BUBUR PERTAMA FARIZA DI BULAN PUASA

in , by Nadia Johari, 22:29:00
hai assalammualaikum

Bubur pertama Fariza - Alhamdulillah..puasa setakat ni nad ok je walaupun susukan dia. Masih kuat dan mampu. Bulan puasa memnag mencabar, Fariza dah amik air dekat badan mommy dia, jadi mommy cepat haus..hhehe..tapi nad ada cara nak bagi dia susu tak berapa banyak tapi kenyang.


Bulan puasa ni, nad dah start bagi dia makan bubur. Bukan bubur kosong, tapi nasi yang telah dimasak menjadi bubur dicampur dengan kurma. Ni pun nurse yang cakap haritu. Nad memnag tau kurma memang banyak khasiatnya. Jadi dah Fariza usia 7 bulan ni, baru bagi makan bubur.

Cara nak buat bubur kurma ni, nad rendamkan kurma semalaman sehingga lembut. Buat bubur pulak, macam biasa nad lebihkan air masa masak. Nanti jadila bubur. Lepas tu Nasi yang dah siap jadi bubur di blend sekali dengan kurma..Jadilah bubur kurma..hehhee..

Alhamdulillah, Fariza makan laju bubur ni. Walaupun mulanya dia terkebil-kebil mata..hahha..Faiza ni suka benda manis macam apple, pisang. Kurma pun manis..jadi dia sukala..lepas makan je, nad mesti bagi air kosong sikit. Lepas tu, dah kenyang dia nak tidur. Jadi bagila susu badan nad sampai dia tidur. Sejak makan memang dia tidur lama sikit. Jadi nad okla puasa ni..hehehe..Alhamdulillah.

Nak buat makanan anak ni kena rajin..jadi sila rajinkan diri..
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Wahh bestnya... salam Ramadan buat Nad sekeluarga ye... :)

    ReplyDelete
  2. Patut pipi fariza labuh..kuat makan...haha...

    ReplyDelete
  3. Berpuasa masa menyusukan anak ni mencabar.
    Semoga Nad kuat.

    Salam Ramadhan.

    ReplyDelete
  4. Dah kena start belajar hal2 gini nih.. Hehe..
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2