hai assalammualaikum

Lambaian Ramadan Sentuh Hati Ramai Penonton - Nad tak pernah terlepas menonton cerita Lambaian Ramadan ni daripada episod pertama sehinggalah semalam episod yang terakhir. Drama ni mendapat pujian daripada semua penonton. Drama kekeluargaan yang menyentuh hati dan memberi message dan kesan mendalam kepada penonton. Rata-rata yang menonton drama ni, emosinya sama macam nad..sedih, marah, gembira..semua perasaan ada..hahaha..

Episod pertama je dah emosi, belum episod seterus dan seterusnya. Drama kekeluargaan yang jalam ceritanya simple, tiada watak datin, datuk, anak orang kaya, atau orang miskin, malah tiada watak membalas dendam. Yela selalu tengok cerita, bila tak dapat seseorang tu, dia akan balas dendam..tapi yang ni berakhir dengan baik je. Orang cakap " happy ending "..



Dalam cerita ni hanya seorang bapa je yang antagonis. Tapi mula sedar selepas mengetahui anaknya sakit. Si isteri yang sentiasa sabar dalam mengharungi rumah tangga. Anak-anak yang sentiasa ada je idea nak satukan ibu bapa. Adik beradik yang sentiasa memberi support menggembirakan si adik...dapat kita tengok semua tu.



Selalu memang kita nampak, bila seseorang tu sakit, baru masing-masing nak sedar. Bila dah tiada baru teringat-ingat. Sebab tu kita kene hargai mereka yang masih ada. Sayang mereka ketika mereka ada. Tak kiralah mak bapak, anak atau adik beradik. Kalau boleh, setiap saat tu buat perkara yang menggembirakan. Gaduh sekejap takpe..huhuhu..

Ni la drama melayu yang dapat menarik ramai penonton..tahniah kepada pengarah, pelakon,penulis skrip, dan krew-krew yang terlibat dalam drama ni..syabas korang..huhuhu..

GAYA STAILO DENGAN KASUT BOOTS

in , , by Nadia Johari, 06:24:00
hai assalammualaikum

Gaya Stailo Dengan Kasut Boots - Dah lama teringin nak kasut boots, sebab tengok orang pergi travel pakai kasut Boots, lawa je dia pakai. Jadi mula la terfikir nak beli walaupun tak pergi travel. Yela, orang cakap siap-siap ada, biar senang nanti kot-kot pergi travel, dah ada kasut sesuai..hahaha..Tapi kasut Boots sekarang tak pergi travel pun dah boleh pakai. Pergi shoping complex ke, pergi bercuti dalam Malaysia pun boleh pakai Boots kan. Sebab tu nad beli boots ni..hahaa..Sebab pakai boots ni nampak stailo je.

Bila survey dekat instagram, akhirnya dapatla Boots yang diidamkan. Bukan satu tapi dua sekali nad beli. Kisahnya selepas nad terima kasut Boots yang salah dari Mysale. Nak tau Boots ape dia bagi nad, Entry ada dekat SINI. Marah sangat dengan mysale, terus beli dua kasut Boots dekat peniaga online lain..hahaa..gitu sekali. Takpe, puas hati sebab dapat kasut yang nak sangat. Lagi lawa dari mysale..hhaha..


Ni la dia Koleksi Kasut Boots nad sekarang. Satu coklat dan satu merah. Satu bertali dan satu main sarung je. Mula-mula tu takut jugak kan beli kasut dekat online ni, dengan tak tau kualiti, dan paling penting saiz dia. Kang takut terbesar ke kang, takpun terkecik. Macam nad selalu saiz kasut nad beli saiz 6, kecik kan kaki nad..hehee..tapi kawan nad bagitau, " kalau selalu ko pakai saiz 6, kena amik saiz 37 Euro "..tu untuk saiz euro..Kasut ni pun guna euro, jadi nad pun pilihla 37. Tapi peniaga online nad beli ni, dia bagi saiz ukuran kaki supaya nad tak tersalah pilih saiz. Fuh!!..nasib baik. Jadi, bolehla ukur kaki kita dengan tali ukur.


Masa sampai excited betul. Terus cuba kasut Boots ni. Nasib baik ngam-ngam dengan kaki. Tak besar dan tak kecik. Bila pakai nampak stailo gitu. Boots ni sesuai dipakai dengan baju apa sahaja. Tak kisahlah jeans, tshirt, tak pun dress, gaun. Semua bolehla. Macam nad pakai Boots dengan seluar askar dan tshirt. Memang sesuai sangat. Nampak rockers..hahaa..Anak pun dah mula nak ikut mommynya..hahaha..Kasut ni warna coklat, jadi memang sesuai dipakai masa bila sahaja. Nad pakai masa pergi ke tempat-tempat yang sesuai, macam shoping complex, tak pun jalan-jaan bercuti.


Kasut coklat ni tumit dia tinggi sikit. Tapi selesa di pakai dekat kaki. Kasut ni bertali, tapi takdela setiap kali kau buka tali lepas tu ikat balik..Ikat siap-siap, lepas tu nak pakai cuma longgakan bahagian atas je..senang dan mudah. Kasut pun tak keras sangat dan kualiti pun bagus.



Yang ni pulak Boots bersarung je. Cuma buka tepi tu je. Boots ni macam jenis kain berbulu. Tapi tak berbulu la..hahaha..alahai susah nak cakapla..hehehe..Masa ni nad pakai masa pergi KL Tower. Sesuai la pakai kasut macam ni. Nad gandingkan dengan seluar jeans dan jaket. Yang ni pulak kasut tak tinggi. Okla satu beli tumit tinggi, satu beli tumit tak tinggi..ehhhe..

Dua-dua Boots ni best. Jadi tak sia-sia beli..koleksi kasut bertambah..ahhaa..tinggal nak cari kasut warna biru je..

BAJU SEDONDON MAK DAN ANAK

in , , by Nadia Johari, 06:21:00
hai assalammualaikum

Baju Sedondon Mak Dan Anak - Suka tengok diaorang yang suka pakai baju sedondon ni. Tak kisahla couple, adik beradik, suami isteri, mak anak dan keluarga. Memang nad suka pakai pakaian sedondon ni. Bila satu family pakai sedondon macam best je. Meriah...kau..baru tau ni keluarga Pak Johari dan Latipah..hehee..Tapi keluarga nad pun tak pernah pakai sedondon. Sebab masing-masing nak baju sendirian berhad. Tak boleh buat apa la..

Pernah pakai sedondon pun masa tu raya pertama sebagai suami isteri..hahaa..Baju tu muat lagi kalau nak pakai raya tahun ni. Tapi nad jenis suka sedondon bukan sahaja baju raya , malah baju tshirt ke, baju berjalan..ermm. Tapi, memang takkan dapatla sebab mr mafia jenis tak suka nak serupa ni. Dia, biar dengan style dia..Tapi sejak ada anak ni, suka sangat, sebab nad boleh pakai sedondon dengan anak..hehee..Anak pulak tak boleh cakap apa la..dia mesti kena pakai juga kan..hahaa


Seronok ada anak ni rupanya. Lagi-lagi perempuan..Boleh la sama je selalu. Nad tak kisah pun, kalau dapat anak lelaki pun tetap nak sedondon. Daddy tak mau sedondon takpa..hahaa..mommy dah ada geng. Tapi bukan senang nak cari baju sedondon ni, macam corak sama, semua samala..Macam dalam gamabr ni. Ala comelnya..nak cari jugak sedondon macam ni. Mesti ada kedai untuk ibu dan anak baju sama kan..tapi dekat mana??..huhuhu..nanti kami cari..hehe

Sekarang nad kalau nak sedondon dengan anak, warna jela boleh sama. Macam kalau warna biru, anak pun pakai warna biru. Kalau hijau dia pun hijau. Walaupun corak tak sama. Warna sama okla kan..hahahaa..nak juga.




Hah macam ni, Nad pakai warna biru dan gold. Nasib baik baju Fariza ada biru dan gold jugak..samala kan..hahaa..


Yang ni baju askar..warna hijau..hehee..

Takpe nanti kita cari lagi mana baju sedondon ye Fariza..nasib baik raya ni baju sedondon..Korang cadangkan kedai mana yang jual baju sedondon anak mak ni..please...

LAMBAT RUPANYA BAJU PREORDER NI

in , , by Nadia Johari, 23:53:00
hai assalammualaikum


Taknak Dah Beli Baju PreOrder - Ni pertama kali nad beli baju preorder. Selalu beli barang, siap bank in, esoknya dah dapat tracking number, esoknya barang sampai dekat rumah. Rupanya yang tu ready stock. Berbeza dengan preorder. Bila ada pengalaman beli baju preorder ni, rasa cuak dah lepas ni nak beli baju preorder.

Sebenarnya sebelum ni tak tau preorder tu apa..ingat order macam biasa je..rupanya..preorder tu pesan atau booking barang tu, dengan membayar wang samada sebahagian atau penuh dan menunggu barang tu sampai dalam beberapa minggu mengikut barang tu. Lama juga barang preorder nad sampai dekat rumah dari sebelum puasa nad booking, akhirnya baju sampai dekat rumah minggu lepas..huhuhu..

Kisahnya, nad beli baju raya untuk Fariza. Masa tu nampak dekat instagram. Survey sebelum puasa lagi. Biasalah, baju budak ni bila dah nampak baik grab awal-awal, kang terus takda. Lagi-lagi tahun ni nak sedondon. Bila dah nampak warna sama, apa lagi terus beli tanpa banyak tanya.

Lepas tu whatsup la si peniaga ni. Macam biasalah tanya ukuran, harga. Bila dah setel, peniaga ni cakap ni baju preorder. Nad pun tak banyak tanya baju preorder tu macam mana. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai. Lepas tu, whatsup peniaga tanya baju. Dia kata belum sampai lagi baju. Masa tu bersabar lagi la.Nad sentiasa follow up peniaga. Mana taknya baju raya anak kot, dah bayar full. Risau tak sampai masa dah nak raya. Minggu Lepas follow up, nasib baik dia cakap dah ada dekat tangan dia baju tu..fuh legaa..Biasa paling lewat nad terima barang seminggu lebih je.

Minggu lepas pos laju sampai depan rumah hantar baju Fariza. Lega, alhamdulillah..Pengalaman macam ni, buat nad berjaga-jaga nak beli baju preorder.

Kan ada kes, baju preorder dari pakaian jenama, tak dapat tunaikan permintaan pelanggan. Haru dibuatnya. Sila amik tanggungjawab, pelanggan dah bayar..jadi lepas ni, cari baju ready stock je. Tak pun baju dekat kedai, nampak depan mata.

GAYA SIMPLE SHAWL DI HARI RAYA

in , , by Nadia Johari, 06:07:00
hai assalammualaikum

Gaya Simple Shawl Di Hari Raya - Orang perempuan ni, shawl dah banyak, semestinya nak cantik di Hari Raya. Selalu shawl asyik buat gaya sama je ka, sesekali nak buat gaya shawl lain tak salah pun kan. Banyak tutorial shawl yang nad tengok dekat youtube, media sosial. Tapi nad berkenan cara pemakaian yang mudah dan simple. Lepas tu tak amik masa banyak. Lagi-lagi sekarang, gaya yang loose shawl tu. Tengok cantik je orang pakai..Yang penting pemakaian masih menutup aurat.

Kebanyakan wanita berhijab sekarang suka mengikuti trend semasa lebih-lebih lagi tentang fesyen muslimah. Tapi jangan terlebih overdose sangat berfesyen sampai orang pandang pun macam ntah apa-apa ntah..hahaa..Nad memilih simple dan nampak cantik di Hari Raya. Jadi nad pilih gaya shawl yang mudah penggayaaannya, walaupun pakai shawl yang paling mudah ialah lilit satu atau pakai sarung je, tapi saja la nak tukar sikit kan. Meh nad tunjukkan beberapa gaya yang menjadi trend sekarang.


Inilah dia loose shawl yang orang selalu buat sekarang. Tengok cantik je orang buat kan. Nad tengah cuba nak pakai. Tapi fail nak pin belakang..hehee..haritu nampak tutorial, pin biasa dekat depan pun boleh buat macam ni..

Gaya ni nad penah buat. Tapi kena pandai pin bahagian atas dan betulkan . Kalau tak nanti dia tak kan beralun bahaian yang berjuntai tu..


Ni pun nad pernah cuba. Senang je kan. Pin bahagian pendek ke bahu. Bahagian panjang bawak ke kepala..

Ni orang panggil gaya elfira loy.dok pusing sekali je. Ni nak cuba buat..hehehe...

Ni pun ok..cantik-cantik..



Hah ni cara yang nad teringin buat..hahaa..Tapi tengokla Hari Raya nanti. Yang penting shawl mestilah panjang dan menutup aurat. ok..bye..

MACAM TAK PERCAYA JE DAH JADI DADDY

in , , by Nadia Johari, 06:06:00
hai assalammualaikum

Macam Tak Percaya Je Dah Jadi Daddy - Itulah kata-kata mr mafia sampai harini. Walaupun usia Fariza dah masuk 8 bulan, masih tak percaya yang dia dah jadi daddy..Nad pulak tertanya " kenapa pulak??".. Bagi mr mafia, dengan umurnya yang 40an tu, boleh jadi daddy. Dia cakap macam tu sebab, kebanyakan kawan-kawan dia yang baya dia ada yang belum dapat anak lagi. Nad tak pernah terfikir pulak lelaki ni ada masalah walaupun umur dia dah banyak, yang nad risau diri nad, sebab nad ni period tak menentu.. Rezeki masing-masing kan. Insyallah rezeki kawan mr mafia adalah tu nanti.


Teringat masa bersalinkan Fariza. Entry ada dekat SINI. Masa tu nad operation, Fariza bersama dengan nurse, mr mafia sampai hospital, cari mana nad, nurse cakap dalam bilik operation. Pastu nurse tunjuk Fariza. Mr mafia cakap dia terkejut..sebab tak percaya anak dia dah selamat melihat dunia..hehee..Lepas tu sayu hati dia masa azankan dia..masa nad takde, mula nak bayangkan macam dalam drama, tengok air mata seorang suami apabila melihat anak pertamanya..huhuhu..tapi lain jadinya..takpela..yang penting selamat.

Macam nad, dah biasa dengan budak-budak ni, sebab anak buah ramai, pengalaman jaga anak buah pun dah biasa. Macam mr mafia, memang dia janggal sikit la. Yela, orang laki, dia cuma tau main je dengan anak buah. Sekarang bila anak nangis, dia kena pandai pujuk. Bila anak demam kena berjaga..hahaha..Kena pandai uruskan masa. Tapi dia masih fail lagi bab nak tidurkan anak, tukar lampin..hahahah..gitu..


Kalau dulu, kalau nak amik gambar, bawak barang kamera sahaja. Sekarang nah amik, siap ada puting, botol susu, pampers..hamik kau..hehehe..pernah nad buat entry pasal Macam Ni ke Akan Terjadi Bila Ayah Photography..hehee..tapi nasib baik tak gini. Apa-apa pun, dia memang happy sejak ada anak ni. Main dengan anak. Bagi dia, dia taknak Fariza membesar..hahaa..gitu kau..takpela..nanti boleh tambah baby lagi ye..eh!!!..hehehe..
hai assalammualaikum

Promotion Skybox Hanya RM20 Dengan Pembelian Buffet Ramadhan Di Menara Kuala Lumpur - Hah entry sebelum ni nad ada cerita menu Buffet Ramadhan di Megaview Banquet Hall. Dengan setiap pembelian Buffet Ramadhan ni, korang boleh tambah RM20 untuk naik ke Skybox. Waaa..teruja sangat bila dapat naik Skybox ni. Skybox tarikan terbaru di Menara Kuala Lumpur. Tengok kawan-kawan naik, mestila kita teringin nak naik jugak..Bila rezeki dapat tu, bukan main seronok lagi.


Nad syorkan korang pergilah time berbuka puasa ni sebab promotion dia bagi RM20 untuk naik Skybox ni, tapi syarat dengan berbuka puasa di sini. Harga sebenar RM75 untuk warganegara dan RM105 untuk takde mykad..hahaa..jimat RM55 weii..fuh..Pengalaman yang tak dapat dikata. Dapat naik setinggi 300m tu..mau gayat tak gayat la kau. Tapi nad berani..cewahh...hahaha..Tarikh sehingga 3 July ni ok..

Masa ni nad datang petang dalam pukul 6.15 petang. Sebenarnya nak naik Skybox ni ada dua pilihan, sebelum berbuka puasa atau selepas berbuka puasa. Tapi nad pergi sebelum berbuka puasa memandangkan waktu tu tak ramai orang. Lagi satu sebab, terfikirkan baby Fariza. Budak bawah 12 tahun tak boleh keluar area sini, jadi kene tunggu dekat dalam je. Kalau nad pergi lepas berbuka puasa, mesti ramai orang, nanti kesian pulak baby Fariza kena tunggu lama. Masa pergi Skybox ni pun, staff dekat situ jagakan..hahaa..jadi mommy daddy bergambar sekejap. Amik feel romantikla bergambar berdua.



Keluar je, dapat tengok macam-macam bangunan dekat kota raya ni. Dengan macam-macam kereta sana sini. Macam semut..hehee..Dengan angin yang bertiup..nyaman dekat situ..





Pengalaman berdiri di Skybox, kotak kaca ni. Ramai juga datang nak cuba, dari luar negara sampailah orang kita Malaysia sendiri. Masa nak masuk ke Skybox kena beratur ye..hehehe..kena banyak bersabar..masa nad nasibla tak ramai orang sangat. jadi tak tunggu lama nak beratur. Kasut kena buka je, kalau tak buka takut pulak kang ada yang retak seribu kaca tu..lagi-lagi kasut tumit..hhehehe..


Dari situ kau boleh nampak segala bangunan di belakang dan bawah..hahhaa..bawah tu!!!..Ketar lutut kejap. Pandang bawah je, macam rasa terjatuh je..hahaha..penin sekejap, tapi lepas tu hilang..hehee..dah teruja kan. Masa tu terfikir cerita Running Man..hahaa..boleh pulak kan..Teringat Song Ji Hyo berani buat jumping..adoii..Haha yang berjalan mengelilingi menara..adehh..nad baru pijak dekat kaca ni ha..dah ketak lutut..heehee..


Beromantik dengan pasangan halal kejap ye..eh..Jom kita bernyanyi sayang.. "Bersama kamu, Ku jadi tahu, Artinya waktu, lebih berharga dari harta di dunia. Bersama kamu, Ku rasa jauh, Lebih mengerti, Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta"



Terima kasih Menara Kuala Lumpur sebab jemput nad merasai semua ni. Satu pengalaman yang tak boleh dilupakan. Tengok sunset dekat sini..Indahnya ciptaan Tuhan.


SKYBOX PROMOTION TANPA MAKAN BUFFET RAMADHAN


Tadi nad bagitau yang buka puasa dapat diskaun RM20 untuk naik skybox, tapi kalau korang TAKNAK Buffet Ramadhan , korang boleh juga pergi naik Skybox + Pelantar Pemandangan dan mana-mana satu (1) tarikan seperti KL Tower Mini Zoo/ XD Theater/ F1 Simulator/ Blue Coral Aquarium/ Upside Down dengan harga RM 88.00 bagi pemegang MyKad dan RM118.00 untuk pengunjung antarabangsa dari 1 Jun 2016 hingga 31 Julai 2016.

 Bagi yang ingin merasai sendiri pengalaman masuk ke skybox di skydeck Menara Kuala Lumpur, boleh ke:

Menara Kuala Lumpur
No. 2 Jalan Punchak Off Jalan P.Ramlee
50250 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel: +603 2020 5444
Fax: +603 2098 7001
Website: www.menarakl.com.my


hai assalammualaikum

Berbuka Puasa Dengan Suasana Romantik Di Menara Kuala Lumpur - Siapa tak teringin nak naik Menara Kuala Lumpur ni oii..memang tipulah..Nad ni hari-hari nampak bangunan KL Tower ni ( mention nak cakap, rumah dekat dengan KL Tower, tapi bukan sebelah )..Tapi perginya tidak. Dan buat pertama kali nad pergi masa cover event Amy Search. Masa tu pertama kali kot. Memang teruja habis sebab akhirnya dapat naik juga Menara Kebanggaan Malaysia ni. Dan rezeki nad sekali lagi bila dapat berbuka puasa dan sambut Hari Bapa sekali di Menara Kuala Lumpur ni semalam. Kali ni bukan setakat berbuka puasa, tapi dapat naik ke skybox. Tu nanti nad cerita ye..tiga entry nad buat..hahaha..


Sebenarnya semua ni khas untuk mr mafia sempena Hari Bapa. Sebenarnya nak buat surprise bawak pergi sini, konon-konon cakapla, " abang harini buka luar, kat tempat special sayang bawak..nanti sayang bagitau dekat mana" (konon-konon nak cakap macam tu..tapi lupakanla..hahhaa..sebab dengan mr mafia ni kau tak boleh cakap last minute..mesti dia akan marah..haha..sebab dia ada agenda dia sendiri. Jadi terpaksalah cakap awal. Pastu mulalah cakap dengan dia " tak dapat nak surprise"..bagi dia takpe tak surprise, dapat pergi sana pun dah ok bagi dia. Ni rezeki dia dapat naik skybox.

Sampai Menara Kuala Lumpur, nak pergi ke skybox dulu, sebab waktu tu tak ramai orang. Lepas waktu berbuka baru ramai orang. Jadi nad fikir dekat Fariza, better nad naik skybox dulu, baru buka puasa. Sebab kanak-kanak bawah 12 tahun tak boleh keluar dekat skybox tu. Pasal Skybox,nad cerita entry lain ok.

Lepas tu nad pergi ke tingkat tiga untuk berbuka puasa di  Megaview Banquet Hall. Mereka yang masuk sini disediakan pelekat, jadi dari pelekat tu diaorang tau kita tempah meja dekat nombor berapa. Ada orang sambut dekat luar dan tunjukkan meja. Jangan risau..hehee..Staff dekat sini memang semua peramah.



Tengok sahaja suasana di Megaview Banquet Hall, penuh dengan orang. Tak sangka ramai juga yang berbuka dekat sini. Mana tak ramai, sebab diaorang pun nak merasa makan di tempat yang tinggi macam nad juga. Sambil melihat keindahan Kuala Lumpur yang penuh dengan bangunan-bangunan..hehee..Tapi dari sini kau nampak lampu-lampu tu seperti pelita.hahaa..Dah macam nak raya pulak.







Memang dah tak sabar nak berbuka puasa. Nak tengok apakah menu yang disediakan. Sebab dikatakan menu yang disediakan adalah dari Chef popular iaitu Chef Ismail. Menu buffet yang dihidangkan bertemakan " Malay Tradisional Cuisine".Bila lihat lauk-pauk yang disediakan nampak menyelerakan. Apa lagi,jom la kita makan ye.. Bila tengok bahagian lemak, satu je nad pandang, rebung..hahaa..Dah lama giler tak makan kot..







Ulam-ulaman dan pelbagai jenis kerabu. Kegemaran mestila kerabu mangga, kerabu paku pakis..mmmmpphh..jilat jari weii..hahaa..



Dessert pun turut disediakan. Macam-macam ada, rojak buah, roti jala, pisang goreng ada..buah-bauahn..bubur, serawa durian..fuh..memang perutku dipenuhi dengan pelbagai menu yang mantap..Teruja perut nad..hahaha..


Ok korang , yang nak berbuka dekat sini,nak makan sambil menikmati pemandangan kota raya Kuala Lumpur dari atas menara ni. Boleh nampak macam-macam bangunan dari sini termasuklah menara KLCC. Seronok kan. KL Tower membawakan Buffet Ramadhan di Megaview Banquet Hall bermula dari 11 Jun - 3 Julai 2016 pada harga RM99++ (Dewasa) dan RM59++ (Kanak-kanak). Berita baiknya adalah dapatkan Harga istimewa ke 'Sky Deck' iaitu RM20 sahaja seorang dengan setiap pembelian Buffet Ramadhan tersebut. Weii rugi tak cuba..diskaun kot daripada harga sebenar RM105 untuk bukan warganegara dan RM75 untuk warganegara. Dan setiap pembelian 10 buffet dewasa, anda akan dapat percuma 1 buffet. Surau juga disediakan

Boleh hubungi talian 03-20205444 dan layari www.menarakl.com.my atau www.facebook.com/officialmenarakl



Untuk yang tersayang, sayang saya pada kamu takkan hilang. Terima kasih selama ni jaga saya dan sabar dengan sikap saya. Yang banyak songeh dan kuat merajuk ni..kihkih. Sejak ada anak, awak tolong jaga, main dan layan dia. Terima kasih mr mafia. Selamat Hari Bapa..Kalau dulu semua barang kamera je, sekarang ada puting anak dah..hahaa..ok bye..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2