hai assalammualaikum
Burger Rio Mcdonalds Pedas, Sedap Sampai Menjilat Bibir - Haritu ikut mr mafia pergi main futsal. Lepas tu masa dalam perjalanan ke tempat futsal, nad pun cakapla " abang, Mcd ada burger baru, Burger Rio namanya "..mr mafia pun cakap " Rio apa, Rionaldo ke "..ish memain pulak laki kita ni kan. Sebenarnya masa nad cakap tu dalam hati ( harap-harap dia belilah burger tu..hahaa ). Mr mafia ni kadang malas nak menyinggah. Nad ni la teringin nak makan burger ..Lagi kalau ada yang baru, mesti nak cuba kan..hahaa..
Tak sangka, balik tu dia singgah juga..hehee..sayang juga dia dekat bini dia oii..Jadi belilah dua, satu untuk nad, satu untuk mr mafia. Harga Burger Rio ni ada dua, satu untuk Ala Carte RM12.50 dan satu lagi McValue set dengan harga RM15.99 ( burger + kentang goreng + air frozen fanta ). Sedap pulak tengok air dia warna ungu tu..hehee..Air gas rupanya..
Balik tu teruja tengok. Suka dengan Burger Rio ni sebab dia banyak sayur. Suka giler..Nad memang suka banyak sayur kalau makan burger. Burger Rio dari McDonald’s menampilkan kepelbagaian rasa istimewa – daging empuk yang dipanggang sempurna, memang rasa lain daging dia. Sedap sangat. Ada campuran pelbagai jenis sayuran, keju cheddar, limpahan sos istimewa Rio serta roti bijan berwarna hitam dan putih.
Gigitan pertama tu, fuh nikmat habis. Lepas makan dan makan. Memang pedas..hahaa..Macam sama pedas Ramen Samyang Korea je..eh tu tipu..hahaa..tapi memang pedas. Sedap la kalau pedas-pedas ni kan. Mr mafia pun suka, dia kata Burger Rio ni memang lain sebab daging dia tu lembut, rasanya ada keistimewaan sendiri. Lagi satu sebab pedas, dia suka giler pedas. Tu sampai terangkat tu.
Memang tak rugi beli. Sedap!!!!..
pada sy suka lagi bigmac.. pedas dia tu rasa sebab ada lada hitam rasanya tu.. tak suka sgt makan burger pedas2.. heehe
ReplyDeleteSedapnyaa. Nak beli jugak lah nanti. Ehehe
ReplyDeleteinilah yang viral tu ya. dah bertahun2 tak makan mekdi
ReplyDeleteliz da lama x makan mcd sbb amalkan eat clean. kentang dia sendap tp kalau mkn skin liz jd xsihat.
ReplyDeletepedas sangatlah sosnye, k lily baru je makan ari tuh
ReplyDeleteWahh sedap ni klu pedas... nak juga rasa ni nanti.. bestnya.. :)
ReplyDeleteish kena try juga ni.. sbb terhad kan.
ReplyDeleteseronoknya tgk ssayur dalam burger rio nih.. banyak!
ReplyDeletekita samalaa, suka sayur..:D
Dah lama tak makan mcd semenjak boikot dulu :P
ReplyDeleteHari tu mkn GCB. Perghhh!
ReplyDeleteSally belum sempat cuba lagi yang ni..malas nak g makan pun yer..hahahaha
ReplyDelete