Awra Bagus Steamboat Dan Grill di Rantau Panjang Klang - Sempena birthday adik nad haritu, dia ajak kami sekeluarga makan dekat luar. Kakak pula cadangkan tempat makanan dekat dengan rumah mertua dia di Rantau Panjang. Dia cadangkan makan steamboat. Kitaorang tak kisah pun mana-mana, lagi syok bila orang belanja..hahaha. Makanan steamboat, korang mesti tau kan, bayar sekali, makan la sepuasnya. Tapi tak habis, kenala bayar ye..ni namanya untuk elakkan pembaziran..hehe..
Kitaorang sekeluarga bertolak lepas Isyak. Oh!! steamboat ni kakak dah booking awal, jadi dia tunggu dekat kedainya. Pergh!! boleh tahan juga pendalaman tempat dia. Atau sebab kitaorang pergi malam kot, takda lampu, jadi macam nampak pendalaman la kot. Lagipun kitaorang tak biasa dengan Rantau Panjang Klang ni, selalu datang sini pun sebab pergi rumah mertua kakak tu. Kalau siang mesti tempat ni sibuk. Kedai steamboat ni tepi jalan je. Tengok dari luar, tempat dia menarik dan selesa.
Apa-apa pun jom makan..hahhaa.. Kitaorang amik kuah tomyam. Pergh!!, terbaik kuah dia. Pedas dan cukup rasa. Kuah macam ni yang best!!!
Anak tidur, aku mencekik la..
Terbaiknya dekat sini sebab sos dia. Ada 6 jenis sos disediakan. Yang warna hijau tu Pudina Garlic nama dia..
Konsep dekat sini semua layan diri..hahaha..Ambil air pun sendiri. Buh ais sendiri, tuang air sendiri..semua sendiri la. Bestla macam tu..Ada air sejuk dan air panas. Air kosong pun ada.
Mak dengan ayah memang tak pernah makan steamboat, tapi bila diaorang dah cuba, diaorang kata sedap..hehee..
Ni la adik kita yang belanja tu.. Terima kasih..semoga dimurahkan rezeki. Oh dia tengah pregnant 7 bulan. Dapatla anak buah lagi..
Pencuci mulut semestinya ada..jangan risau. Macam biasa aiskrim la jadi pilihan. Aiskrim ambil sendiri. Nak senduk berapa banyak pun boleh.
Harga Murah sangat.Giler-giler murah
Dewasa: RM22.00
Kanak-kanak; RM11.00
( 7-12 tahun )
Bawah 6 Tahun : Percuma
Warga Emas : RM14.00
Untuk makluman Pembaziran setiap 100gram akan dikenakan bayaran sebanyak RM10.00
Kami gembira, senyum riang lepas menikmati makanan ni..Memasing dah kenyang..Kalau korang nak pergi boleh ke..
AWRA BAGUS Steamboat&Grill
Lot 3132 Jalan Kunci Air Rantau Panjang, 42100 Klang, Malaysia
Facebook; https://www.facebook.com/AWRABAGUSsteamboatandgrill/
Tengok dekat facebook..siang diaorang buka kedai untuk makanan berlauk..wahh
Tengok dekat facebook..siang diaorang buka kedai untuk makanan berlauk..wahh
sdapnya..:)
ReplyDeleteLama tak pergi layan steamboat dan bbq.. tengok kak nad post, terus teringin tetiba. Huaaa! Nanti boleh try kat sini pula
ReplyDeleteLama tak makan mcm ni.selalubo johnys je.
ReplyDeleteLama tak makan mcm ni.selalubo johnys je.
ReplyDeleteMenarik ni nad.
ReplyDeleteKat melaka pun ada stimbot gini.
Api-api nama nyer...