Kejutan Hadiah Suami Kepada Isteri - Haritu birthday nad, macam biasa nak sangat suami jadi orang pertama wish birthday. Tapi haritu dia sneyap je, wish takda, apa pun takda. Kita pun mucung la muka, tapi takda tunjuk dia. Nad pun buat senyap jela nak tengok dia ingat ke tak. Biasalah perempuan, nak sangat benda sweet dekat suami..hahaa..kalau wish pun dah ok..esoknya buatla ayat manja pergi makan, kann..hahaa..Tertunggu-tunggu dia nak wish, tapi sampai ke tengah malam tak wish. Dia memang jarang dah online facebook, jadi dia mungkin tak nampak orang wish dekat facebook..Dekat mulut cakap takpela, dalam hati sedih tau tak. Pastu ngadu dekat anak jela.
Tapi tengah malam tu dia wish, "Selamat Hari lahir Sayang, nah tengok ni". Dia tunjuk satu template yang nad pernah pilih sebelum ni untuk blog nad. Tapi templete blog tu kena beli dulu. Rupanya dia beli untuk hadiah sempena Hari Lahir nad. Ok ni terharu, sebab dia dah pandai buat surprise ok..hahha. Masa terus senyum la, walaupun pada mulanya masam mencuka sebab ingat dah lupa kan..huhuhu..
Blog Dah Berubah
Bahagian atas |
Kalau siapa yang datang blog nad, nampak kan blog nad dah lain..hehee..Sebelum ni blog nad kemas jugak, cuma tak banyak entry yang keluar. Jadi pengunjung tak dapat baca entry yang lain. Tapi sekarang, pengunjung boleh baca entry nad yang lama-lama.Dari lifestyle, review, parenting dan macam-macam lagi. Memang dah lama nak tukar templet blog yang macam ni, baru harini dapat. hehee..Blog nampak dah macam blog berita pun ada, gosip pun ada..hehee..Tapi niche blog nad masih Lifestyle dan Parenting. Masih guna templete blogspot.
Header tu rasa nak tukar, tapi tak tau nak buat macam dah. Sejak ada anak ni terbatas nak berfikir..hahaa..Watermark pun rasa nak buat..hehee
Bahagian tengah |
Bahagian bawah |
Kalau sebelum ni blog warna biru, tapi kali ni blog dah warna hitam merah, tapi husband cakap boleh je nak tukar warna biru..hahaa..Dalam hati tetap warna biru walaupun takda. Takpe yang penting blog mesra alam. Backgroung memang nak putih pun. Takdalah orang sakit mata nak baca kan. Tulisan nad akan besarkan sikit..hehee..kecik sangat kesian orang nak baca kan..
Semua ni mr mafia yang buat..nad cuma bagi pendapat apa yang nak letak, apa yang tak perlu. Sebab takut berat nanti bila orang tengok, tak pun semak sangat dengan widget. Ada gak member cakap berat sikit, ada cakap ok je. Korang yang tengok macam mana, ok tak??? Mr mafia memang pandai edit blog, tapi dia jarang amik servis buat blog ni sebab buat blog ni amik masa. Tengokla kalau dia nak, dia nak la. Kalau taknak tak boleh paksa, sebab dia dah ada kerja photography dia.
Apa-apa pun semangat nak berblog kena ada. Isi blog yang baik dan menarik yang buat orang datang ke blog kita kan. Jangn lupa untuk kita blogwalking jugak..ada anak ni kena pandai bahagi kan masa..hhehehe..Terima kasih mr mafia sebab support isterimu ni..
Wahh, sweet sangat.")
ReplyDeletehehehe
Deletebetul.. warna putih tak sakit mata nak baca. lepas ni setiap saat nad belek blog sambil senyummmmmmmmmmmmmmm...heheh
ReplyDeleteblog nad sentaiasa kemas, akk nk tkr tp takut efek adsense pula. Anyway, selamat hari jadi !!
ReplyDeleteblog nie pon cantik dan kemas
ReplyDeletesweetnye lahai..patut la masa kite masuk blog kak nad ritu dah berubah wajah..rupanya ada yg tolong buatkan..hihi
ReplyDeletetahniah. bila kemas, seronok baca. HB2U Nad..
ReplyDeletewah sweetnya suami nad... bagus kemas blog...
ReplyDeleteSaya dah lama tak update blog..tgk blog nad...rindu nak berblog kembali.. huntung nad..dpt suami yg th pasal blog..
ReplyDeletezyra, update blog cept..hehehe..updte blog cerita santai orang suka baca..
Delete