FARIZA DEMAM LAIN PERANGAINYA

in , by Nadia Johari, 15:59:00
hai assalammualaikum

Bila Demam - Malam tu, tiba-tiba je Fariza demam. nak kata mommy dengan daddy dia demam, takdela pulak. Nak kata jangkit dengan orang lain, takde pulak jumpa sesiapa yang sakit. siang tu bilik kerja suami pasang aircond baru. Selama ni, aircond rosak, dan sejak dia lahir memang belum pasang aircond. Tapi lepas suami cukup duit, baru pasang aircond. Malam tu Fariza pun dekat bilik daddy dia, dan tengah malam tu masa dia tidur lena, tiba-tiba dia terjaga.

Macam biasa nad bagi susu, biasalah budak nak hisap je. Bila kepala dah melekat ke badan nad, nad rasa kepala dia panas. Arghh..sudah!!. Demam pulak. Adakah sebab aricond tu, yela terkejut selama ni guna kipas bawah je..hahaa. Mula dah risau..siapa suka anak demam..



Selalunya tengok budak kalau demam, muka lemah je, badan lesu je, nak tidur je, sebab tak larat. Kalau boleh nak dengan mak 24 jam. Tapi Fariza ni lain pulak jadinya. Fariza aktif macam biasa. Macam tak demam. Dia sebolehnya nak bermain. Taknak tidur dan baring. Kita sebagai mak ni yang risau. Tapi layankan sahaja, sebab kalau tak mula la menangis, mengamuk. Lagi bila demam, mengamuk dia dasyat..Mungkinkah dia sekuat macam mommy dia..huhuhu. Yela nad kalau demam, nad akan buat kerja, keluarkan peluh. Lepas tu nad akan baik macam biasa. Hilang demam. Bagus juga kan..tapi mommy sememangnya tak dapat buat kerja.



Perangai lain,bukan dia nak melekat dengan maknya sahaja, malah dengan daddy dia. Selalu budak kalau demam, cari mommy je, sampai ke dapur, bilik air cari, tapi ni bila mommy dah selesai mandi, daddy pulak nak mandi, sebolehnya dia cari juga daddy dia. Kalau boleh nak dua-dua ada dengan dia. Alahai manjanya Fariza ni. Tapi memang bagus macam tu sebenarnya..

Yang ni memang terjadila, tidur tak berapa lena. Sebab hidung tersumbat. Jadi nak lena, dia tidur atas perut mommy dia. Mommy pun tak kisah..yela anak kan..Nad la terasa kehangatan badan dia..Alahai kesian anak.

Nad tengok Fariza ni memang kuat. Alhamdulillah, dia akan baik demam dalam sehari atau dua hari. Sebab nad selalu buat macam dekat SINI. Minyak bawang putih tu yang wajib buat. Pastu urut-urutla dia..syukur dah baik dah..
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. fariza baby yang kuat..good girl..

    ReplyDelete
  2. bila fariza demam nak dpt adik pula haha. oky gurau je kak, lama tak gurau dengan kak nad

    ReplyDelete
  3. cian fariza... semoga cepat sembuh spt sediakala... aamiin..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2