak macam tu, jadi nad beli pinggan khas dia untuk untuk makan, dan bekas unyuk simpanan makanan dia.
Mangkuk dan bekas tu nad beli dekat manjaku dekat taman melawati. Paham-pahamla bila dah masuk kedai baby, mata akan melilau tengok benda yang cantik dan comel. Jadi nad amik ni jela..hahhaa..nad pilih pinggan tu sebab dia ada tempat letak sudu. Jadi tak la susah nak letak merata sudu tu. Nad ni jenis tersusun, kalau barang anak, simpan bahagian anak je. Takleh campur dengan lain..hahaha..sampai macam tu kan. Bekas makanan biru tu pulak sebab nak simpan makanan dia dalam peti sejuk. Nad beli bertingkat sebab space peti ais. Peti ais nad kecik, jadi kene fikir semua tu. Lagi satu dia warna biru..hahhaha..
Blender, memang fikir nak beli blender yang siap steamer untuk baby sahaja. Tapi duit takda. Apa lagi, selongkar barang hadiah kawin. Nasib baik ada blender philips ni. Blender ni hawa yang bagi. Nasib comel je. Sesuai untuk fariza. Jimat dekat situ. Steamer nad guna steamer periuk pemanggang ajaib tak pun steamer sahaja guna periuk nasi. Penapis pun jangan lupa ye, untuk tapis makanan anak.
Ok, selesai, bab barang-barang anak. Sekarang bab makanan pulak. Pengetahuan bab makanan baby kena amik berat. Sebab baby baru start nak makan, tak boleh bagi makanan pepejal sebab perut belum boleh terima. Kalau boleh, bagusnya, kenalkan dia dengan buah-buahan, sayur-sayuran satu persatu. Macam dalam gambar ni la. Menurut gambar ni, kita kene bagi anak kita makan untuk hari pertama hingga keempat dengan buah epal, seterusnya pulak pisang, dan seterusnya lain-lain buah. Lepas tu sayur pulak buat sama. Lepas tu bolehla kita campur-campur. Masuk 7 bulan baru boleh bagi bubur.
Nad ni jenis excited, pertama kali buat puree baby masa lepas majlis cukur jambul fariza..hahaha..masa tu buat puree carrot. Pastu mak dengan akak cakap " ni je ke, ye tak sedap" "apa rasa".. krik..krikk..krikk..ginila susah kalau duk dengan keluarga..hahaha..tapi bila bagi dekat baby fariza..rupanya dia pun tak suka..hahaha..muka kriut..kriutt..terkejut..hahaha.
Dan bila balik kuala lumpur, nad buat pulak puree pisang. Masa tu dekat rumah ada pisang jadi terus buat. Nad blender pisang ni, tambah susu sikit. Pastu tapis, dan letakla dekat mangkuk. Pertama kali bagi, dia makan dengan seleranya. Lepas tu berkobar nak lagi dan lagi..hahha..taula baby kalau nak sesuatu. Dia suka sangat dengan puree pisang. Mungkin sebab pisang rasanya manis.
Seronok tengok anak makan. Lepas ni marathon buat puree lain pulak. Baru semalam beli apple dengan pear..huu tak sabar nak tengok reaksi dia makan buah lain pulak.
huh..
ReplyDeletesdap plak tgk dia makan.
pp x hingat awek ni.
huii pipi. aunty nak gigit boleh? hehehe
ReplyDeletegeram tau tgk baby fariza ni..bambam..:)
ReplyDeleteBest kan ada baby?
ReplyDeleteTiap hari citer dia, hal dia,pk kan dia :-)
Memamg elok start dgn puri baby, nad.
Usus baby masih muda.
Tak le usus tu nanti terkejut :-)
Huishhh makin bambam la ni bila dah start boleh makan... hehehe
ReplyDeleteNad boleh tgk page akk "Homemade Food for HDAE". Banyak tips n resipi.
ReplyDelete