hai assalammualaikum
Minyak Bawang Putih Bakar Petua Menghilangkan Selsema Baby - Dari Fariza demam pertama kali tu, nad dah start buat minyak bawang putih bakar ni. Ada member suruh buat. Minyak bawang putih bakarnya ialah petua untuk menghilangkan selsema baby. Masa Fariza selsema, nad cuba buat ni. Alhamdulillah mujarab. Tak perlu pergi klinik dan ubat doktor yang sememangnya kurang sesuai untuk baby ni. Kalau dulu-dulu mak suka buat minyak bawang merah tu, sedap je kalau pakai minyak tu. Rupanya bawang putih pun ada minyak dia. Bagus pulak tu.
Jadi nad google la tengok macam mana nak buat. Mudah je rupanya buat minyak bawang putih bakar ni. Nad selalu buat 2 ulas bawang putih sahaja. Bawan putih tu dibakar dekat tempat masak sampai hitam. Bukan hitam sepenuhnya, sekurang-kurangnya semua tempat bawang putih tu dibakar.
Kebanyakan nad baca dekat google, guna minyak masak atau minyak zaiton atau apa-apa sahaja minyak. Tapi nad gunakan minyak yang dibagi nenek tukang urut nad masa pantang. Minyak ni memang khas untuk baby Fariza, sebab masa tu Fariza pun diurut masa pantang. Minyak ni nenek tu buat sendiri. Wangi giler bau dia. Nad pun campurkan minyak ni dekat bawang putih yang dibakar tu.
Nad campur tak banyak. Sikit je, biar die meresap dekat bawang putih tu. Kalau kita pegang bawang putih tu, memang dah berminyak. Lepas tu sapu dekat telapak kaki, ubun-ubun dan dada Fariza. Memang lepas pakai takde pun keluar hingus dah. Pakai beberapa hari, nanti selsema tu takda dah.
Khasiat Bawang Putih
- Bawang putih membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok kerana ia akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah.
- Bawang putih kaya dengan bahan antioksida seperti Selenium yang membantu mengurangkan radikal bebas di dalam darah yang akan membantu mengurangkan risiko mendapat kanser.
- Bawang putih mengandungi Allicin yang bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob dan berfungsi untuk mengatasi masalah jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
- Bawang putih mempunyai bahan anti inflammatory (anti keradangan) yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan keradangan pada artritis sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.
- Bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap masalah tiroid kerana bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi.
- Bawang putih membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan kerana ia akan merembeskan asid gastrik pada lapisan perut.
- Pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan sistem pertahanan badan (immune system) kerana aktiviti sel darah putih akan meningkat untuk melawan jangkitan dan tumor.
- Bawang putih dapat membantu menurunkan kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
ya..memang mujarab
ReplyDeletepenah tgk mak sedara buat..klu xsilap dy campur minyak zaitun jd bau bwg putih tu xdela semerbak sgt... ngeee
ReplyDeleteMinyak bawang putih memang bagus,saya pernah buat untuk anak dulu..cepat hilang selsema
ReplyDelete