hai assalammualaikum

Corak Berbunga - Tak pernah terfikir nak pakai pakaian yang bercorak berbunga ni. Sebab sebelum ni pun, nad lebih gemar pakai corak yang plain dan satu corak je. Takut juga nak pakai corak berbunga ni. Bagi nad, corak berbunga ni sesuai untuk baju kurung atau jubah sahaja. Tapi, sejak berkawan dengan orang yang pandai berfesyen, lepas tu tengok diaorang berani pakai pakaian bercorak ni, nad pun tengok macam lawa je. Corak berbunga ni bukan sahaja baju dengan dress, malah digunakan di seluar, kasut, shawl, dan macam-macam lagi. Kira trend bercorak ni mendapat tempat di hati  para wanita untuk penampilan mereka.


Macam nad pakai ni, ialah seluar bercorak bunga. kalau tengok dari jauh, macam jenis seluar biasa atau seluar tidur, tapi sebenarnya, ia adalah seluar jeans yang bercorak berbunga. Dari jauh nad dah nampak seluar ni, nampak cantik je. Lagipun corak tak terlalu besar dan sedang-sedang je. Lagi satu sebab warna dia yang berwarna biru..hehee..almaklumla, nad lebih suka warna biru.

Seluar ni jenis bergetah bukan zip. Dan tu salah satu nad suka. Tinggal sarung je, tak perlu susah-susah nak zip. Tiba-tiba pinggang terbesar ke, seluar ni masih boleh disarungkan.


Tengok Fariza pakai pun, lawa je kan, nampak keperempuannya..hehee.

Kalau seluar jenis berbunga ni, cantiknya digayakan dengan baju plain atau baju warna putih kosong je. Sebabnya seluar dan bercorak berbunga, jadinya baju mestilah takda corak.

Corak Berbunga Nampak Feminin


Corak cetakan bunga yang mempunyai daya penarik tersendiri dengan corak eksklusif yang sesuai digayakan oleh golongan muda dan juga pertengahan. Menggunakan motif bunga dengan pelbagai warna latar berbeza memberikan mood yang lain kepada si pemakai, warna dan corak akan memainkan peranan penting dalam mengekspresikan diri.

Corak bunga yang ditampilkan bersaiz lebih sederhana, cukup ringkas bagi memberikan satu alunan corak yang berjaya menambat hati si pemakai dan juga sesiapa yang memandang. Motif flora ada pelbagai jenis. Ada motif bunga yang besar-besar, ada pula yang kecil-kecil. Biasanya, corak bunga yang lebih kecil disukai oleh ramai wanita kerana ia lebih ringkas dan cantik. Manakala motif bunga besar-besar cenderung digunakan sebagai penyeri pada kain.

Motif flora ini dapat  mampu memberikan kesan yang lebih ceria dan girly meskipun tanpa digayakan dengan sebarang aksesori.






SHARE 6 comments

Add your comment

  1. trend sekrang ni menarik hehe. Ramai juga kwn kwn syima pakai trend ni

    ReplyDelete
  2. kalau pandai matching sebenarnya lawa je...tapi jangan la satu badan berbunga dari tudung sampai kaki,macam pokok berjalan lak hahahahha

    ReplyDelete
  3. wah jeans ke. comey lak. hehehe.. btul cam kak sue ckp.. jgn dr atas smpai bawah bunga. tu nama dia pokok bunga bergerak. akar xde. haha

    ReplyDelete
  4. Cantik jer bunga2 gitu..sesuai ngan mummy dan anak dara comel fariza..cute angat ni..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2