hai assalammualaikum

Pesta Halloween Di Legoland Malaysia - Ni kali kedua nad pergi ke Legoland Malaysia. Bila kita dengar Legoland, teruja sangat nak datang sebab taman tema ni dikelilingi dengan permainan Lego, dan pelbagai replika yang dibentuk menggunakan Lego. Lagi-lagi kalau korang ada anak, lagi suka diaorang. Sehari mesti tak cukup, kena dua hari baru puas..hehee. Rasa dua hari pun tak puas..hahaha. Datang sini memang takkan jemu, sebab banyak aktiviti yang dijalankan dekat sini. Bukan setakat Lego,ada aktiviti dan permainan lain yang dijalankan dekat sini dan salah satu aktiviti yang dijalankan sekarang ialah Pesta Halloween.



Mulanya ingat nak cari baju halloween untuk Fariza,tapi masa tak cukup..hahaa..Mr mafia asyik kerja je. Jadi pendamkan jela. Pesta Halloween dah berlangsung sejak 16 September dan akan berakhir pada 30 Oktober. Dan haritu nad turut serta dalam pelancaran Pesta Halloween di Legoland ni. Selalu kita tengok Halloween dekat televisyen, orang pakai macam-macam custome, pastu halloween ni keadaan macam berhantu je kan..hehee..kat Legoland pun banyak hantu..hehe..Bestnya korang boleh masuk dalam Legoland Theme Park sampai pukul 9 malam. Tapi untuk tema Halloween ni dia start dari pukul 4 petang sehingga 9 malam.

Decoration Tema Halloween





Masuk dalam Theme Park macam-macam decoration tema Halloween dalam tu. Pergh!!memang best la..Baru rasa Halloween. Hantu pun banyak dekat Legoland..hheee..kalau waktu malam lagi best, sebab malam-malam hantu ni menakutkan..hahaha..

Majlis Pelancaran Parti Halloween


Lepas tu terus kitaorang ke LEGO Kingdom, untuk majlis pelancaran Party Halloween ni. Macam-macam aktiviti ada dekat situ. Ucapan dimulakan dengan kata-kata aluan orang kuat besar Legoland. Encik Young Pil Kim, Pengurus Besar (Interim) LEGOLAND Malaysia Resort ( tengah )



Pengenalan LEGOLAND Malaysia Resort Halloween Brick Or Treat Party Nights Celebration oleh Encik Casper Bonavent, Pengarah Operasi dan terakhir sekali ucapan oleh Puan Sandy Soh, Presiden PUDU Rotary Club.



Dua orang adik beradik. Anak blogger kak Nannie Isa
Masa majlis pelancaran tu, ada pertandingan kostume untuk kanak-kanak. Macam-macam pakaian kostume korang boleh nampak. Dan paling meyeramkan ialah hantu pocong. Terlompat-lompat dia di siang hari..hahaha..mau tak seriau walaupun siang. Kostume yang lain ada snow white, labu, batwoman, spiderman dan macam-macam lagi la..Sporting sangat budak-budak ni. Enjoy habis tengoknya. Walaupun panas, budak-budak enjoy pakai baju halloween.



Dan lapan orang terpilih sebagai kostume terbaik. Jadi nak tau siapa pemenang, budak-budak terpilih ni kena menjerit,..siapa yang dapat menarik perhatian juri dialah pemenang.

pemenang pertama
pemenang kedua
Dan pemenangnya, semestinya Hantu pocong tu. Ni anak kawan blogger nad Nannie Isa. Bagus sangat anak dia, apa maknya suruh buat dia buat je. Memang wajib jadi pemenang. Memang layak pun. Nombor dua yang pakai rabbit dekat kepala tu.




Yang lain dapat saguhati


Semua gembira dan seronok.








Makanan dekat situ pun tema Halloween. Ada macam ulat la,mata, labu muka berhantu. Nad paling suka tengok makanan jejari tu..hahaa..Gerun pulak nak makan. Macam makan jari sendiri..hahaa..

Aktiviti Yang Dijalankan Sepanjang Halloween








Beberapa aktiviti telah dijalankan untuk Part Halloween Night, antaranya Halloween Show ‘Monster Catcher Mayhem’, ‘Lord Vampyre’s Ballroom Maze dan jugak ‘Spooky Miniland Tour’. Semuanya aktiviti ni bertempat di Castle Lego Kingdom.


 Ini pulak membina replika pumpkin daripada lego.


Ada juga aktiviti menconteng muka. Fariza tak terkecuali..hahaha..comel je litlle spider ni kan tidur.


Kalau selalu kita tengok dekat tv, budak-budak akan pergi satu rumah ke satu rumah untuk minta satu barang, hah!! dekat sini pun ada tau. Aktiviti ‘Brick or Treat Trail’. Untuk permainan ni, masa entrance masuk tu, korang cakap nak mintak kertas chop untuk Halloween ni. nanti dia akan bagi seperti dalam gambar yang nad letak ni.



Lepas tu korang pergi la kesetiap checkpoint yang diberi. Ni la pondok setiap checkpoint tu. Disetiap pondok checkpoint ada zombi dan hantu menuggu korang..hehehe.. Korang kena explore 10 chekpoint dan collect kesemua stamp dari setiap chekpoint untuk dapatkan limited edition brick lego halloween. Paling penting, korang kene pergi checkpoint satu dulu, baru boleh ke checkpoint lain sama ada nak ikut turutan atau tidak. Ingat!! pergi checkpoint pertama dulu.

Ada 10 pondok checkpoint dan setiap pondok ada aktiviti masing-masing. Dari situ korang akan dapat hadiah goodies dari penaja yang terlibat. Antara penaja hadiah adalah Milo, Julies’s, Staedler, Ribena, Haribo, Canon dan banyak lagi. Teruja nad dapat macam-macam hadiah..hehe
1st Hut: Collect Halloween Brick or Treat bag and complete LEGO® Star Wars™ Miniland activity.
2nd Hut: Find hidden LEGO® bats and count them
3rd Hut: Loudest and scariest laughter with the Witch
4th Hut: LEGO® Monster - memory games
5th Hut: Registration for Lord Vampyre’s Maze and gets your stamp
6th Hut: Help the LEGO® spiders find their home!
7th Hut: Floating LEGO® pumpkin
8th Hut: LEGO® ring toss
9th Hut: Mummy Bowling
10th Hut: Guess the weight of LEGO® Bats replicas







Haritu juga akan ada zombi dan hantu berkeliaran di LEGO Kingdom dan Miniland. Berjaga-jaga la korang. Kot-kot ada yang akan kena tangkap dengan hantu ni..ehhee..takdela gurau je. Hantu pun pandai bergurau ok. Ada juga persembahan tarian daripada zombi-zombi ni.


Nad tengok gambar sendiri pun rasa nak pergi lagi. Korang pergilah, bawak anak-anak, mesti diaorang suka. Lagi-lagi kalau korang pakaikan baju Halloween dekat anak-anak korang, sebab apa, sebab anak-anak yang pakai baju Halloween boleh masuk percuma bebeh..wowww..Ingat Part Halloween Night ni bermula 4 petang sehingga 9 malam. Satu entry masuk RM85.

Jom ramai-ramai pergi Legoland
SELECTED DATES    : September (16-17, 23-24, 30)   October (1, 7-8, 14-15, 21-22, 28-29) 
TIME     : 4pm – 9pm @ RM85 per entry
LOCATION : LEGOLAND® Malaysia Resort’s Theme Park
LOCATION HALLOWEEN : LEGO® Kingdoms

Untuk makluman lanjut boleh layari www.legoland.my atau hotline 07-5978888.







SHARE 9 comments

Add your comment

  1. Bestnya Nad..anak Kak Sue yang Adik tu suka sangat dengan Lego,satu hari nak bawak anak-anak ke sini lah...

    ReplyDelete
  2. Bestnya Nad..anak Kak Sue yang Adik tu suka sangat dengan Lego,satu hari nak bawak anak-anak ke sini lah...

    ReplyDelete
  3. Wah meriahnyaaaa.. mesti dia tertanya2 makhluk apakah ini? Hahah

    ReplyDelete
  4. Wah meriahnyaaaa.. mesti dia tertanya2 makhluk apakah ini? Hahah

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum nad...meriah kn nad..tapi syg x dpt berbual lama...kalau ada masa panjang mesti best...:)

    ReplyDelete
  6. best nyew.. kelakau tgk fariza takot naik dino :D

    ReplyDelete
  7. bestnyee tengok...meriah..comel2 budak yang jadi costume tu..

    ReplyDelete
  8. I in searching for of reality cherished reading your weblog. It turned into each one in all dexterously authored and easy to undertand. in contrast to subsidiary blogs i have proper to use that are in intend of fact now not tht first-rate. I after that determined your posts genuinely attractive. In fact after studying, I needed to move ham it taking place it to my pal and he ejoyed it as rapidly! color night vision security camera

    ReplyDelete
  9. Thanks man for sharing this article with us...I will want more https://techoody.com/high-resolution-night-vision-security-camera-2/ like this....really appreciate your work...

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2