PENAT DEMI ANAK BERBALOI

in , by Nadia Johari, 01:07:00
hai assalammualaikum

Penat Demi Anak Berbaloi - Masa muda remaja, memang syokla kita enjoy sana sini, tak perlu fikir benda lain. Tidur lewat pun takde hal sebab esok pagi bangun lambat. Jaga anak buah pun jaga macam tu..bila sakit atau demam, terus bagi maknya je. Bila tengok kawan-kawan ko dah anak, mula teringin, tak terfikir pun akan penatnya jaga budak ni sebab kononnya kau dah selalu jaga anak buah. Tengok macam senang je jaga kan. Tapi, bila kau dah dapat anak, baru kau tau penatnya tak terkata.

Bila dah disahkan hamil sebulan lebih, teruja memang tak terkata la, sebab apa yang diimpikan suami isteri tercapai. Masa tu kau tengok drama, macam best je kan mengandung. Ngidam macam-macam, lepas tu lelaki jaga bukan kemain..hahaha..Tengok kakak-kakak nad, relaks je mengandung..hahaa..Part best bila perut dah memboyot, pakai baju ngandung, pastu jalan-jalan dengan perut tu..adoyaii...hahaha..Tengok memang semuanya indah, tapi bila jadi kat diri sendiri, macam ni rupanya mengandung. Sakit sana sini la, tak cukup tidur. Tapi nad beruntung lagi, alahan kurang dan takde kaki bengkak. Masa tu nad ok lagi, sebab nad rasa perut tak berat sangat pun. Boleh lagi berzumba. Cumanya time malam, memang tak cukup tidurla. Lepas kerja rumah pun tetap kena buat..hahaha..


Lepas bersalin la pengalaman paling pergh!!..pergh!!..Macam ni rupanya ada anak. Bila anak nangis, kau cuma tahu bagi susu je. Tapi kadang dia tetap menangis. Setiap malam tak cukup tidur. Lepas tu kadang nad biarkan Fariza je nangis, sebab dah penat sangat. Tapi takda biarkan lama-lama sangat, naluri ibu, kesian tengok anak..ermm..Masa tu baru paham, macam ni besar dugaan jadi ibu. Nad hampir meroyan masa berpantang tu. Patutla banyak ibu bunuh baby diaorang sebab meroyan kot. Sampai nad pun pernah terfikir macam tu, macam nak campak je anak, baling-baling dia, sebab penat dan tak larat. Masa tu orak tengah tak rasional..tapi bila tengok wajah anak, nad ucap " Masyallah, apa yang aku fikir ni..err..:( "..

Bila lama-lama, dia dah semakin besar, seronok rasanya, sebab dapat besarkan dia depan mata. Nampak setiap detik perlakuan dia berubah sedikit demi sedikit. Pengalaman menjadi seorang ibu. Alhamdulillah Allah dah bagi nad rasa semua ni. Nad memang tak terfikir nak bagi orang lain jaga anak nad, sebab nad taknak anak nad dibiarkan macam tu je. Kalau nad, selalu akan layan dia dulu. Main dengan dia. Bagi dia happy dulu. Sekarang dia dah 7 bulan, ada satu perangai dah, iaitu nak dengan mommynya je, sampai nad tak boleh nak buat kerja. Mr mafia cakap, jangan manjakan anak, biar dia nangis, kau tak tau, Fariza nangis bukan biasa-biasa, kadang dia teran sampai kuat, memang nak kita datang pujuk dia. Sampai habis nangis tersedu-sedu dia. Nad angkat dah teresak-esak dah. Kita pulak yang risau. Naluri seorang ibu memang macam tu. Kadang nak masak dah susah, tapi kena buat juga walaupun anak nangis macam tu.


Penat memang penat, sebab nad nak kemas rumah, lepas tu mandikan Fariza pulak, lepas tu kena masak. Tak habis lagi, kena bagi dia susu, lepas tu makan lagi. Kerja tu berulang-ulang sampai ke malam. Kadang taknak lama-lama depan laptop, tapi terpaksa sebab job blog banyak. Terpaksa biarkan dia main sorang-sorang. Sebab tu kadang tak lama depan laptop, tak sanggup biarkan anak main sorang-sorang. Bila tengok dia gelak, kurang penat tu..seronok je..

Walaupun kita penat, tapi berbaloi, sebab anak ni pembawa rezeki. Sejak ada anak, memang rezeki kami suami isteri ada je. Alhamdulillah..nad syukur sangat. Mr mafia cakap, jadikan anak sebagai kawan. Sebab bila dia dah besar, nanti dia dah selalu rapat dengan mommynya, semua cerita dia akan cerita dengan mommynya dulu. Jadi takdala hal simpan-simpan rahsia. Yela anak perempuan ni lain perangai sikit. Macam-macam boleh jadi dekat luar kan. Sekarang pun dah mula fikir macam mana Fariza dah besar nanti..ohoii...takut pun ada..huhuhu..


Nad enjoy setiap minit dengan dia. sebab bila dia dah besar nanti, mesti dah kurang kan hari-hari bersama..Mana kita tau..huhuhu..sedih pulak bila fikir..
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Alhamdulillah...setiap anak tu Allah dah tetapkan rezeki..

    ReplyDelete
  2. Comel je Fariza. Huhu. Nanti dah besar kena dengar kata mak ayah tau :D

    ReplyDelete
  3. Huh... Sian dak baik tu bagi dia nangis lelama. Sabarlah wahai ibu. Ingat satu jer. Pahala jaga anak tu amat besar. Sama cam lelaki pi berjihad kot. Ingat Allah. Tatkala datang perasaan jahat membisik, zikir byk2. Bukan semua orang dapat pengalaman gini tau...

    ReplyDelete
  4. tapi bila tgk baby happy hati pun tenang kan... :) baby tu cpt besar..nnt bila besar rindu pula nak dukung dia mcm baby... hehe

    ReplyDelete
  5. alaaa comel jeee baby. da bsar nnt jgn nangis2 lg taw. heheh

    ReplyDelete
  6. sabarlah dugaan ibu anak kecik memang begitu kan..tapi best

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2