HUJAN DI BULAN RAMADHAN

in , , by Nadia Johari, 23:24:00
hai assalammualaikum

Cuaca Sejuk Di Bulan Ramadhan - Sebelum ni musim panas terjadi. Panas yang tak dapat diungkap. Nad fikir kalau cuaca panas ni berlarutan sampai bulan puasa, memang duduk rumah jela jawabnya. Tapi, syukur alhamdulillah, hujan turun sebelum bulan puasa. Dan bermula bulan puasa, hujan pun masih turun. Sejuk, nyaman sahaja. Tak terasa penat bila berpuasa ni. Tengok-tengok dah boleh berbuka.


Kat Kuala Lumpur ni tak tentu hujannya, tapi kerap waktu petang sampai ke malam. Syukur alhamdulillah, sebab terasa sejuk je walaupun waktu siang. Malam lagila jangan cakap, tak pasang kipas pun iya. selalu tak pakai selimut, sejak hujan turun ni, selimut kena pakai..hehe. Bila cuaca macam ni, takda rasa haus atau penat. Lagi-lagi nad ni tengah menyusukan baby Fariza. Alhamdulillah, sebab selama berpuasa ni, semuanya berjalan dengan lancar. Fariza pun kenyang takda masalah. Nad pun ok dan tak rasa penat. Masih boleh bertahan.

Tetapi, bila hujan turun ni,kesian pula pada peniaga-peniaga di bazar Ramadan. Mula terfikir, Bagaimana jualan mereka? Apa mereka nak buat dengan jualan tu?..mesti banyak tak habis kan. Lagi-lagi makanan, senang basi. Penat diaorang uruskan itu ini, masak makanantu, lepas tu hujan. Pelanggan mesti tak ramai.  Sudahlah makanan patut dijaga supaya tidak dimasukki air, apabila pelanggan guna payung. Situlah nak letak payung, meja dan segala jenis barang yang nak dijual. kesian pun ada...ermm

Apa-apa pun, hujan itu satu rahmat. Jangan lupa untuk bersyukur.
SHARE 9 comments

Add your comment

  1. salam.. kt sini pun hujan dah seminggu dah. skg ni da summer. sbb hujan rase mcm spring plak.. huhu. betul tu. setuju. hujan satu rahmat dan rezeki. kalu tak hujan, puasa mmg lebih mencabar kn..

    ReplyDelete
  2. Nad hujan rahmat. insyaallah ada rezeki peniaga pasar.

    ReplyDelete
  3. Tu hujan rahmat namanya..Tiap2 tahun memang hujan atau mendung setiap kali ramadhan menjelma. Syukur Alhamdullilah

    ReplyDelete
  4. semua yang berlaku ada hikmahnya, kita doa yg terbaik :)

    ReplyDelete
  5. hujan sejuk, boleh sambung tidok. hahaha

    ReplyDelete
  6. semalam dkna berbuka kat kajang.. sangkut banjir kilat, tak boleh nak balik rumah..huhuu

    ReplyDelete
  7. memang sejuk sangat dua tiga hari ni....air tempayan sojuk....semalam tidur pun pasang no.3..satu lagi kipas tutuppp..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilah...hujan itu rahmat sgt kan adik nad...kita selitkan doakan semasa hujan tu semoga Allah panjangkan umur kita dan senantiasa dimurahkan rezeki dlm pelbagai cabang...insyaAllah

    rindu baby fariza

    ReplyDelete
  9. insya allah ada rezeki mereka tu

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2