Permainan Membina Minda Si Kecil - Selalunya ibu bapa kalau beli mainan anak-anak, diaorang fikir, bagi anak gembira sebab dapat mainan. Berbeza dengan Mr mafia, kalau bab permainan Fariza, Mr mafia yang selalu beli dan pilih. Mr mafia kalau memilih barang mainan, bukan pilih suka-suka, tapi pilih mainan yang boleh membina minda Si Fariza. Tu la cara pemikiran seorang daddy untuk anaknya. Orang cakap " budak tu masih kecik lagi, apa dia tau. Lagi dicampaknya mainan tu adala"..Tapi bagi suami, dia tau cara nak didik anaknya. Dari kecil macam ni la kena didik.
Bermain itu adalah sesuatu yang gembira dan paling disukai. Namun, Mr mafia menerapkan sambil bermain sambil belajar dan mengembangkan mindannya dalam permainan dia dalam suasana yang gembira. Lagipun belajar melalui bermain dalam tahun-tahun awal boleh merangsang perkembangan otak kanak-kanak. Budak-budak sekarang pun dah semakin bijak. Itulah yang nad nampak dekat Fariza. Masa Fariza bermain, Mr mafia atau nad akan main sekali dan tunjuk caranya. Penggunaan gajet untuk Fariza mungkin nad cuba nak elakkan.
Ni mainan yang Mr mafia baru beli untuk Fariza, anak dara berumur 10 bulan sekarang. Mainan berbentuk mangkuk dan berwarna , dan disusun bertingkat. atas sekali letak bola kecil. Bukan main seronok Fariza dapat mainan baru dia ni. Memang selalu dia kacau mangkuk maknya dekat dapur, nah daddy belikan mainana mangkuk.
Khusyuk betul dia. Kalau nak tengok segala mainan dia, boleh lihat dekat entry SINI.
Video nad ambil semasa dia bermain dengan mainan mangkuk ni.
Daripada semua mainan dia, nad berfikir, bila dah besar bolehla gunakan mainan dia untuk mnegajar warna, haiwan atau lain-lain. Bergun ajuga mainan dia sebab berwarna.hehee..Sebenarnya, banyak benda disekeliling boleh digunakan untuk perkembangan minda.. kurangkan gadjet dan tv... lebihkan kepada aktiviti fizikal. Ibu bapa pun kena kreatif dalam membuat aktiviti bersama anak. anak happy ibu bapa pun senang hati.
Betul tu...sambil main sambil belajar..iqy sekarang pon dah kenal semua warna..hehehe
ReplyDeleteSetuju...kena beli barangan atau permainan yang selamat dan meransang minda anak...Dania dulu pun mcm tu jugak
ReplyDeleteBetul!!setuju sangat..daripada kecik ni la kena rangsang otak dan fine motor skills dia. InsyaAllah, fariza membesar menjadi anak yang bijak ni. =)
ReplyDeletehambooii main pun muka stress ke nak...hahhaa.. cer cenyummm kitt...
ReplyDeletebagus kan..boleh bertambah softskill dia...
ReplyDeleteGood intro..kipidap
ReplyDelete